GENG LENSA HIDUP

14 December 2014

UMUR 29 TAPI NAMPAK MACAM 80!!!



HENAN, (MLP) – Pada tahun 2003, seorang wanita yang bernama Hu Juan, 29, telah melahirkan anak lelaki dan tidak lama kemudian wajahnya telah berumur secara drastik.

Juan mempunyai penyakit luar biasa yang dikenali sebagai cutix laxa yang merosakkan tisu kulit dan akan mengakibatkan seseorang itu kelihatan tua dengan cepat. 

Walaupun Hu berada dalam keadaan sihat, dia jarang keluar dari rumah dan melihat dirinya di cermin. Malangnya, anak lelaki sendiri malu dengan ibunya kerana kelihataan seperti nenek dan bukan seorang ibu. 

Dia telah cuba untuk membunuh diri untuk dua kali tetapi dihalang oleh suaminya. Hu telah menjalani pembedahan di Shanghai pada bulan yang lepas untuk memulihkan keadaan kulitnya. 

Menurut laporan perubatan, lebih 200 keluarga dari seluruh dunia menghidapi penyakit ini disebabkan oleh mutasi gen yang akan menyebabkan kelonggaran kepada tisu kulit di seluruh badan.


Kredit Foto: Your Health 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...