GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label nasihat agama. Show all posts
Showing posts with label nasihat agama. Show all posts

25 July 2010

PANJANG ANGAN-ANGAN BAWA KEBINASAAN

ni pisang berangan... sape tak kenal?

salam
semoga anda semua sihat walafiat
diberkati sentiasa dan beroleh nikmat...

berangan... mesti ramai yang suka berangan kan? hehehe... =)

berangan nak kaya
berangan nak honeymoon kat sekian-sekian tempat
berangan nak pi melancong ke sekian-sekian tempat
berangan nak kawin jemput semua rakan blogger hahaha
berangan nak hidup romantik seumur hidup
berangan nak bercinta lebih daripada cinta pada Allah
macam-macam benda yang diangankan


biasa saat tengah berangan perkataan 'kalau' akan muncul
kalau aku kaya...
kalau aku kawin...
tah macam-macam yang difikir dalam kepala... al maklum berangan...
name pun berangan mestilah nak yang indah-indah kan? ermmm...


kadang-kadang...


seperti tidak syukur dengan apa yang diterima
seperti tidak redha dengan kehidupan asyik ber'kalau' je...

hapuskanlah angan-angan yang tak membawa untung pada diri

hakikatnya kehidupan akan ada pasang surutnya...
ada dugaannya...
ada sabarnya...
ada payahnya...
ada manisnya...

panjang angan-angan ni menjadikan kita leka dan asyik mengharap suatu yang indah tanpa halangan... itulah yang biasa terpasang di dalam angan-angan... betul tak?

"kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid & keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak angan-angan." 
[riwayat bukhari & muslim]


wallahualam...

p/s: pasanglah impian disusuli dengan usaha dan doa... kalau berangan nak syahid tak pe gak huhuhu =)

18 July 2010

HIDAYAH DAN TAUFIQ MANA YANG SAMPAI DULU?


Bismillah

Rasanya dah pernah disentuh cite soal hidayah kan? hehehe... tak pe cerita lagi... macam yang pernah diceritakan dulu... hidayah Allah tu tetap akan masuk walaupun hati tu dah ditutupi, diselaputi, dan diselubungi hitamnya dosa dan noda, tapi masih ada lubang-lubang kecil walaupun satu untuk cahaya hidayah Allah itu tembus ke hati... TAPI SEMUA ITU DENGAN IZIN ALLAH. Betul tak?

Sebab tu tak mustahil, kaki bunuh, kaki botol, kaki perempuan, kaki tinggal solat, kaki tinggal puasa, kaki nyanyi, dan banyak kaki-kaki lain (siapa ye yang buat simpulan bahasa suka guna kaki ni...?) , boleh kembali ke pangkal jalan bila hidayah Allah itu menyapa, malah boleh jadi lebih baik daripada orang yang takde 'kaki-kaki' seperti dalam contoh di atas.

HIDAYAH DAN TAUFIQ

Recall ... recall
Hidayah dan taufiq.. yang mana datang dulu ?

"Hidayah la.. kak dayah lagi tua dari Taufiq !"<-- siapa yang jawab ni? hahaha jangan loyar buruk ye.. tak masuk sekolah ke? (jangan ada yang terasa ye, ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa..) 

Ok, serius! Bayangkan ada seorang meraba-raba dalam kegelapan, tak tau nak buat apa, tak tau nak pergi mana, tak tau apa-apa, yang dia tau dia tak nampak apa-apa. Tiba-tiba ada satu cahaya menyuluh satu jalan (Hidayah). Dan lebih beruntung lagi orang tersebut dipermudahkan dan mendapat satu semangat seolah-olah ada yang menyuruhnya pergi ke cahaya tersebut dan melalui lorong yang disuluh itu. Jika ini situasinya, maka orang tersebut dikatakan telah mendapat hidayah dan taufiq. Dan ini juga yang berlaku kepada empunya-empunya badan yang mempunyai 'kaki-kaki' seperti dalam contoh di atas yang berjaya kembali ke pangkal jalan, kerana tiba satu saat, cahaya hidayah Allah menembusi pintu hati dan taufiq dari Allah juga membantu dan memudahkannya untuk mengambil jalan hidayah tadi. Maka tinggallah 'kaki-kaki' tadi bersama sejarah silamnya...

"Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (An-Nuur : 35)

Ada pula mereka yang nampak jalan bercahaya tersebut, tetapi kerana tiada taufiq dari Allah, maka tiadalah daya yang mampu mengajak mereka ke arah jalan hidayah kebenaran tadi. Mereka ini pula seperti yang Allah Taala banyak kali khabarkan dalam Al-Quran. Antaranya :

"Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi " (Al-Kahfi: 55)

Dan ada pula yang tidak mendapat cahaya langsung.. Nauzubillah~ Kerana sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya...

"Sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya" (Al-Kahfi : 17) 

Di mana kita?
Sebab itu kita seringkali diingatkan, andai terasa hidayah Allah itu menyapa, jangan buat dek saje, berusahalah agar Allah membantu kita menerima hidayahNya..

CAHAYA HIDAYAH

Betapa Maha Besarnya Allah SWT memberikan hidayah berupa cahaya (nur hidayah)
Atau apakah pernah sape-sape terbaca atau terdengar sape-sape menyebut batu hidayah, hajar hidayah, pepasir hidayah, pepohon kayu hidayah?

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (An-Nur:35)

Apabila difikirkan semula, bayangkan kalau hati sudah di selaputi dan dibaluti hitamnya dosa sehinggakan hanya ada satu lubang kecil sahaja yang tertinggal. Dengan izin Allah ditakdirkan hidayah untuk menembusi hati ini. Bayangkan kalau hidayah tadi adalah seketul batu yang mana mungkin muat dengan lubang kecil yang bersisa menagih kasih sayang Ilahi, bebutir pasir yang berat yang sekali campak bukan jauh mana pun pasir tu boleh pergi, sepohon kayu yang tak perlu cakaplah.. nak masuk ranting pun dah patah....

Tapi hidayah Allah itu berupa cahaya, mudahnya cahaya yang bergerak lurus boleh tembus apa sahaja saiz bukaan asalkan tidak ditutup sepenuhnya... Mudahkan, hidayah Allah? Tapi, ingat "Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya " dan jangan pula kita yang sengaja menyombongkan diri, menutup pintu hati serapat-rapatnya seolah-olah tiada ruang lagi untuk ditembusi hidayah Ilahi....

Marilah mencari dan berusaha mengekalkannya dalam hati..

Wallahualam...

p/s: ok tak? aku ngah berlatih menulis berserta huruf besar... tak suke tak suke rase tak layak untuk menulis ='(

AIR MATA NABI ADAM A.S

sekadar hiasan


salam 
moga anda semua bertambah sihat dan berkat
bila aku kurang dapat sempat menaip... 
ni la masanya aku akan kongsikan emel dari korang... 


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.


Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."


Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Wallahualam..


emel: azmidi mat nawi a.k.a midy

17 July 2010

PEMBAZIRAN TANPA DISEDARI

pembaziran lipstik huhuhu =)

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)


Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:


Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.


Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.


Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.


Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.


Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.


Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.


Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.


Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.


Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati. 


Wallahualam..


emel: Mohd Romzi Khamarudin a.k.a Jimart


p/s: eman tak singgah lagi kot blog ni jimart.... dia kata tak dapat posting baru... erm...  kalau tak de cari kat sini eh.... ----> Wilayah Strawberry (malam kitaorang lepak kat sini basenye)

15 July 2010

BARANG NAIK, NASI LEMAK DAN KOPI 'O'


salam
apa khabar semua....
moga sihat sentiasa okay...

boleh senyum lagi?

perkhabaran terbaru harga petrol, diesel, gula, dan liquid petroleum gas (LPG) akan naik tepat 12 tengah malam ni... okay maca? hihihi... khabar ni dah pun diumumkan dalam BULUTIN UTAMA a.k.a BULETIN UTAMA... nak tengok senarai harga terbaru klik SINI

ni bukan entri provokasi... santai je kalau korang bace.... sambil ajak otak korang berfikir sejenak... apasal tajuk entri aku cam tu?

