GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label karton. Show all posts
Showing posts with label karton. Show all posts

04 March 2015

9 FAKTA SPONGEBOB YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU


Filem live-action SpongeBob SquarePants bakal menemui layar perak sekitar Mac. Pastinya ramai peminat-peminat setia siri kartun yang disiarkan di saluran Nickelodeon itu akan berpusu-pusu menyerbu pawagam tidak lama lagi.

Bersangkutan dengan tayangan filem The Spongebob Movie: Sponge Out Of Water pada minggu hadapan, mari imbas beberapa fakta menarik mengenai dunia SpongeBob yang mungkin tidak diketahui oleh para peminat tegarnya sendiri.

1 - Pencipta SpongeBob
Siri televisyen dan karekter SpongeBob dicipta oleh Stephen Hillenburg. Tahukah anda bahawa Stephen merupakan bekas ahli biologi marin?


Stephen gemar melukis dan pada mulanya mencipta karekter Spongebob dalam sebuah buku komik yang dpanggil ‘Intertidal Zone for the Institute’.


2 – Nama sebenar SpongeBob
Nama sebenar yang diberikan kepada karekter titular siri ini adalah ‘SpongeBoy’. Namun nama Spongeboy telah menjadi hakcipta batang mop terlebih dahulu.





Stephen mengekalkan nama ‘Sponge’ tersebut kerana dia tidak mahu kanak-kanak terkeliru dan menganggap SpongeBob sebagai sebuah keju.

3 – Umur SpongeBob
Episod pertama SpongeBob SquarePants keudara pada 1 Mei 1999. Pernahkan anda terfikir berapakah umur SpongeBob?





Menurut lesen memandunya, SpongeBob dilahirkan pada 14 Julai 1986. Itu menandakan SpongeBob berusia 29 tahun pada 2015! Dia tergolong dalam kumpulan zodiak Cancer.


4 – Pertukaran Patrick Starfish
Semasa episod pertama mula ditayangkan, ramai orang yang menyukai karekter sidekick, Patrick Starfish kerana sifatnya yang bendul namun mencuit hati.


Walhal dalam versi beta, karekter Patrick sangat berlainan apabila dia memiliki bar dan bekerja sebagai bartender. Patrick juga seorang pembuli dalam versi terdahulu.


5 – Bintang Hollywood pernah membuat kemunculan

Stephen Hillenburg sebenarnya tidak mahu para selebriti meminjamkan suara mereka buat karekter-karekter ciptaannya kerana takut dilabel meniru The Simpsons.

(Victoria Beckham sebagai Permaisuri Amphitrite)

Bagaimanapun dia pernah membuat dua kali pengecualian iaitu Tim Conway dan Ernest Borgnine yang menjadi supehero kegemaran SpongeBob iaitu Mermaid Man dan Barnacle BoySeasonseterusnya menyaksikan kemunculan Will Ferrell, Tina Fey, Johnny Depp, Victoria Beckham, LeBron James, Pink dan lain-lain.


6 – Dimanakah Bikini Bottom?

Bikini Bottom adalah lokasi berlakunya kehidupan SpongeBob dan rakan-rakan. Bandar Bikini Bottom mempunyai populasi 538 dan dipenuhi pelbagai perniagaan seperti restoran, firma guaman dan kilang.





Tetapi dimana letaknya Bikini Bottom itu? Sebenarnya Bikini Bottom terletak di bawah pulau Bikini Atoll yang berada di Micronesia. Lokasi itu wujud dan menjadi tapak pencubaan nuklear oleh Amerika Syarikat pada tahun 40 dan 50-an!

7 - Stephen Hillenburg tidak mahu Justin Timberlake menyanyi soundtrack
Avril Lavigne, Jeff Tweedy, dan The Flaming Lips antara penyumbang lagu bagi album runut bunyi filem SpongeBob. Penyanyi utama The Framing Lips, Wayne Coyne rancang untuk berduet bersama Justin Timberlake.






“Saya tidak mahu mereka yang pelik dan popular. Saya tidak suka penyanyi-penyanyi yang terlalu komersil,” ujar Stephen Hillenburg mengenai penglibatan Justin Timberlake.

8 – Penyelidik menjumpai kulat ‘Spongiforma Squarepantsii’
Para penyelidik di San Francisco State University menemui satu spesies cendawan yang dinamakan “Spongiforma squarepantsii” pada tahun 2011.






Kulat yang tergolong dalam keluarga genus Spongiforma berkenaan dijumpai di hutan pulau Borneo. Pelik bukan bagaimana nama saintifik itu boleh tercipta? Hurmm


9 – Catat sejarah
Sebelum ini kartun kanak-kanak Rugrats mencatat sejarah apabila menayangkan 172 jumlah episod. SpongeBob Squarepants kemudiannya muncul sebagai rancangan paling lama tayangan di Nickelodeon dengan 200 episod keseluruhan.



Tiada episod baru ditayangkan sejak Mac 2014 kerana memberi peluang untuk pembikinan produksi akhir filem The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water.



Kredit gambar: Wikipedia, Spongebob Wikia, spongebobmovie, hype, gallerryhip, inquisitr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...