GENG LENSA HIDUP

13 September 2014

MINTA DOA MACAM-MACAM

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... ok... 

sekarang dah tiba musim haji... dah ade pun yang mula terbang ke Tanah Suci... pelbagai kisah yang kita boleh dengar dan lihat bagaimana jerih perih... yang ditempuhi sebelum dapat menjejakkan kaki ke tanah suci... untuk melaksanakan rukun Islam ke 5...

kekayaan bukan jaminan untuk ke sana.... kerana ada je yang kaya raya... dan mampu bersedekah berjuta-juta... tapi masih belum dapat menjejakkan kaki ke sana... ini yang dikatakan rezeki.... daripada Allah... untuk insan terpilih...

ada yang mungkin korang rasa... mana mungkin sekadar jual ulam-ulam bersila di pasar tani mampu ke tanah suci.... ohhh jangan pandang sebelah mata ye.... kada
ng kala mereka ituah yang lebih gigih dan selalu terpilih untuk ke sana... biarpun tidak mewah... tapi masih mampu menyediakan 20K untuk ke tanah suci...

apa pun bersyukur ke hadrat Illahi kepada mereka yang telah terpilih untuk ke sana.... dan... nak menunggu gilirannya pun sangat la lama... so pada aku... anak-anak yang tinggal kat Malaysia ni... tak payah la kirim macam-macam... yang mungkin boleh mengganggu konsentrasi mereka di sana...

ada yang kirim doa itu lah... inilah... (macam-macam yang nak diingat) walhal fokus mereka patut lebih pada ibadat haji yang bakal dilakukan.... tu belum lagi yang kirim beli kurma la.... habbatusawda la... jubah la... kurta lah.... dah macam la... tu semua tak de jual kat Malaysia...

anak-anak...
tolong faham... mereka dan biarkan mereka berehat dan beribadah sepuasnya di sana... bukan nya sibuk mengingat apa pesanan anda... selebihnya... jika mereka mengingati anda di Malaysia alhamdulillah... Insha Allah mereka takkan lupa titipka doa buat anda =)

chill!!!


GAYA COMEL IBU & ANAK

masa kat Kenny Roger's Mentakab makan-makan besday Ahmad

hmmm

masa raya... lepas open house rumah jiran

gaya budak matang

senyum

hahahah comel ke???
jangan marah na... =)

MASA TIDUR YANG INDAH

Assalammualaikum

semoga semuanaya sihat sejahtera....

masa tidur yang indah.... satu tajuk yang terlalu umum... masa tidur bagi mereka yang baru berkahwin memang indah-indah hahaha... bila dah ade anak satu dah mula ada mata panda....

untuk dapatkan tidur yang selesa... terutamanya bagi dewasa, warga emas, kanak-kanak dan bayi... pastikan anda lakukan senaman ringan sebelum tidur... atau anda boleh juga lakukan urutan lembut.... pada bayi atau kanak-kanak... untuk diri sendiri pun tak jadi masalah!

hasilnya...

keesokan hari... anda akan dapati badan anda menjadi ringan dan tak de lenguh-lenguh... bagun pagi anda mulakan dengan segelas 'plain water' itu sudah memadai....

anda akan dapat rasakan tenaga anda sudah dapat dipulihkan kembali...

untuk lakukan regangan...
anda boleh lakukan senaman ringan untuk bahagian pinggang, tangan, kaki dan belakang...

untuk lakukan urutan...
anda boleh lakukan urutan di tapak tangan, perut, belakang dan tapak kaki...

jika anda rajin dan konsisten... pasti anda akan dapat tidur yang berkualiti... =)

tanpa perlu menggunakan supplement berbayar yang ada di pasaran.... anda buat anda dapat!



tidur yang berkualiti sangat indah!

11 September 2014

HARGA MINYAK BAKAL NAIK

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sentiasa...

berikutan dengan penyebaran dan perkongsian kajian seperti di bawah... nampaknya kita semua bakal mengalami beberapa kenaikan harga seperti minyak dan lain-lain...


dengan berdasarkan kajian yang dibuat oleh 'mereka'.... aku yakin ini bukan kajian secara menyeluruh...

mungkin ini sekadar kajian ke atas beberapa orang yang kaya-kaya dan berpendapatan melebihi 5K... jika kajian pun mereka boleh buat cincai... macam mana la Malaysia ni nak capai taraf negara maju...

aku yakin penyokong tegar BN yang hari-hari menoreh getah pun akan bengang dengan statement Menteri Bangang ni... (ni dah habis lembu bahasa) gua tak tau nak guna bahasa yang paling lembut lagi... untuk melambangkan 'kebodohan' kajian ini...

dengan kajian yang diwar-warkan ini... maka gerombolan ini akan mengatakan tak mengapa kita tarik subsidi... dan kurangkan subsidi... (all known as harga naik le tu...)... sebab taraf hidup rakyat dah makin meningkat... sebelum perlaksanaan GST sudah terlalu banyak kenaikan... dan anda lihat sendiri apabila adanya GST... nanti uollsss akan tau... naaa...

jika rakyat yang sekadar menoreh je... tinggal dalam sebuah rumah.... dan isteri suri rumah.... dan juga anak-anak yang masih sekolah... mana mungkin anggaran pendapatan isi rumah sebanyak RM5900...

dari manakah datangnya angka itu????

torkojut pokcik!!!