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”.
(Surah al-Isra: 26-27).

lepas harga barang naik... atau pun sebelum-sebelum ni pun... memang kita dah lali dengan ceramah agama yang menyentuh isu pembaziaran... ye tak? Forum Perdana, Al-Kuliyyah dan macam-macam lagi rancangan yang ade kat dalam TV ... radio... 

maka ramailah ustazah dan ustaz yang dibayar untuk berceramah perihal jimat cermat... sangat selalu aku tengok dan dengar... korang selalu tak dengar? huhuhu... siapa yang selalu datang dan angguk-angguk bila dengar ceramah ni? makcik-makcik, pakcik-pakcik.... kita semua la.... golongan bawahan... ye tak? dalam ceramah tu pun ustazah atau ustaz akan sebut adik kakak... abang-abang... makcik pakcik... betol tak? "jangan la kita membazir... membazir tu amalan syaitan...." dan macam-macam lagi yang dikhabarkan kat kita semua... 

kenapa dalam ceramah tu ustaz dan ustazah tak sebut sekali YB-YB sekalian pun jangan membazir? pihak atasan.... jangan lah kamu semua membazir... kerana membazir tu amalan syaitan... kenapa tak sebut cam tu? kan kuar kat TV... asyik kabo kat makcik-makcik je... pakcik-pakcik je... yelah penceramah semestinya dah dibayar oleh penganjur... dan kalau menyentuh isu sensetif bimbang akan digam betul tak?

maka khusyuklah makcik dan pakcik mendengar tentang azab yang akan diterima dek kerana membazir... bermacam dalil yang dibacakan untuk kesedaran makcik-makcik dan pakcik-pakcik... cukup insaf makcik-makcik hinggakan teringat tentang tulang ikan yang masih belum habis telah dibuang begitu saja suatu masa dulu... itu juga termasuk dalam istilah membazir...

apa sangat yang boleh dijimatkan oleh orang-orang bawahan? yang memang hasilnya hanya cukup makan... mahu tanggung anak-anak yang perlu disusukan... disekolahkan... diberikan pelajaran... 

adakah dengan cara begini boleh menyelamatkan negara kita?
ya... begini caranya... dulunya makan nasi lemak sebungkus seorang kini dikongsi berdua... kopi 'o' yang dulunya hitam... kini dibancuh dengan warna hitam yang samar-samar... ohhhhhhh memang memberi kesan ceramah tu... jimat cermat..

persoalan:
apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan? 

sebelum harga minyak naik,  telah sekian lama mereka yang berada diteratak usang tu berjimat makan dan pakai. saban hari mereka mengira belanja untuk membolehkan mereka terus hidup di kala kerajaan belum menaikan harga barang dan petrol lagi...

aku bukan nak sembang tentang perjalanan ekonomi antarabangsa. ramai dah yang bercerita. tapi aku nak bincang soal pembaziaran dan jimat cermat. ye... Islam memusuhi pembaziran... sebagaimana dalam ayat al-quran kat atas tu... 

macam tu la Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan... kesan pembaziran sangat besar... tengok je la negara kita yang kaya dengan pelbagai hasil... sepaptutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ni dengan adil... namu disebabkan pembaziran... harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun... boleh susut mendadak dalam beberapa tahun je...

barang keperluan bertukar menjadi mahal... bantuan yang sepatutnya sampai pada yang berhak tak dapat diagihkan dengan sempurna... persoalannya adakah setiap kali kita semua bercerita tentang pembaziaran kita terbayangkan orang-orang bawahan yang tinggal di kampung atau di bandar je? jika kita mahu berjimat cermat dan tidak mahu membazir... kenalah dimulakan dengan orang-orang atasan... bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang memang telah sekian lama berjimat... hingga tak tahu ape lagi yang nak dijimatkan... mengapa kita perlu terbayang rakyat yang tinggal di rumah persendirian dengan duit poket yang telah lelah?

