GENG LENSA HIDUP

31 January 2015

AWET MAYAT ANAK JADI PATUNG PENGANTIN


Sebuah butik pakaian pengantin di Chihuahua, Mexico menjadi sebutan masyarakat bukan hanya kerana kecantikan pakaian-pakaian yang dijual, tetapi kerana patung yang dikatakan sebenarnya manusia!

Patung pengantin perempuan yang menjadi window display butik tersebut, dikatakan adalah anak kepada pemilik butik. Melalui cerita masyarakat setempat, dia meninggal dunia pada hari perkahwinannya kerana disengat labah-labah black widow.

Si ibu lantas bertindak mengawet mayat si anak, dan memakaikannya pakaian pengantin paling cantik yang terdapat di butik itu.

Manusia patung itu terkenal dengan nama La Pascualita.



Jika dilihat dengan teliti, patung ini memiliki ciri-ciri manusia, seperti kedutan di wajah yang ketara, di samping bentuk kuku dan garis-garis di tangannya yang sangat real.

Teori manusia patung ini diperkuatkan lagi dengan cerita pekerja butik yang mendakwa hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan untuk menukar pakaian patung berkenaan, dan ia akan dilakukan di bilik tertutup yang khas.

Ada juga cerita daripada penduduk setempat yang melalui hadapan kedai berkenaan mendakwa melihat patung itu berjalan di sekitar kedai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...