GENG LENSA HIDUP

09 March 2015

6 DESTINASI PERCUTIAN 'NERAKA'


Kebiasaannya ramai yang sudah mula merancang percutian musim panas mahupun destinasi pelancongan yang hendak dituju apabila tibanya penghujung tahun.

Tahukah anda terdapat enam tempat yang boleh dianggap destinasi percutian paling teruk di dunia dalam tahun 2015 ini?

Butiran dan maklumat dari setiap lokasi tersebut diambil dari Biro Hal-Ehwal Konsul Jabatan Negara Amerika Syarikat dan nasihat perjalanan dari laman sesawang GOV.UK.

6 - Haiti

Meskipun termasuk dalam senarai negara Caribbean, Haiti bukanlah tempat yang baik untuk dijadikan destinasi percutian. Keganasan yang berkaitan dengan politik sentiasa menghantui penduduk Republik Haiti.




Pada tahun 2008, Haiti dilanda puting beliung Hanna malah gempa bumi dahsyat pada tahun 2010telah membantutkan pembangunan negara berkenaan sehingga kini. Lazimnya ribut dan puting beliung akan melanda perairan Haiti menjelang bulan Jun hingga November.




Tidak cukup dengan itu, negara yang mempunyai infrastuktur rendah ini sering dilanda wabak taun dan virus Chikungunya.

5 - Sudan Selatan

Sudan Selatan adalah negara terbaru di dunia apabila berjaya meraih kemerdekaan dari Sudan pada tahun 2011. Secara harfiahnya, kemerdekaan tidak menandakan negara baru itu mencapai keamanan sejati.




Kerajaan Sudan Selatan sedang melalui persengketaan dengan golongan penentang sejak Disember 2013. Pada awalnya pertelingkahan berlaku di kawasan Unity namun ia merebak ke seluruh negara. Persekitaran Sudan Selatan dipenuhi aktiviti berbalas tembakan, kecurian kereta dan binatang ternakan.




Tambah mengeruhkan lagi keadaan, Sudan Selatan langsung tidak mempunyai bekalan air yang bersih.

4 - Central African Republic

Jika diamati pada peta geografi, Central African Republic (CAR) sepatutnya menjadi sebuah negara yang kaya waima hasil buminya banyak seperti uranium, minyak mentah, berlian, emas, kayu balak dan tanah pertanian.




Menurut kajian Human Development Index, rakyat CAR adalah antara termiskin di dunia apabila tampil pada tangga 179 dari 187 di seluruh dunia. 90 peratus dari populasi rakyatnya hidup di kawasan setinggan.




Pertelingkahan antara masyarakat muslim dan kristian mengeruhkan lagi keadaan. Pergaduhan berdarah sudah menjadi perkara biasa. Beberapa kes culik menteri kerajaan dan pekerja kemanusiaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut dilaporkan pada awal tahun ini.

3 - Mali

Mali merupakan salah satu negara yang berjaya menyekat penyebaran virus Ebola. Tetapi itu tidak bermakna negara yang terletak di Afrika Barat itu selamat untuk dilawati.




Mali berada dalam keadaan tidak stabil selepas berlakunya cubaan rampasan kuasa pada 2012.Pertembungan di antara tentera Perancis dan para pejuang Islam sekitar 2013 tidak membantu merelisasikan keamanan dalam negara.




Laman GOV.UK menasihatkan orang ramai yang mahu berkunjung ke Mali supaya sentiasa berwaspada dan tidak menonjolkan diri selain membawa stok makanan dan air untuk beberapa hari jika berlakunya darurat.

2 - Libya

Pada tahun 2011 berlakunya satu revolusi di Libya dan kesannya berlanjutan sehingga ke hari ini. Senjata berteknologi tinggi jatuh ke tangan kumpulan militan awam, sejurus menandakan mana-mana pesawat boleh ditembak jatuh sesuka hati.




Gelombang jenayah berleluasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Sebahagian daripada kumpulan-kumpulan bersenjata dikatakan akan menyerang rakyat Amerika Syarikat yang menjejakkan kaki di Libya.




Januari tahun lalu, terdapat beberapa kes culik pelancong dilaporkan selain lambakkan kes bom kereta.

1 - Liberia

Liberia terletak di bahagaian barat benua Afrika dengan Sierra Leone di sebelah kiri, Guinea di utara dan Ivory Coast sebagai jiran timurnya. Senang cerita Liberia dikelilingi negara-negara yang mempunyai kes Ebola yang tertinggi.




85 peratus penduduk negara tersebut berada di bawah takuk kemiskinan.




Liberia teruk dilanda virus Ebola sejak tahun lalu waima mencatatkan jumlah kematian yang paling tinggi iaitu 4,032. Sejak Mac 2014 sebanyak 9,229 kes Ebola dilaporkan.

Selamat merancang perjalanan atau percutian tahunan anda!

Kredit gambar: sickchirpse, hereandnow, 21stcentury, AFP, AP, neatorama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...