sedangkan yang di atas leka bermain golf... menghadiri majlis keramain di luar negara... membeli belah dengan mewah... melakukan itu dan ini... rakyat yang membilang butir beras yang entah cukup ke tidak... disuruh jangan membazir...

rasanya cukuplah... renung-renungkan...

wallahualam...


info: esok tepat pukul 5:28 minit petang 16 julai 2010 matahari tepat di atas kaabah... so boleh lah setting balik arah kiblat yang sebenar korang ye... jangan lupe ambik kayu... check it out bebeh...  =)

12 July 2010

PEREMPUAN MENGGODA MENJADI SATU TREND


abang naik honda C70.... boleh tergoda tak?
(macam comel je kalau eman naik C70 waka waka eh eh) 
salam semua
harap sihat selalu...

aku tertarik dengan fenomena berkomunikasi secara lunak manja.... ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan.... bukan je sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri... kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna.... jarang aku rasa kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis seperti yang teritulis di atas.... betol tak??

mesti sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink suatu masa dulu... yang menampilkan dialog lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda... tapi yang mengada-ngada bukan la si jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki tu.... lucu dialognya “tadi kanda sekarang sayang…”, satu dialog ala pekak badak...

walaupun ia hanyalah sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi-jadi dalam iklan produk tempatan.... korang ingat tak iklan syampu ‘sunsilk’? model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk... menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka.... salah satu slot iklan syampu ni memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah... lalu bertentang mata.... tak tau pe kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.... 

sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya malaysia.. kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya... cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut... saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat... bila talian hotlink atau celcom atupun digi tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang... aduhai terasa dunia gelap... sunyi dan sepi.... ke mana kah akan di bawa hati nan lara? hahaha

SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! 
syarikat telekomunikasi juga yang untung..

paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan... saban hari ada ada je cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah... setiap hari ade je kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali... ade je kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda... 

dalam majalah wanita... akhbar tabloid... mahupun akhbar terkemuka... ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati... masalahnya hampir sama... seperti membaca novel, temanya tetap sama... bertemakan cinta terlara... cinta terlarang... kisah hati yang tak bahagia.... kebanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlarang ialah wanita.... bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlarang... tetapi mereka kurang menuliskannya....  untuk tatapan umum... ade seorang blogger lelaki siap delete blog lagi akibat frust bercinta... huhu... (contoh ye bro aku tak sebut name ko ye... dari lirik lagu aku tau ko cukup frust hehehe) mungkin untuk untuk menjaga status... ye ke?? huhuhu

sebagai manusia yang punya agama... aku lebih memikirkan kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? kenapa aku kata ianya cinta terlarang? apakah agama menghalang manusia bercinta ? tak... bukan tu maksud aku...

malah Islam adalah agama kasih sayang... Islam itu sendiri datang dari perkataan salam... iaitu kesejahteraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih sayang sejagat... sayang sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling... Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya.... kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad... wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan....

firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”

penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan menggoda... berdasarkan kepada permasalahan ni... seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya... sikap sederhana ni bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta... tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda... ye ke? u can ask urself bebeh...

sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang... malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam.... wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya... jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.wt maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan... wanita terpedaya lelaki pula tergoda... kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.... (ini suatu hakikat yang harus diterima) so mesti waspada...

wanita mesti ‘keras hati' untuk mentaati perintah Allah... hanya dengan cara tu je... bahagia yang hakiki akan dapat dirasa... permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari... saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan... bila dah kecundang dan jadi hamba cinta... masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat... masa tu la... kehormatan diri mudah jadi galang ganti... siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? jika kekasih hati mencela dihadapan keluarganya sendiri? mungkin menimbulkan kesedihan dihati snediri... tetapi pada DIA ruang taubat masih ada... pepatah melayu berkata “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna” fikirkan...

sesal kemudian masih berguna... 
kerana ruang untuk bertaubat masih ade...
manusia ada yang terima...
tidak kurang juga mencela.... 
tetapi pada DIA pintu taubat masih terbuka hingga hujung nyawa...
selama mana matahari tidak terbit dari barat... =)

Wallahualam...

