GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label teh. Show all posts
Showing posts with label teh. Show all posts

13 November 2014

KHASIAT 'RUMPUT' YANG ANDA TIDAK TAHU




FAKTA MENARIK: Tumbuhan ini sering dianggap sebagai rumpai yang menumpang di celah-celah tanaman anda, bukan? Mungkin sebab itu nama yang diberi ialah Ketumpangan Air. Juga dikenali sebagai Sirih Cina atau nama saintifiknya Peperomia Pellucida, bukan sebarang rumpai! 

Ia boleh dijadikan sayur, salad dan teh! Terdapat beberapa manfaat seperti meredakan batuk, merawat jangkitan pundi, gout, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

SUMBER: LAMAN IMPIANA

p/s: selalu je jumpa dulu-dulu kat halaman rumah... now dah tak de sebab rumah dah renovate sampai tak de tanah hehehe

03 November 2010

TEH PANAS... TEH SEJUK...

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang... Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab.. 

"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20" 

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya.... 

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja... 

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata "Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wang yang aku ada cume 70sen je!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...