1. Kek keju tanpa bakar Nutella
-
- Bagi resipi mudah ini, anda perlukan 6 bahan sahaja iaitu:2/3 cawan Nutella12 keping biscut 'Oreo', dihancurkan3 sudu besar unsalted butter, di cairkan1 cawan cream cheese, dilembutkan1 sudu kecil ekstrak vanilla1 cawan whipped creamCara membuat:Masukkan biskut 'Oreo' yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Dan bahagikan adunan ke dalam bekas untuk dihidangkan.Masukkan cream cheese dan Nutella ke dalam pengadun dan pukul sehingga sebati. Kemudian, campurkan vanilla ke dalam aduanan. Gunakan sudip untuk menggaul whipped cream dan kacau sehingga sebati.Bahagikan adunan untuk dimasukkan ke dalam bekas untuk dihidang. Tutup bekas dengan pembalut makanan dan sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.
-
2. Kek Nutella
-
- Anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:240g Nutella4 biji telur (bersuhu bilik)Cara-cara membuat kek Nutella:Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan bekas acuan bulat kek berukuran 20cm dan ratakan kertas pembakar di permukaan acuan.Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan laju sehingga benar-benar gebu. Ia akan mengambil masa selama 5-7 minit.Sementara itu, masukkan Nutella ke dalam mangkuk berasingan dan panaskan ke dalam microwave selama 15-20 saat sehingga lembut. Kemudian, masukkan 1/3 daripada telur yang telah dipukul kedalam adunan Nutella. Pastikan anda menggunakan sudu besi untuk menggaul dengan cara menggulung adunan sehingga sebati. Selepas itu, masukkan telur yang selebihnya ke dalam adunan sehingga adunan sebati.Masukkan adunan yang telah dikacau sebati ke dalam acuan kek dan bakar selama 25-30 minit. Untuk memastikan kek anda cukup masak, cucuk lidi ke dalam kek. Sekiranya tiada sisa yang melekat di lidi, ia bermakna kek anda telahpun masak secukupnya.Biarkan kek sejuk sebelum dialihkan daripada acuan dan dihidangkan.
-
3. Biskut Nutella
-
- Untuk resipi ini, anda hanya perlukan empat bahan sahaja iaitu:1 cawan Nutella1 cawan (150g) tepung1 biji telur1/2 cawan (115g) gula kasterCara-cara membuat biskut Nutella:Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar biskut.Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun dan gaul sehingga adunan berbentuk doh. Anda juga boleh tambah cip coklat ke dalam adunan.Ceduk satu sudu besar adunan dan bentukkan ke bentuk bulat. Kemudian, letakkan ke dalam dulang. Gunakan gelas rata untuk meratakan acuan ke bentuk leper.Bakar selama 12 minit. Setelah dibakar, biarkan ia sejuk selama paling kurang 5 minit sebelum dialihkan ke dalam balang kaca atau dihidangkan.
4. Cupcake Nutella
-
- Bagi resipi ini, anda hanya perlukan tiga bahan sahaja iaitu:1 cawan Nutella3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri2 biji telur yang dipukul sedikitCara-cara untuk membuat cupcake Nutella adalah:Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari.Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersamacream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.
5. Aiskrim Pisang
-
- Untuk membuat aiskrim pisang, anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:2 sudu besar Nutella2 biji pisang bersaiz besarCara-caranya:Potong pisang menjadi kecil dan simpan ke dalam peti sejuk selama paling kurang 2 jam. Apabila pisang telah beku, masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.Kemudian, masukkan Nutella ke dalam pisang yang telah dikisar dan kisar untuk beberapa saat lagi.Alihkan ke dalam mangkuk kecil. Taburkan sedikit cip coklat dan hidangkan.
6. Roti bakar Nutella bersama marshmallow
-
- Anda perlukan empat bahan ini:NutellamarshmallowrotimentegaCara untuk membuat:Letakkan marshmallow ke atas sekeping roti dan sapu Nutella ke atas sekeping roti lagi. Masukkan sedikit mentega ke dalam kuali dan apabila sudah cari, bakar roti yang di letakkan marshmallow. Pastikan marshmallow berada di permukaan. Kemudian, letakkan roti yang disapu Nutella di atas roti yang sedang dibakar.
7. Puding Nutella
- Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:500g Nutella800ml krim pekat1 sudu besar air panas2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agarCara-cara untuk membuat:Kacau krim dan Nutella di dalam kuali dengan suhu serdahana selama 3-4minit atau sehingga lembut.Masukkan satu sudu besar air panas ke dalam mangkuk kalis panas dan masukkan sedikit serbuk agar-agar. Letakkan mangkuk tersebut ke dalam periuk berisi air mendidih. Kacau serbuk agar-agar sehingga ia cair.Tuang agar-agar yang telah cair ke dalam adunan Nutella. Masukkan adunan ke dalam bekas untuk dihidang dan biarkan sejuk selama lebih kurang 6 jam.Sebagai hiasan, anda boleh letakkan sedikit whipped cream ke atas puding dan taburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan.
GENG LENSA HIDUP
TOP POST
- 6 LOKASI PERCUTIAN UNIK DI MALAYSIA
- CARA MAKAN BUAH DELIMA YANG BETUL... BUKAN JUS DELIMA OK..
- 14 LOKASI PERCUTIAN UNIK MALAYSIA MENGIKUT NEGERI
- HOMEMADE CHOCOLATE CHIPS
- KENAPA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH SENANG BERSALIN?
- SENARAI PENUH MAKANAN YANG BAKAL DIKENAKAN GST
- FURLA HANDBAG MURAH
- SERAM MUKA ROSMAH MANSOR KETIKA JALANI RAWATAN KECANTIKAN
- [GAMBAR] HUJAN IKAN DI THAILAND
- RESEPI - BERGEDIL SARDIN
22 May 2015
7 RESEPI MUDAH MENGGUNAKAN NUTELLA
Subscribe to:
Posts (Atom)