GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label siapa fariz muda. Show all posts
Showing posts with label siapa fariz muda. Show all posts

22 February 2015

ADAM ADLI DAN FARIZ MUDA DIBEBASKAN




SHAH ALAM, (MLP) – Ketua koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis anak muda, Adam Adli yang ditahan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jinjang, Kuala Lumpur dibebaskan kira-kira 11.15 pagi tadi.

Adam dilihat berjalan keluar dari lokap bersama dengan Fariz kira-kira jam 11.20 pagi.

Beliau kemudian memberitahu pemberita bahawa peguam mereka, New Sin Yew dan Michelle Yesudas telah menguruskan pembebasan mereka malam tadi.

Semalam, Fariz dan Adam ditahan sewaktu menyertai himpunan #Kita Lawan di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.

Perhimpunan itu bertujuan menunjukkan solidariti terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas dia disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


Foto: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...