GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label ini serius. Show all posts
Showing posts with label ini serius. Show all posts

17 March 2010

JANGAN TINGGAL YANG SATU INI

salam 
entri yang sudah lama terperuk
menanti untuk di'publish'
dah 6 bulan aku simpan entri ni
menati saat yang sesuai untuk dikongsi

benar kamu yakin dengan TUHAN mu?
kamu terima ISLAM?
kamu katakan ISLAM itu benar?
kamu ambil semuanya?

kamu amal sudah semuanya?
aku sekadar berkongsi rasa
ya...
aku sudah katakan berulang kali

kenapa kamu masih marah?
kenapa kamu masih cengeng?
kenapa kamu masih tolak?
kenapa kamu masih tidak terima?

betul kamu katakan ALLAH sahaja dihatimu?
nah kenapa kamu campak pinggan?
nah kenapa kamu marah aku?
nah kenapa kamu kata itu dan ini?

apa kamu tak bisa terima hukum yang satu ini?
boleh bagi izin POLIGAMI?
wah marah nampaknye
kamu katakan kamu manusia beriman
kamu yakin dengan TUHAN mu
kamu terima ISLAM sepenuh hati mu

boleh tinggal yang ini?
sungguh mendapat kecaman hebat jika aku suarakan
hati sudah lama terdetik untuk begini
bukan untuk menyakiti
jika tiada insan yang mengizinkan
tidak aku hampiri

jika benar ada yang sudi berkongsi
aku terima moga semakin hampir dengan ILLAHI

p/s: aku tau ade yang terbakar bace entri ni
rilek arrrrr
aku tidak menolak dan menerima sejak aku mendengar kisah daripada
 USTAZAH ZAITON BINTI WERDANI
pada 15 Mei 1996
sembang dengan budak2 umah kompem aku kene 'fire'
sila jangan marah
jangan beremosi saat bace blog ni
aku masih lagi tidak berubah sejak saat kita lepak di kedai kopi
walaupun korang cuba cuci ~
lalalala... sila jangan marah cik fiza, ckey, ina, dan lain2

hahaha
thanks to aishah, ummi adibah, abby, dan dua tiga orang yang menyokong
korang penyokong setia POLIGAMI
aku masih kekal menerima dan mengatakan YA

banyak sangat kebaikan dari keburukan...
percayalah... jikalau tidak... masakan hukum tercipta
DIA MAHA MENGETAHUI

16 March 2010

BUKAN MATEMATIK LAH SAYANG...

salam
teruskan membaca
entri baru dari aku
dengan keupayaan auto publish
aku mahu berehat

sekadar renungan buat semua hati
kamu ISLAM?
ISLAM itu apa?
kamu sudah ambil semua?
5-1=?
5-1=4
ye ke??

itu matematik lah sayang
ISLAM tidak begitu
5-1=0

kamu tidak boleh tinggalkan biarpun SATU
ambil semuanya
percaya semuanya
biarpun tidak semua mampu kita laksanakan
tekad dalam hati untuk ambil semua
jangan ditolak satu pun...

sekadar renungan...

15 March 2010

AKU BUKAN HANTU

salam
masih dalam mode entri auto publish

aku bukan hantu
aku pengundi berdaftar




aku merupakan pengundi berdaftar
pertama kali mengundi pada 2008

sila klik untuk daftar pemilih

HIDUP

salam
sekadar renungan untuk aku dan kamu...

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: 

Semalam - Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: 

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 

HIDUP CUMA
ADA 2 PILIHAN : 

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA
ADA 2 TEMPAT: 

Kekal didalam neraka.
Kekal didalam syurga. 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai
BOARDING PASS. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. 

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini: 

Dia mungkin didenda.
Segala suratnya masuk tong sampah. 

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. 

Semoga berbahagia selalu dalam rahmat Allah s.w.t.

13 March 2010

VIDEO PANAS

salam...
ceramah daripada Mat Sabu dan Mahfuz Omar (aku tarok nama glamour)
aku hidangkan kat korang



rakyat yang hadir dan berhimpun bukan dengan paksaan...
dibayar oleh individu tertentu untuk meramaikan majlis...
mereka datang tanpa paksaan

sekian ~

12 March 2010

AFGAN (TERJEMAHAN ARTIKEL)

Terjemahan artikel "The Invisible Afghanistan"

Oleh Sayyid Rahmatullah Hashemi

[ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US awal tahun2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angles, pada March 10, 2001]

Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6]

" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan.

Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". 

Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri.

Pencerobohan Soviet

Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebih-kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami mati kerana bahana periuk api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia.
Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.

Selepas Russia Dikalahkan

Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen. Hanya 7 kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan
yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak.
Mereka tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri di Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertemporan sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara lain.

Munculnya Taliban

Melihat huruhara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar-pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghansiatan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata - bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok' dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka. Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramai orang-orang komander tersebut turut digantung. Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak bandit. Gerakan pelajar ini - Taliban - kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).

Kejayaan Taliban

Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:

1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.

2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov , dan juga senjata canggih seperti stinger missiles, dan ada yang memilikki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menawarkan US$3 billion untuk membeli
balik senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.

3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil alih.

4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami menghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan.
Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengistiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.

5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hak asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu
membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi.

Hak-hak Kaum Wanita

Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban)
menghapuskan amalan yang sangat keji ini.

Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka. Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memilih bakal suami masing-masing. Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua
puak yang bertempur ingin berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.

Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diizin bekerja. Kami akui sebelum 1996, iaitu sebelum kami menalukki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya duduk rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka dudok rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu dudok rumah kerana pada masa itu keadaan huruhara tanpa kuatkuasa undang-undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah.

Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milik persendirian, kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami
tidak dibenarkan berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka bekerja di Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya.

Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang `co-education' (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan. 

Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber pembiyaan. Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sukatan pelajaran - kurrikulum yang mendidik taat setia kepada  keluarga di raja, sukatan pelajaran ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingung. Kami sudah pun dapat menyatukan semua kurrikulum yang
bercanggah-canggah itu. 

Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah-sekolah perempuan. Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini.

Osama bin Laden

Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud.

Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters) atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar
Amerika menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel mereka sebagai pengganas dan diburu.

Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat). 
Sebenarnya tidak ada beza antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan. Kedua-duanya tidak diistiharkan terlebih dahulu, dan kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang
sangat kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh.

Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerang Afghanistan dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat.

Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut. Saya dipanggil hadiri mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States telah menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh seorang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan tersebut.

Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden

Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan US di Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45 hari dan tidak sesiapa pun memberi kami sebarang bukti.

United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh seorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika sesaorang itu dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke mahkamah.

Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak.

Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telah turut ditolak oleh US. 

Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini? Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami!

Sekatan Ekonomi

Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kami telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periuk api yang sengaja ditanam oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan.
Beratus kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat tentang patung-patung yang dimusnahkan.

Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati

Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO dan sebuah NGO dari Scandinavia yang datang dengan projek untuk memulihkan muka-muka patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Afghanistan yang
kebuluran akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab,"Tidak boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."

Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak-anak kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut.

Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu dibawah sekatan ekonomi, dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah datang untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?


Kofi Annan

Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kofi Annan hanya mahu membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.

Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubat akibat sekatan ekonomi
mereka. Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patung tersebut.

Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan keatas negara kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pegangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala-galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengan sekatan ekonomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah segala-galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebih
elok mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."

[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6
bulan sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]

Terjemahan: Tarabulsi

16 Rejab 1422
4 Oktober 2001

*selusuri naluri mereka yang bergelar AFGAN

11 March 2010

APASAL AKU...

salam 
sedikit ingatan buat setiap diri...

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.
Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.
Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
Berpesan- pesanlah kepada kebenaran....

aku jumpa kat dalam CD koleksi muhasabah... so can we share....

26 February 2010

YE KE POLITIK ITU KOTOR???

salam...
selamat menyambut hari kelahiran junjungan kita nabi Muhammad s.a.w....

aku nak komen sikit...
bila jalan-jalan bace blog insan lain...
macam-macam aku jumpa...
ada yang kata politik tu kotor...
politik ni itu dan ini...
kamu sedar???
zaman rasulullah sudah ada politik
baginda juga berpolitik
cuma istilah arab mereka panggil siasah
mereka bebas berpolitik di mana-mana
kenapa aku kata begitu???
politik itu sebahagian dari ISLAM

apabila kamu sebut ISLAM
ia mencakupi segala aspek kehidupan dan relevan sepanjang zaman

lihat...
dalam ISLAM ada
SAINS
MATEMATIK
FALSAFAH
SIASAH
EKONOMI
dan sebagainya

jika kamu kata kamu ISLAM...
kamu mesti jalani itu semua...
memilih yang hak dan menolak yang batil...
siapa pun kamu...
penjawat awam???
pekerja bawahan???
peniaga???
pelajar???

sungguh manusia itu tidak sempurna
tetapi wajib bagi setiap manusia menyampaikan dakwah biarpun mereka tidak sempurna

mana mungkin kamu kata politik itu kotor???

kalau ISLAM tidak mengizinkan politik..
mengapa ada balasan bagi seorang PEMERINTAH??
di hari akhir nanti...
balasan bagi pemerintah yang zalim dan adil...
ada bukan???
cuba kamu lihat buku-buku agama yang ada...

bila kamu lihat ADIL
adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya
WARAK pula???
semestinya menjaga....

seorang pemimpin yang mahu kita pilih mestilah miliki sifat warak...
contohnya....
menjaga perilaku diri sendiri dengan baik...
menjaga perilaku isteri dengan baik dan menasihati
menjaga keluarga...
kemudian baru boleh pergi lebih jauh...
menjaga negara....
menjaga rakyat....
menjadi pemerintah kepada mereka

adil pula....
meletakkan sesuatu pada tempatnya...
ingat... adil bukan bererti sama rata....
pemimpin yang baik dan adil...
perlu dengan senang hati melihat rakyat yang berlainan agama mengamalkan agama mereka...
tanpa diganggu...
tanpa provokasi...
sesuai dengan tindakan baginda Muhammad s.a.w suatu ketika dulu
dan situasi adil lain yang boleh dijadikan contoh...

sekian, segala yang baik datang dari ALLAH S.W.T
segala khilaf dari aku
jika terdapat sebarang kesilapan... sila berikan teguran... =)

27 January 2010

TEMUDUGA TERTUTUP

TEMUDUGA TERTUTUP

AMARAN:
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang
pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW:

Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala.
Maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujungkaki)

Wallahu-a'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...