GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label penjagaan rutin. Show all posts
Showing posts with label penjagaan rutin. Show all posts

10 October 2010

KENALI JERAGAT

ni gambar hiasan je... uhuhu

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

sembang-sembang soal kesihatan... ok gak kan? nak nak orang pempuan fuhhh sanggup berabih nak cari produk kecantikan... janji leh nampak cerah dan hilangkan kedut... ye tak? (tak kesah la tangan tu gelap je... janji muka cerah... uhuhu)

check it out bebeh =)

Jeragat
  • sejenis penyakit kulit.
  • umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
    • seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
    • melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
    • skin tag - daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
  • jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
  • rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
  • individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.

Kulit
  • kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
  • kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.

Penjagaan kulit
  • kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam 12 tengah hari sehingga 4 petang.
  • gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

kadang-kadang orang yang selalu dok berpanas kat dapur pun kerap mengalami masalah jeragat... lebih mudah jadi... kalau mengabaikan kesihatan kulit...

nota: hati-hati dengan produk kecantikan semasa =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...