KUALA LUMPUR - Pemilik laman-laman web dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim perayaan kerana serangan laman web dijangka akan meningkat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan akhbar berkata, peningkatan serangan itu kerana kebanyakan laman web yang beroperasi tidak akan dipantau ketika musim perayaan.
"Pada tahun 2009 seperti contoh, serangan ke atas laman-laman web ini meningkat semasa cuti perayaan seperti Aidilfitri.
"Jadi pemilik-pemilik laman web harus meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan aplikasi yang berkaitan bagi mengelakkan risiko digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.
Menurut SKMM, pada minggu pertama September tahun ini, sebanyak 262 kes laman web yang digodam dilaporkan berbanding 168 kes pada Ogos lalu.
Pemilik-pemilik laman web yang mengesan sebarang kegiatan penggodaman boleh melaporkan kepada SKMM di talian 03-8688 8303 atau melayari laman web di http://www.skmm.gov.my/cybersecurity
sumber: Kosmo
nota: sejak akhir-akhir ni memang selalu ade masalah malware detect... dan beberapa lagi masalah bagi pemilik blog dan laman web... jadi pastikan laman korang tak meletakan widget yang boleh menyebabkan serangan malware... kerana ini akan memudahkan penggodam mengganggu akses ke laman anda... serangan juga akan dilakukan kepada laman yang pro pembangkang hingga menyebabkan saat mengakses dilambatkan... juga gangguan pada server BERHATI-HATILAH!!!!
Tips: InsyaAllah selagi korang menggunakan server blogspot... korang tak de pape masalah kerana blogspot di bawah kelolaan google inc. biarpun kadang kala ade sedikit masalah terpencil... terima kasih =)