SULTAN MURKA: NIK AZIZ MENGGIGIL


tajuk yang melampau!!!

sape tulis berita ni... nanti ade lah balasan menanti...





10 September 2014

'MERUANG' CARA JAGA KEBERSIHAN VAGINA

posisi badan semasa 'meruang'

aras bagi meruang

tujuan meruang...
kaedah ini adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan vagina anda daripada sebarang ,kekotoran... seperti air mani, keputihan, haid... nanti vagina anda akan rasa bersih...

untuk yang masih anak dara memadai hingga aras 1...
jika dah berkahwin hingga aras 3...

anda akan rasa ada sedikit menggerutu(struktur dalam vagina)... korek perlahan-lahan dan cuci tangan... (pastikan tangan anda dalam keadaan bersih)

ini adalah teknik pembersihan vagina turun temurun

hasilnya anda pasti puas hati!!!

=)

UNIVERSITI ADALAH LUBUK DUIT

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

berdasarkan pengalaman aku la... masa zaman study la masa kita boleh duit... terutamanya bagi mereka yang tinggal di hostel....

kenyataannya adalah benar!

berdasarkan pengalaman aku la...
masa study dulu aku memang sukakan PC dan laptop... so... semester 1 masa kat Arau... aku ade beli PC...

then masa kat Shah Alam aku ade beli laptop... haaaa.... kisah bisnes aku bermula masa aku kat Shah Alam... aku pernah ada 2biji printer... yang pertama... tak banyak jasa... dah rosak... yang second sangat berjasa... sebab aku pun ade ambik tau cara macam mana nak take care printer.... hehe...

supaya dengan hanya sebiji printer... kita boleh menghasilkan duit yang banyak... hu3... boleh la guna untuk berjoli-joli... atau masa kita memerlukan... masa tu aku dok kat kolej Mawar UiTM shah alam... zaman aku tu ramai dah yang suka berniaga... jual topup... jual makanan ringan... kerepek letak dalam box... pastu ade bekas duit... dan ade tulis dekat box (sebungkus RM2)...

dan pelbagai bisnes lagi...

aku pulak sibuk dengan printing bisnes... kenapa aku kata sangat efficient masa dok hostel? sebab coursemate ramai... dan budak bilik-bilik sebelah pun ramai...

realitinya...
bukan semua spesis rajin... masa di alam Universiti ni... so.... mereka akan suka lengah-lengahkan nak buat assignment... hahaha... esok nak hantar... malam ni baru nak buat... dan mereka akan datang bilik aku sampai 2 , 3 pagi pun ade...

so? mana nak cari printer? aku ade... =)

disitulah bermulanya printing bisnes aku...

nak nak... course kami ni memang banyak assignment yang nak kena print out... hu3... lepas buat calculation geodesy... kena print details... buat cadastral... buat assignment macam-macam lah...

print hitam putih biasanya RM0.20
print warna biasanya RM0.50 paling rendah... bergantung pada penggunaan warna untuk satu page...

then, aku akan guna duit tu untuk rolling beli ink... aku beli ink yang tak ori je... tapi tak boleh la selalu guna yang tak ori kang rosak plak printer aku... dalam sebulan... sekali aku akan bagi printer aku makan ink ori... hu3

aktiviti tu berjalan seperti biasa sehingga la aku dah tak duduk hostel...

serius... bagi mereka yang kreatif mencari peluang... ang memang boleh cakap UNIVERSITI ADALAH LUBUK DUIT...

ni masa aku jogging kat Taman Tasik Shah Alam...

08 September 2014

BUDAK KAMPUNG PERASAN BANDAR

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera.... di samping keluarga tercinta...

budak kampung perasan bandar... korang pernah tak terjumpa dengan orang yang bila kita bercerita isu ala-ala kampung sikit... dia akan cakap dia tak tau... atau pun tak pernah dengar...

dengan nada separa berlagak dan memek muka sedikit riak...

contohnya....

seseorang mengaku tak tau apa itu FELDA....
OMG... pada aku tak perlu la buat muka riak dan bajet bandar kalau tak tau apa itu FELDA... sebab kalau kau duduk Malaysia masih tak tau tu semua... kau dah jatuh kategori IQ rendah.... sebab setahu aku FELDA ni kita dah belajar masa KAJIAN TEMPATAN sekolah rendah lagi....

orang tak kan cakap ohhh kau budak bandar ye?

sepatutnya orang akan tanya kau sekolah sampai darjah berapa?

so please la... jangan memalukan diri sendiri dan bajet bandar sangat =)

chill!!!

nota: bukan lah nak mengata sangat.... tapi please sedar diri heh?

ini budak kampung tulen haha =P






RESEPI KEK JIMAT TELUR!!!