MENAKUTKAN DIRI BERBUAT BAIK


salam
harap semua sihat walafiat...
cite ni dah lame cuma aku dok la fikir cam ne nak olah dalam bentuk entri....

ini adalah kisah benar tetapi sedikit diolah dalam bentuk cerita...

seorang ustazah yang masih lagi baru mengajar...
cuba bertanya pada anak-anak muridnya...
bila da besar nanti nak jadik ape?

maka riuhlah murid-murid menjawab ada yang nak jadik doktor, jurutera, cikgu, askar....tiba giliran seorang budak lelaki untuk menjawab...

"ustazah saya da besar nanti nak jadi ulama" jawab budak lelaki tu...

mendengar jawapan budak tu... seluruh kelas menyambut dengan hilai ketawa pada beliau... ustazah pun berasa hairan dan pelik... 

"salah ke cita-cita nak jadi ulama... orang nak jadik baik pun salah... diketawakan lagi... mana tak MALU orang nak buat baik" pintas ustazah

ni bukan cite karut ni adalah kisah benar... kerana kita dikelilingi manusia yang kurang 'supportive' natijahnya kita MALU untuk menjadi baik... banyak lagi situasi yang aku boleh contohkan...

situasi 1
andai seseorang berjalan bersama kawan-kawan di kaki lima.... tiba-tiba nampak plastik air kat atas lantai... sakit mate nak ditengok... kerana malu digelar orang baik oleh kawan-kawan (cth: "fuyoo baiknye ko ni... ") kerana tu korang membiarkannya... maka terlepaslah korang untuk mendapat pahala dengan mudah....

situasi 2
jika datang peminta sedekah saat korang ngah ngan member-member... bimbang digelar seorang yang pemurah... korang biarkan je peminta sedekah tu berlalu tanpa memberikan apa-apa...

situasi 3
korang memiliki sejarah hitam dalam hidup sebelum ni... cam tak bertudung ke... isap dadah ke... ape je la yang tak baik dan berdosa... kemudian korang nak berubah menjadi seorang hamba yang taat dan laksanakan setiap suruhanNYA... tapi memikirkan kawan-kawan kat keliling korang yang satu kepala dan bimbang diejek korang batalkan hasrat untuk menjadi seorang hamba yang taat... 

penyakit malu tak bertempat ni boleh menjadi lebih kronik jika tak dirawat dengan segera... malah mungkin disertai dengan 'associated symptom' yang dahsyat TAKUT BERBUAT BAIK!!! maka terciptalah penyakit MA-KUT(malu-takut) untuk membuat kebaikan...

siapa yang kita kejar? pandangan al-Khaliq atau pandangan makhluk? pandangan Pencipta yang lebih utama atau pandangan yang dicipta lebih utama? 

PERLUMBAAN TANPA PESERTA

"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, oleh itu BERLUMBA-LUMBALAH KAMU MENGERJAKAN KEBAIKAN, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (Al-Baqarah: 148)

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa " (Ali-Imran : 133)

ON YOUR MARK!!! GET SET GO!!!

11 July 2010

SEGALANYA DALAM KENANGAN.... YANG HIDUP JANGAN ASYIK BERANGAN


salam
semoga kalian sentiasa diberkati dan dirahmati
maaf sejak kebelangan ni banyak entri auto publish hihihi...
sempat jalan blog kawan-kawan sekejap-sekejap je...
kekangan waktu yang jadikan begitu =)

yang telah pergi semestinya masih dalam kenangan...
yang hidup pulak makin hampir dengan kematian...

setiap hari bangun dari tidur....
sudahkah kita ucapkan syukur kerana masih lagi bernafas...
kerana usia kita dipanjangkan...
sedarkah kita kematian itu semakin hampir....
insaflah kerana pintu taubat masih lagi terbuka....

