salam dan selamat sejahtera semua...
untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat yang seimbang... si ibu perlulah lebih prihatin dengan jenis sajian yang diberikan kepada anak-anak... masalah yang paling utama adalah nak bagi anak makan sajian yang berasaskan sayuran.... ye tak???
anak kecil sifatnya mudah meniru...
tunjukkan pada mereka yang anda makan sayuran yang telah dimasak dengan pelbagai jenis menu... dan juga ulam-ulaman...
Pastikan!!!
sayuran dicuci bersih...
dipotong dengan saiz yang sesuai...
jadikan sayuran seperti lobak merah, tomato dan timun antara snek kegemaran anak anda... anda boleh potong timun dan lobak secara memanjang seperti saiz kentang goreng... manakala tomato dihiris nipis dan biarkan anak anda meratah... sambil menonton TV atau bermain...
tunjukkan contoh dan memek muka... bahawa makan sayuran tu sedap dan menyelerakan... mulakan seawal mungkin... terutamanya apabila mereka sudah tumbuh beberapa batang gigi di barisan hadapan...
percayalah... anak anda akan jadi penggemar sayur-sayuran...
anak saya juga penggemar daun selom, tomato, timun, lobak merah... dan hampir semua jenis sayuran dia akan makan... walaupun usianya baru menjangkau 1 tahun 2 bulan...