BAHAN-BAHAN

1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 cawan minyak masak 
2 cawan tepung naik sendiri (blue key)
1 cawan susu cair
esen vanila / serbuk coklat/ perasa kopi/ bubuh la pa yang anda suka

CARA-CARA 

kisar telur bersama gula kastor (aku guna blender je)
lepas tu campurkan susu cair dan minyak blend lagi

tuang campuran tersebut dalam mangkuk
masuk kan tepung yang diayak sedikit demi sedikit
dan masukkan juga perasa yang anda inginkan

panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius lebih kurang 10 minit
api atas bawah beserta kipas
lengser loyang dengan margerin
tuang adunan ke dalam loyang
dan bakar selama 45minit atau hingga masak

nota: gunakan lidi untuk merasa sama ada kek anda dah masak atau belum

anak-anak aku suka sangat...
anak-anak jiran pun tumpang sekaki

buat pagi tengah hari dah habis =)

07 September 2014

SEGMEN BERSAMA DR. R HOT.FM MEMPERSENDA PEMANGGIL

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera...

dah beberapa kali aku dengar kat Hot.FM... satu segmen bersama Dr.R... i know he is Rosyam Noor...
dan ramai pemanggil yang berminat untuk berkongsi masalah bersama Dr.R.... almaklum la suara keluar radio hot kan...

tapi pada aku jawapan-jawapn daripada Dr. R lebih kepada mempersenda pemanggil... dan memberikan jawapan 'main-main'

then, pemanggil kena gelak ramai-ramai dek Dr.R dan deejay bertugas.... so annoying pada aku la... =)

dan lagi satu...
si pemanggil tu pun satu... dah tau Dr. R tu tak serius... bagi pendapat buat apa lah pi tanya lagi soalan yang kritikal kat Dr.R tu....

pada aku ni satu slot yang tak membina minda untuk rakyat Malaysia... lebih baik dengar IKIM.FM atau pun bukak radio klasik haha...

ok babai just my 10 cents opinion

=)


SHAKLEE KENA KECAM

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

supplement daripada shaklee sekali lagi dikecam dan menjadi viral di media sosial. sepanjang pengetahuan aku... produk yang berasaskan soya... sememangnya wajar dikurangkan pengambilannya...

kerana ia adalah sumber bermulanya pelbagai masalah... mungkin sekarang kita tak rasa... next time atau after a few years... tak kira dalam bentuk supplement atau sebarang sumber makanan berasaskan soya...

seperti tempe, kicap, tauhu, air soya dan lain-lain...

antara penyakit yang disebabkan soya adalah sakit sendi... kurang subur(bagi lelaki), fibroid, cyst, dan punca meningkatnya penyakit was-was... (berdasarkan buku rujukan)

berdasarkan pembacaan aku... mengikut buku yang berdasarkan sains dan islam... jika kita ikut mat saleh... semua produk keluaran mereka sangat bagus... dan mereka sering twist dengan mengatakan makanan kegemaran Rasullullah adalah pelbagai punca penyakit... ye tak?

macam kambing, garam dan kopi...

of course la mat saleh nak melariskan produk mereka seperti oat, soya, minyak bunga matahari... dan lain-lain lagi...

minyak bunga matahari sama je cam minyak sawit... termasuk dalam kategori minyak sayuran... so kita jangan la terpengaruh dengan propaganda mereka... 

sepanjang pengetahuan aku... dalam agama juga galakkan kita utamakan makan makanan yang ada di negeri kita... (negara) negara kita ade beras... makan la beras... negara kita ade sawit... gunalah minyak sawit...

tak salah nak makan oat... tapi bukan la pagi petang siang malam mengadap oat... seperti mana yang diwar-warkan oleh mat saleh tu... mujur kini telah ramai saintis Islam dan doktor yang berpaksikan agama Islam... dan tidak percaya bulat-bulat penyelidikan mat saleh... yang cuba meletakkan dalam fikiran kita semua daging kambing tu bahaya boleh sebabkan darah tinggi... hakikatnya daging kambing adalah daging paling rendah kolestrol...

begitu juga kopi... sebagaimana yang diwar-warkan... boleh sebabkan darah tinggi... dan hakikatnya mat saleh memang tak kan terlepas dengan hidangan kopi setiap hari... boleh dikatakan dalam setiap filem mat saleh ada saja secawan kopi di tangan...

dan soalan dalam filem yang sering ditanya adalah "you want a coffee or tea?"

betul atau tak?

renung-renungkan...

sekian

catatan 6/9/2014 pada 1:18 PM





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...