Perkongsian kata-kata nasihat yang sangat menyentuh hati nurani...
- Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad.
- Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.
- Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.
- Jangan terlalu sibuk/ gila mcari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Tuhan. Berusaha tapi bukan hingga mengabaikan yang sepatutnya.
- Sentiasa peluk cium anak-anak, pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.
- Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll...Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. Walaupun meeting, at least cakap 'saya meeting'. Jangan biarkan panggilan tak berjawab. Sekali lagi... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.
- Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.
- Ketahui pakaian yang dipakai pasangan / anak-anak sebelum keluar. Ramai yang tak mengambil berat perkara ini. Malang tak berbau kan?
- Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara tak langsung (tanpa sedar sebenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata...hak dalam membuat ekputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.
*JANGAN INGAT KITA MASIH ADA ESOK