GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label sombong. Show all posts
Showing posts with label sombong. Show all posts

03 September 2010

KENAPA TIDAK ALIM SEPERTI AKU?

mereka tak sombong walaupon dapat naik motor...

salam
buat semua semoga sentiasa dalam rahmatNya...
kali ni bercerita tentang sombong la pulak ye...

dulu...
sorang member aku pernah kena herdik dengan roomate dia... sebab member aku ni tak pakai tudung... roomate dia cakap... roomate dia ni pulak jenis pakai tudung labuh...

"ko ni tak beriman betul..."

dia cakap kat kawan aku... kawan aku ni pulak jenis mudah touching so nanges le datang bilik aku... hehe... alhamdulillah sekarang dia da pakai tudung...

SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka...

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” 

(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) 


Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”


jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, apa nak jadi dengan kamu semua. mengapa tidak alim dan warak seperti aku...


maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. oleh itu... bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak....  sedikit perkongsian semoga kita semua beroleh sedikit keberkatan...


wallahualam... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...