Assalammualaikum
Bergedil roti sardin ni setanding je rasanya dengan bergedil sardin atau bergedil kentang ayam...
Jom cuba!
Bahan-bahannya:
Roti putih
Sardin tin
Bawang besar
Daun bawang/ daun sup
Lada sulah/ lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Telur untuk salutan
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
Carik kecil roti
Letakkan di dalam mangkuk
Masuk kan sardin dan kuah sardin secukupnya
Bawang besar yang dimayang halus
Daun bawang yang dah diracik
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
Gaul sebati...
Kemudian bulat-bulatkan dan ditekan sedikit...
celupkan dalam telur yang dah dipukul... hingga menyaluti seluruh bergedil...
goreng dalam minyak banyak(deep fry)
Hingga kekuningan... angkat dan toskan...
tadaaaa sedia untuk dimakan...
P/s: bagi yang buat bergedil untuk berniaga... saya cadangkan gunakan bawang goreng atau bawang yang ditumis... untuk jadikan bergedil tahan lebih lama... kerana bawang bersifat asid...