GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

18 September 2014

UPSR BOCOR: SEORANG GURU DITAHAN DI LABIS

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi individu malam ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 12 orang setakat ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata dua individu terbabit merupakan seorang guru wanita berusia 26 tahun dan seorang guru lelaki berusia 31 tahun.



"Guru wanita itu ditahan pada 7 malam di Labis, Johor manakala guru lelaki itu ditahan pada 7.30 malam di Nilai, Negeri Sembilan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.



Turut dirampas daripada mereka ialah gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu.



Gan berkata mereka akan dibawa ke mahkamah Putrajaya pagi esok untuk direman.



Sehingga kini, seramai 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), sembilan guru, dan masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.



Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.



Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.




17 May 2014

BAPAK YANG DAH BERSARA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua....

pada 12 mei 2014 bapak yang aku panggil 'ayah' dah bersara.... sepatutnya pada 13 mei 2014... tapi disebabkan hari tersebut jatuh pada Hari Wesak... so bersara la lebih awal...

my dad bersara pada usia 56 tahun.... dia cakap dah cukup la tu.... sekarang dia nak tumpu urusan lain plak.... azam dia lepas pencen ni... nak full time berjemaah kat masjid... nak gi umrah, nak gi haji... nak berkebun... nak beli kereta baru cash.... tak tahan aku dengar haha... yang paling penting nak berehat2... dan boleh la menggentel cucu-cucunya yang berdua tu...

yelah... dah tua ni komitmen pun kurang... hutang pun tak de dah... anak-anak nak ditanggung tinggal 2 orang je.... my sis yang dekat penang tu pun tak de buat loan PTPTN... dan adik bongsu aku yang tingkatan 3 tu je la... tanggungannya...

my dad sangat komited dengan kerjayanya sebagai guru... gua respek... dia memang betul2 patut jadi cikgu.... tah berapa kali dia dapat anugerah cemerlang... gua tak pasti... tapi dah banyak kali la... sebab berkeping2 jugak gambar dia terima anugerah...

setahun aku pernah belajar dengan my dad.... haha garang seyh... aku pulak spesies malas... free2 je kena marah... kat sekolah aku memang tak pernah panggil ayah aku ayah... sampai dah dalam kereta baru aku panggil dia ayah... straight gilerrrr...


s
upacara potong kek sempena majlis perpisahan beliau.... maklum la otai kat sekolah ni... sejak 1989 sampai 2014... tak pindah2 sekolah... memang otai la kan....

diiringi untuk punch card buat kali terakhir.... 

punch card kali terakhir

hadiah yang berkoyan-koyan penuh satu kereta...

esoknya 13 mei 2014... aku buat surprise untuk ayah... cikek leleh blueberry... yang di tempah khas daripada akak fiza sugiman... dan dia wat delivery pada ayah yang dok kat umah... coz aku kan dok jauh kat pahang....

semoga ayah gembira dan diberkati selalu... amin...

16 May 2013

OFFICIALLY TEACHERS

Salam dan selamat sejahtera...

Officially...
Guru mereka yang mengajar... secara langsung kepada kita...

Kat sekolah
Kat ipt
Dan tempat yang sepatutnya

Sebenarnya...

Ibu bapa
Kawan kawan
Suami
Isteri dan lain lain juga menjadi guru tidak rasmi kepada kita...

Sekian...

Selamat hari guru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...