GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kebaikan menabung. Show all posts
Showing posts with label kebaikan menabung. Show all posts

02 October 2014

7 TIPS UNTUK MENABUNG

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

dengan kos sara hidup yang makin meningkat... kita sangat perlu untuk jadi bijak daripada segala segi... dan paling penting ada matlamat untuk menabung...

antara resepinya adalah...

1. hapuskan hutang
usahakan untuk hapuskan hutang remeh... seperti pembelian peti sejuk, telefon pintar, sofa baru dan perkara yang kurang penting... untuk mengelakkan komitmen bulanan. lebih baik jika ada kuasa membeli secara tunai. 

2. menabung dari kecil
buka akaun untuk anak sejak mereka kecil lagi lepas pantang terus buat saving akaun untuk anak. lagi cepat lagi bagus... dan boleh mula menyimpan.

3. beli barangan yang menjimatkan
seperti mentol yang jimat tenaga... peralatan elektrik yang jimat tenaga... dan apa sahaja barangan yang menjimatkan... dan shopping barangan pakaian, mainan dan lain-lain ketika ada sale... cara ini boleh meningkatkan tabungan anda.

4. letakkan jumlah simpanan sasaran
set satu target untuk simpanan... dan usaha bersungguh untuk penuhi target tersebut. dan laburkan di dalam unit amanah... yang diyakini pulangannya... jika mampu laburlah emas.... kemudian melabur pula untuk hartanah... kerana pelaburan hartanah tiada masalah susut nilai...

5. selesaikan komitmen bulanan dahulu
bayar segala jenis bil yang ada... sebaik sahaja dapat gaji... elak tunggakkan bil.... dan anda akan nampak baki... asingkan untuk perbelanjaan rumah, duit kecemasan dan tabungan.

6. kurangkan makan diluar
biasakan masak di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja atau sekolah. nyata sangat menjimatkan. nak makan di luar sekali sekala boleh lah... duit yang biasa digunkan untuk makan diluar... terus masukkan dalam tabung hihihi

7. banyakkan sedekah
ni memang pesan dalam al- quran... sedekah akan meluaskan rezeki dan rezeki semakin berkat... badan pun sihat... ini akan meningkatkan lagi tabungan... jika rezeki anda bertambah.... rezeki berkat biarpun sedikit... dan badan sihat tak perlu jumpa doktor selalu juga membeli ubat... ini juga menjimatkan kos!

Insha Allah boleh menyimpan. selamat menabung!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...