GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label masyarakat kita. Show all posts
Showing posts with label masyarakat kita. Show all posts

09 December 2014

TAK ADA ANAK SUSAH... ADA ANAK PUN SUSAH...

Assalammualaikum...

semoga sentiasa sihat selalu...

mentaliti orang Melayu... 
cukup umur... seolah-olah... mesti dah kena kahwin... sedangkan jodoh tu rahsia Allah....
bila dah kahwin... mesti kena ada anak... kalau tak de 'isi' lagi... nanti banyak pulak tanyanya... 
"rancang ke?' "tak sedia ke?" "tunggu stabil ke?" "dah urut?" "dah periksa doktor?"

memang suka menyibuk je.... kejenya...

bila anak ramai dan rapat-rapat...
"kesian kecik lagi... dah ada adik..."

haha ni yang aku marah ni... ikutkan rasa nak tumbuk je mulut orang cakap cam tu.... dia lupa agaknya... dia tengah pertikai urusan siapa agaknya... memang annoying giler gua rasa...

pada aku kalau ada sorang anak pun... tapi malas nak uruskan anak... pun nampak tak terjaga jugak... nanti mulalah anak tu asyik-asyik makan gula-gula, makan cekedis, makan fast food dan lain-lain lagi. alasan sibuk sebab kerja... sibuk itu sibuk ini... (bilangan anak tak mempengaruhi kualiti anak... yang pengaruhi kualiti anak adalah sikap ibu bapa tu sendiri...)

anak-anak aku walaupun rapat-rapat... dah nak masuk 3 orang... tapi aku ngan hubby sama-sama uruskan anak supaya anak kami tetap dapat manja-manja... bergurau senda... walaupun diaorang cepat dapat adik....

kami ada masa untuk masakan untuk anak-anak
kami ada masa nak mandi kolam dengan anak-anak
kami ada masa nak mengaji dengan anak-anak
kami ada masa nak bermain dan bergurau dengan anak-anak
kami ada masa nak balik kampung dengan anak-anak
kami ada masa nak berikan makanan seimbang untuk anak-anak

dan kami tak risau mengenai bajet... sebab setiap yang hidup pasti ada rezeki mereka sendiri... kadang-kadang orang keliling pulak yang sibuk lebih-lebih...

ramai anak, sikit anak, tak de anak... tu rezeki masing-masing... tak payah sibuk sangat... okeh!!!

tu yang jadi tak ada anak susah... ada anak pun susah... susah buat orang yang suka menyibuk urusan orang lain haha =P babai






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...