GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label vape diharamkan. Show all posts
Showing posts with label vape diharamkan. Show all posts

09 December 2015

VAPING ADALAH GAME CHANGING, SYARIKAT ROKOK TERPAKSA GUNA UNDANG-UNDANG UNTUK SEKAT VAPE!

Andai industri vaping menguntungkan kenapa syarikat rokok tidak menyertainya? Ini jawapannya.
Vaping ialah "game changing" - satu industri yang disrupt industri tobacco.
Vaping ibarat startup = sebuah kancil yang mudah untuk membuat u-turn di jalan raya yang sempit berbanding lori 16 tayar (big boys) yang susah untuk divert kepada model bisnes lain.
Vaping bukanlah dicipta oleh syarikat rokok, tetapi dicipta oleh seorang ahli farmasi Hon Lik pada tahun 2003 dan dibangunkan oleh syarikatnya berpengkalan di Beijing. Sejak dari itu, vaping telah berevolusi menjadi satu pasaran bernilai $2 billion dan dijangka meningkat 24% setahun sehingga 2018.
Dan pada masa yang sama jualan rokok telah merudum 29.6% sejak 2004.
Pada awalnya vaping yang diperkenalkan oleh Hon Lik tidak boleh diisi semula (pakai buang) dan dijual di stesyen-stesyen minyak.
Untuk counter keadaan ini, syarikat-syarikat rokok telah membeli jenama-jenama pengeluar vaping pada ketika itu termasuk membeli syarikat dan patent Hon Lik.
Syarikat syarikat rokok mahu mengekalkan model bisnes mereka iaitu mereka mahu orang membeli selalu produk mereka. Sebagai contoh, membeli sebatang vaping sehari, sekotak rokok sehari.
Namun, selepas vaping berevolusi dengan hadirnya devices yang boleh diisi semula e-juice, syarikat syarikat rokok mula gagal menguasai pasaran, mereka tidak suka idea isi semula.
Selepas gagal menyekat vaping dalam pasaran dengan produk mereka, syarikat rokok menggunakan undang-undang sebagai senjata rahsia.

NOTA: bertabahlah semua vaper, syarikat rokok mahu menyekat vape... untuk pastikan syarikat rokok mereka terus survive,,, tapi... jika anda tak merokok atau vaping adalah lebih owesome!!!! he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...