GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label ibu & anak. Show all posts
Showing posts with label ibu & anak. Show all posts

02 September 2014

TANGISAN BAYI DAN PERSONALITI

Dalam artikel yang lepas, kita telah pelajari tentang tiga kategori penjaga dan bentuk respon yang diberikan setiap kategori penjaga terhadap bayi masing-masing. Sebuah kajian makmal selama 20 mini telah dijalankan terhadap ketiga jenis bayi ini dalam kumpulan yang berusia sekitar 12-20 bulan. Hasilnya;
  1.  Bayi dalam hubungan selamat (secure): akan menyapa/menegur penjaga dan mampu meneruskan aktiviti bermain dan bersosial dengan rakan-rakan lain walau sekali-sekala akan ‘mencari’ kelibat penjaga hanya untuk tujuan kepastian.
  1. Bayi dalam hubungan menyisih (avoidant): tidak/gagal menyapa/menegur atau mendatangi penjaga dan mengabaikan kehadiran penjaga serta fokus dengan mainan untuk secara dasarnya bertujuan menjauhi penjaga.
  1. Bayi dalam hubungan kalis (resistant): pula sangat terganggu dengan pemisahan (memisahkan bayi dengan penjaganya dengan tujuan untuk meyuruh bayi bermain dan bersosial dengan rakan seusianya). Mereka tidak dapat ditenteramkan ketika cuba disatukan semula dengan penjaga dan mempamerkan kemarahan ketika penjaga cuba berinteraksi.
Keputusan adalah  mesej jelas bahawa kualiti hubungan ibu-bayi adalah penjangka (predictor) terkuat  terhadap personaliti sosial dan emosi yang bakal dimiliki bayi ketika dia menjadi kanak-kanak kelak. Ramai yang gagal melihat bahawa respon penuh kasih sayang tanpa gagal pada setiap tangisan bayi pada tahun pertama khasnya, adalah latihan kepada ibu bapa itu sendiri.
Ketika ramai ibu bapa merungut tentang kedegilan dan keengganan anak-anak mendengar cakap atau menurut perintah mereka, ramai yang terlupa untuk menyedari bahawa punca masalah itu kadangkala sebenarnya bermula dari sikap ibu bapa itu sendiri.
Proses pembelajaran tentang apa itu komunikasi dan bagaimana ia berlaku telah diserap oleh kanak-kanak sejak hari pertama dia dilahirkan. Melatih diri untuk menilai dan meraikan tangisan sebagai satu-satunya bentuk komunikasi bayi kecil adalah latihan kepada ibu bapa itu sendiri untuk menghormati dan memberi sepenuh perhatian ketika anak sedang ‘bercakap’.
Menurut Dr. William Sears, seorang senior dalam bidang pakar kanak-kanak yang juga pengasas klinik persendirian  Sears Family Pediatrics bersama isteri dan anak-anaknya di California menyatakan hakikat hasil pemerhatiannya selama bertahun-tahun terhadap isu tangisan bayi bahawa: bayi yang mendapat respon penuh kasih sayang tanpa gagal pada setiap isyarat tangisannya, akan belajar untuk menangis dengan lebih baik (cry better) berbanding bayi yang gagal mendapatkan respon yang sama. Bayi ini akan belajar untuk menangis lebih kuat (cry harder). Ini kerana mereka merasakan tangisan mereka belum cukup kuat untuk menarik perhatian penjaga.
Uswatun Hasanah bt Mohd Habib
Perunding Bertaulian Dunstan Baby Language Malaysia
Pembimbing Bertauliah The Happiest Baby
Facebook: Baby Language
Instagram: Baby Language
Email: blushing83@yahoo.com.sg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...