GENG LENSA HIDUP

30 September 2010

BANDINGKAN AMAL KITA DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T....

assalammualaikum dan salam sejahtera...

semoga semuanya sihat sejahtera dan gumbira huhuhu....

kali ni aku nak berkongsi sedikit cerita... yang mungkin kita selalu lalai dan leka... ye tak? kita ni cuma manusia biasa... hari ni buat silap... esok baru sedar... hari ni baik... esok buat silap... hari ni esok dan seterusnya sokmo buat silap pun ade... macam-macam jenis manusia yang ade... 

yang rajin solat
yang rajin berdoa
yang rajin berzikir
yang rajin puasa

macam-macam lagi la amalan yang kita buat... yang berlumba-lumba buat kebaikan... yang berlumba-lumba buat amal jariah... yang berlumba-lumba bersedekah... adakah ape yang kita buat semata-mata kerana Allah... atau sebab lepas bace buku atau bace kat internet tentang fadhilat-fadhilat mengerjakan amalan-amalan tersebut?

yup... setiap amalan yang dilakukan ade fadhilatnya jika disertai dengan keikhlasan dan mengharap redha Allah S.W.T... adakah kita sedar? bahawa amal yang menggunung tinggi bukanlah jaminan untuk masuk ke syurga?

dah tu dapat masuk syurga dengan ape?

kita semua umat Islam ni dapat masuk ke syurga hanya dengan rahmat daripada Allah S.W.T je.... bukan kerana amalan kita... bila aku cakap cam tu jangan le pulak berhenti melakukan amal kebaikan derrr... macam kata-kata daripada Syeikh Abu Said al-Kharaz...

Berkata Syeikh Abu Said al-Kharraz: Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Taala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Taala tanpa amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu adalah sikap yang bodoh dan terpedaya. Menyerah kepada Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal soleh. 

ye tak?

nak pulak kita bandingkan amal kita dengan para sahabat Baginda... jauh tertinggal kita punya amalan kat belakang... rahmat Allah... hidayah Allah... Dia boleh beri bila-bila masa pun... kalau semalam si polan seorang yang jahat... dengan hidayah dan rahmat Allah jugalah esok si polan tersebut boleh jadi seorang yang baik dan menginsafi setiap kesalahannya...

perihal rahmat Allah yang melimpah ruah ni banyak disebutkan di dalam al-quran dan hadis.... cuma kadang-kadang ade manusia yang merasakan diri sudah cukup banyak amalnya dan cukup baik untuk dapat kenikmatan syurga hanya dengan amal yang dilakukannya...

aku sertakan jugak beberapa potong ayat al-quran yang ade menerangkan perihal rahmat Allah S.W.T... 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan RAHMATNYA kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:21) 

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim) 

cam tu gak dengan mereka yang berdosa... pohonlah keampunan daripadaNya... kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Pemberi Rahmat.... manakala mereka yang suka melakukan amal soleh... jangan sesekali sombong dengan amalan anda... bertepatan dengan firman Allah S.W.T...

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Alfadhel daro Ibn Abi Ruwad dari ayahnya berkata: "Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada nabi Daud a.s.: "Hai Daud, gembirakan orang-orang yang berdosa, dan peringatkan kepada orang-orang siddiq." Maka Nabi Daud a.s bertanya: "Bagaimana menggembirakan orang-orang yang berdosa dan mengancam orang-orang yang siddiq?" Allah s.w.t. berfirman: "Gembirakan orang-orang yang berdosa bahawa tidak ada dosa yang tidak dapat Aku ampunkan dan peringatkan pada orang siddiq supaya mereka tidak berbangga (sombong) dengan amal perbuatan mereka kerana bila Aku tegakkan keadilanKu dan perhitunganKu pada seseorang pasti binasa."

nak kan rahmat Allah?

lakukanlah kebaikan... ikhlaskan hati semata-mata kerana Allah... cegahlah kemungkaran... tegakkan agamaNya... bertepatan dengan potongan ayat berikut...

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raaf: 56) 

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 71) 

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat. (An-Nuur: 56) 

selain tu jugak kita semua diperintahkan untuk memohon rahmat... pohonlah rahmat Allah... pohonlah hidayah Allah... kerana Dia Maha Pemberi Rahmat, Maha Pemurah dan Maha Segala... pohonlah rahmat tanpa jemu... 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar: 53) 

Mereka berdua (Nabi Adam a.s dan Hawa) merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A'raaf: 23) 

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat! (Al-Mu'minun: 118)

oleh itu janganlah kita bangga dengan amal yang dilakukan... teruskan memohon rahmat dan hidayah Allah S.W.T... kerana tanpa rahmat daripadaNya... kita tiada apa-apa... amal yang banyak pada hari ini bukanlah satu jaminan untuk kita memasuki syurga dan mati dalam keimanan jika bukan dengan rahmat dan hidayahNya...

jangan jemu pohonlah rahmat dan hidayah... 

nota: perbaikilah amalan dan pohonlah perlindungan daripadaNya... dalam menghadapi segala ancaman dan juga kesulitan... jika bukan takdirNya tidak mungkin terjadi sesuatu perkara... 

ape yang baik hanya datang daripadaNya dan yang buruk tu sume daripada aku... artikel ni diterbitkan untuk mengingati diri sendiri dan berkongsi pada yang sudi =)

wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...