GENG LENSA HIDUP

24 April 2015

RATUSAN CAWANGAN MCDONALD'S BAKAL DITUTUP



Ratusan cawangan restoran makanan segera McDonald's di Jepun, China dan Amerika Syarikat berdepan kemungkinan terpaksa ditutup.

Ini berikutan kejatuhan dari segi keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat berkenaan di tiga negara tersebut. 

CEO McDonald's, Steve Easterbrook, yang baru dilantik memegang jawatan itu bulan lepas, memberitahu maklumat dan strategi penambahbaikan yang lebih terperinci bakal dikongsikan dengan umum 4 Mei ini.

Laporan beberapa portal berita antarabangsa menyebut 220 buah restoran bakal ditutup di Amerika Syarikat dan China, manakala di Jepun, 130 cawangan bakal terlibat.

Rabu lepas, McDonald's mengumumkan penurunan pendapatan sebanyak 11 peratus, manakala keuntungan syarikat berkenaan pula mencatatkan penurunan sebanyak 30 peratus untuk tempoh tiga bulan pertama.

Tahun ini, McDonald's Amerika telah melaksanakan beberapa perubahan termasuk resipi ayam panggang yang dipermudahkan dan mengawal penggunaan antibiotik ke atas ayam.

Dalam masa yang sama, gaji pekerja juga terpaksa dinaikkan atas permintaan berterusan kesatuan pekerja, selain menambah faedah-faedah lain untuk pekerja seperti percutian.

nota: kat Malaysia ni pun ada yang dah tutup hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...