ketahuilah tidur juga adalah pelajaran bagi yang hidup merasai kematian... melalui tidur juga Tuhan telah mengajar kita semua hikmah mimpi... adab-adab tidur juga Tuhan telah tunjukkan melaui Nabi... betapa syumulnya Islam sekecil-kecil perkara juga diberi bimbingan... hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.... kenapa manusia masih ada yang membantah?

pastikan tidurmu berwudhuk.... Tuhan akan memelihara rohmu di sisiNYA... jika tidak Tuhan tidak akan memandang mu... akan dibiarkan syaitan dan jin mengganggu... akibatnya ko akan dibuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah... malah boleh menarik kepada kekufuran... 

tidurlah ko di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat... mudah-mudahan mimpi mu dikurniakan hikmah... kerana  ia merupakan satu cara wahyu diturunkan kepada Nabi Allah... tidurlah apabila rasa mengantuk... dan dengan tidur tubuhmu akan mendapat kerehatan... jangan tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan ini akan membuatkan tubuh mu letih dan lesu... dan akal fikiran menjadi lemah...

dan jangan pula menabaikan tidur... kerana akan menghilangkan kewarasan akal fikiran... tidurlah sebagaimana yang disyorkan Islam... sebagaimana ditunjukan Nabi s.a.w... tidur sebelum zohor... dan selebihnya menguruskan urusan dunia di siang hari.... tidurlah sedikit di malam hari.... dan bangun untuk memperhambakan diri di malam hari... inilah tidur yang ideal untuk mencari keredhaan Tuhan...

jauhilah....

amalan tidur dua kali di siang hari... kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan... hindari tidur terlalu lama supaya tidak dikencingkannya... dan janganlah tidur di siang hari dijadikan kemestian... kerana ini akan mengeruhkan wajah... dan rezeki menjadi mahal (lawan murah rezeki hahaha)... elakkan tidur menelentang... kaki bersilang... juga tidur meniarap... atau mengangkat punggung... 

tutuplah aurat saat ko tidur... dan tidurlah di tempat yang terselamat dari fitnah.... berlindunglah kepada Allah semoga ko akan mendapat berkat.... ingatlah... masalah tidur sering dianggap remeh... tetapi ini juga antara punca hidup jadi tak terancang... hilang matlamat dan hilang punca... jurang ni la akan dimanfaatkan oleh musuh... 

RECHARGE YOUR ENERGY BEBEH =)

p/s: hamster baru beranak untuk kali kedua... hahaha ade 6 ekor derrrrrrrr... sekor mati... semalam ibu hamster leh terlepas pulak.... nasib aku terbangun... ade bunyi bising.... sangat teruja.... kena beli rumah baru untuk hamster.... 

HADIAH UNTUK KAWAN-KAWAN BLOGGER....

jom singgah blog assoyfinger67, zulkbo, padin, nick irfan, nabilah_2809, ashraffi, iqbal syarie, deena farhana, lok, kak imun, melatidaisy, jane, hiro, jieda, Jaya Jr, unniesya, zack zaifull, Kembara Jr, piewahid, mijie diaorang ni semua best... ape lagi? singgah la..... be friend with them... =)

ramai blogger yang miliki kreativiti dari segi cara persembahan post mereka... 

yang lain pun best jugak =) SINI

08 July 2010

MERUNGKAI MASALAH SOLAT


salam
petikan daripada emel yang bertanya

akum cik xyz
macam mana nak solat sedangkan ayah saya sakit dan selalu dalam keadaan berhadas ketika di hospital. ayah saya pun pakai pampers. dah tua

berkongsi apa yang ada... apa yang aku tau... mudahan suatu ilmu dapat dipanjangkan... dan dimanfaatkan oleh semua...

sebagaimana yang kita semua tau solat tu tiang agama... sakit ke... nak mati ke... apa pun terjadi kita mesti solat... tak solat berdosa... tu je hukumnya.... kecuali mati... gila... tak sedar... ye tak?

sabda Rasulullah s.a.w:
sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

pernah tak korang dengar tentang solat hormat waktu?
pernah tak korang dengar tentang rukhsah solat?

ape tu?

