GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kebulurnya kau!. Show all posts
Showing posts with label kebulurnya kau!. Show all posts

15 September 2014

KEBULURNYA KAU!!!

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu di samping keluarga tersayang....

musim-musim cuti ni... banyak sudah tentu banyak jemputan kenduri kahwin, aqiqah, bertunang dan lain-lain... biasanya zaman sekarang kita akan dihidangkan dengan hidangan secara buffet... seronok sebab boleh ambil ikut suka hati kita....

walaupun ikut suka hati.... tapi janganlah sampai membazir... ambil lah ikut keperluan... elakkan membazir... dan sangat selalu aku jumpa kalau dekat rumah orang kenduri manusia-manusia tak reti makan sampai licin... it's so bad...

kalau nak ambil biarlah mampu habiskan.... sampai licin... segan lah makan sampai licin sangat.... ehh... jangan malu.... jangan segan... mungkin sesetengah orang je akan fikir kau memang tengah kebulur... tetapi bagi mereka yang faham mereka akan cakap kau bagus... sebab kau tak buat amalan syaiton.......... haha

membazir tu kan amalan syaitan...

antara kelebihan jika kita makan sampai licin...

1. tanda kita tak suka membazir
2. mengurangkan buangan sisa domestik
3. kita bukan lah pencinta amalan syaitan
4. sukakan hati tuan rumah
5. mungkin memang tengah lapar gilerrrrrrrrr hahaha =)

but for me...
jangan malu untuk buat perkara baik... kerana kita tak perlu nantikan persepsi orang... kerana manusia memang sering bersangka-sangka...

raihlah pahala daripada Allah S.W.T

jangan...
tunggu anak dah ramai baru nak makan sampai licin.... jangan nak tunggu dah jadi susah baru nak makan sampai licin...

tips: jika takut makanan rasa kurang sedap jangan ambil terlalu banyak... nanti takut susah nak habiskan... jika ambil sedikit... tetiba rasa makanan tu sedap sangat... tak salah pun tambah lagi.... haha kan hidangan tu secara buffet =)


makan biar sampai licin 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...