GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

12 May 2015

DENDA, PENJARA JIKA TAK SOLAT JUMAAT



ALOR SETAR - Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.

"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Syeikh Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.    

Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.

Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaik akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.

Syeikh Ahmad berkata, Jaik mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.

"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya.

Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. – Bernama
 

19 October 2014

LOKASI PERCUTIAN BAJET KULIM

Assalammualaikum

seperti artikel sebelum ini... Malaysia memang memilki pelbagai lokasi percutian yang menarik... daripada lokasi mewah... hingga ke lokasi bajet...

kali ni aku nak kongsikan satu lokasi yang menarik di Sungai Sedim, Kulim Kedah...
berhampiran The Tree Top Walk


menyediakan kemudahan chalet, khemah berbumbung, dorm dan juga bilik dengan harga yang sangat berpatutan dengan bajet anda... 

Merupakan satu kawasan rehat dan perkhemahan alam semulajadi yang unggul terletak di Kawasan arus deras Sungai Sedim yang terkenal di negeri Kedah Darulaman.
  • Sedim Vista berada di sepanjang anak Sungai Sedim iaitu Sungai Riyau dan berdekatan denganTree Top Walk , yang merupakan laluan kanopy jalan kaki terpanjang di dunia meliputi jarak hampir 1 km.
  • Sedim Vista yang jaraknya lebih kurang 20km dari Kulim Hi-Tech Park dan 45km dari Butterworh dan Sg.Petani merupakan destinasi rekreasi dan pelancongan serta perkhemahan berkonsepkan alam semulajadi di pinggiran jeram dan pinggiran hutan bukit bukau diliputi flora dan fauna yang menyejukkan dan mempersonakan setiap pengunjung. Keindahannya akan mengkagumkan anda.
  • Sedim Vista menyediakan prasarana homestay/chalet berkonsepkan kayu (tradisional) sesuai dengan keadaan alam sekeliling di pinggiran bukit dan di tepian jeram Sungai Riyau.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Sedim Vista amat sesuai bagi mereka yang ingin menjalankan aktiviti2 berikut:
1) Berehat dan bercuti
2) Seminar & Team Building
3) Aktiviti Kursus
4) Tapak perkhemahan dan Campfire
5) Hari Keluarga
6) Kem Remaja dan Motivasi
7) Aktiviti Lasak seperti Sukan Air, Jungle Trekking, Kayak dan lain-lain
pelan lokasi

tempat penginapan yang ditawarkan





untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi nombor dibawah
 Manager: En Izham di talian 019-4270152/4337512


05 November 2010

BANJIR SEMAKIN BURUK DI UTARA


ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Angka tersebut lebih sekali ganda daripada angka pemindahan yang dicatatkan dalam banjir besar yang melanda pada tahun 2005 apabila 21,000 penduduk dipindahkan.
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,569 orang berbanding kira-kira 25,000 kelmarin ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang manakala keadaan banjir di Padang Terap semakin baik.
Di Kubang Pasu, seramai 15,672 penduduk daripada 4,347 keluarga dipindahkan manakala di Padang Terap, 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan.
Banjir di Kota Setar melibatkan 8,184 penduduk, Pokok Sena seramai 1,281 orang dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk yang dipindahkan.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 103 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.
sumber: KOSMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...