GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kisah tauke 99speedmart. Show all posts
Showing posts with label kisah tauke 99speedmart. Show all posts

01 January 2016

KISAH TAUKE 99SPEEDMART


Anda tak kenal Lee Thiam Wah tak mengapa. Anda kenal 99Speedmart kan?
Ada orang kata, OKU Orang Kurang Upaya. Ada orang kata, OKU Orang Kelainan Upaya. Apa yang pasti, Lee Thiam Wah ialah seorang OKU. Dia yang dilahirkan pada tahun 1964 diserang polio sewaktu kecil dan hilang kaki. Kini, beliau hanya berkerusi roda.
Ayahnya seorang buruh pembinaan. Ibunya penjaja. Dia ada 11 orang adik beradik. Oleh kerana keluarga miskin, Lee hanya bersekolah setakat darjah enam.
Sewaktu kecil, emaknya selalu bertanya, "Kamu cacat dan tidak bersekolah tinggi. Sekiranya kamu tidak bekerja keras, apa akan jadi dengan kamu?"
Sebagai OKU, Lee tidak ada pilihan. Dia menjual makanan ringan di pinggir jalan. Pada usia 23 tahun, dia dapat mengumpulkan RM5,000 dan itu jadi modal untuk dia buka sebuah kedai runcit di Klang.
Pada tahun 1992, dia menjual kedai runcit itu pada harga RM88,000 dan itu menjadi modal untuk dia buka pasar mini pertama.
Pada tahun 1999, dia menukar nama kedai menjadi 99Speedmart. Di peringkat awal, pasar mininya hanya berkembang di Klang dan mensasarkan pelanggan berpendapatan rendah dan pekerja warga asing. Tagline yang digunakan, "Dekat lagi murah." Hari ini, Lee memiliki 350 buah pasar mini 99Speedmart di seluruh negara.
Satu perkara yang menarik, Lee bukan saja OKU yang kini jadi Raja Pasar Mini, tetapi dia membesarkan operasi perniagaan melalui jualan, bukan hutang.
Sekiranya Lee yang duduk di atas kerusi roda boleh memiliki empayar perniagaan runcit, apa lagi alasan untuk kita tidak berusaha?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...