salam
semoga semuanya sihat selalu
kali ni adalah entri hasil perkongsian daripada encik padin...
apekah? berani betol padin cakap cam tu!!! hehehe
hujahnya:
sifat perempuan yang kadang kala cepat marah... suka menyimpan... dan miliki macam-macam kerenah... (betul ke cam tu padin? kalau salah sila betulkan ye) jika lelaki tak mampu mengawal atau silap mengawalnya... abis la meletup... betul ke?
perempuan = tong gas
padin mungkinkah ko sanggup mengumpamakan hana zaty seperti tong gas? hehehe... hana... kalau tak puas hati sila pukul padin laju-laju... =)
sedikit renungan:
wanita itu asalnya daripada tulang rusuk yang bengkok... lelaki tu umpama pemimpin kepada wanita... oleh itu pimpinlah dengan ilmu dan amal... tetapi jika pemimpin sendiri tak berilmu dan beramal... bagaimana dia nak membentuk muridnya menjadi manusia yang baik... wanita tu lemah dari segi kudrat berbanding lelaki. kerana tu lelaki yang gagah perlu menjaga wanita yang lemah ini... di dalam peperanagn juga dilarang membunuh "wanita" perempuan tua dan anak kecil... tetapi lelaki juga perlu ingat tanpa "superwoman" tak mungkin ada "superman"... bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara... bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa... tetapi lelaki juga perlu ingat jangan hanya mengharap ketaatan tapi binalah kepimpinan... pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah... pimpinlah diri sendiri dahulu untuk taat kepadaNya...
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
wallahualam...
p/s: ni entri bergurau senda... jangan ade yang marah plak ye huhuhu... masih menunggu hujah lelaki = dapur gas hahaha =P