rukhsah solat adalah keringanan untuk orang yang bermusafir atau dalam keadaan sakit. dulu aku penah wat rukhsah solat selain jamak dan qasar... mase tu aku tak berapa nak sihat... so sembahyang baring pun ade... duduk pun ade.... tu kita panggil rukhsah... keringanan atau kemudahan... rukhsah ni mestilah dilakukan dalam keadaan berwuduk dan tak perlu diqada' semula.... sifatnya seperti sembahyang yang lain... cuma ada keringanan dalam pergerakan solat atas sebab dalam kesakitan... atau bilangan rakaat yang dipendekan kerana sedang bermusafir....

berbeza pulak dengan solat hormat waktu.... solat yang dilakukan dalam keadaan darurat... kita mengetahui sudah nak habis waktu solat... tetapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakan kita tak boleh nak bersolat... andaikata tersekat dalam kesesakan lalu lintas ke.... atau apa-apa situasi yang dibenarkan.... solat sebegini adalah solat tanpa wuduk... hanya niat dan perlu angkat takbir je... atau buat sekadar yang mampu... supaya kita tak berdosa... kemudian apabila dalam keadaan yang selesa solat perlu diqada' kembali.... solat cam ni... sesuai gak untuk mereka yang terlantar kat hospital.... dan tak leh nak pi ambik wuduk ke... atau sentiasa berhadas misalnya... memang perlu memakai pampers.... cam tu la contohnya.... dan setelah sihat perlulah jugak diqada'

menurut Imam al-Syafie, barang siapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim, maka dia harus ditanya: mengapa kamu tidak bersolat? jika dia menjawab: saya terlupa. maka katakanlah: solatlah engkau ketika sudah ingat. jika dia menjawab: kerana saya sakit. maka katakanlah kepadanya: solatlah semampumu; berdiri, duduk atau berbaring atau dengan isyarat. apabila dia menjawab: saya mampu untuk bersolat, tetapi saya tidak solat dan saya akui solat itu wajib hukumnya. maka katakanlah kepadanya: solat itu adalah amal yang tidak boleh diwakilkan kepada yang lain. ia wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah. jika tidak kami akan membunuhmu. (Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafie karya Dr Muhammad A W al-Aqil)

apapun hukuman bunuh hanya boleh dilaksanakan oleh penguasa Muslim yang sah dalam sesebuah negara melalui proses kehakiman. haaaaaaa kan betul -betul seriusnya hukuman bagi yang meninggalkan solat secara sengaja.... 

so... usahakan untuk solat dengan sempurna biarpun hanya rukhsah solat.... jika tidak mampu barulah dibenarkan solat hormat waktu.... hangpa pi shopping ka... tak de qada' qada' na...

wallahualam....

07 July 2010

TIDAK MEMBELA AHLI KELUARGA YANG SALAH


salam
semoga semua sihat hendaknya...
sifat manusia sememangnya akan membela seseorang atau suatu kelompok
membela untuk menegakan kebenaran tak mengapa
membela untuk menegakan keadilan tak mengapa....

ape kes pulak dengan membela untuk membiarkan suatu kemungkaran?

membela seseorang yang melakukan kesalahan
membela seseorang yang melakukan kemungkaran
membela rakan-rakan 
membela ahli keluarga
dan lain-lain lagi... 

Rasulullah pernah bertanya "apakah kamu akan bertindak sebagai pembela dalam pelanggaran hukum Allah"

kemudian baginda Rasulullah berdiri serta berkhutbah. di antara khutbahnya: "sesungguhnya yang membinasakan orang-orang yang sebelum kamu adalah kerana mereka apabila ada seorang dari golongan atas mencuri, maka mereka biarkan saja, tetapi apabila seorang dari golongan lemah mencuri, maka dia dijatuhkan hukuman. demi Allah andaikata Fatimah puteri Muhammad mencuri, pasti akan ku potong tangannya"

daripada ini dapat disimpulkan sesiapa pun yang melakukan kemungkaran hatta daripada kaum keluarga sendiri... tidak perlukan sebarang pembelaan... kerana jika ini terjadi... akhirnya akan mendatangkan kemudaratan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...