GENG LENSA HIDUP

05 January 2015

ANAK SELALU SAKIT APA PUNCANYA?

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

kerunsingan para ibu bapa adalah apabila anak sering sakit... tidak kira demam, batuk, selsema atau lain-lain alahan dan juga penyakit....

perhatikan anak anda....
sejak bayi anda lahir... adakah anda berikannya susu ibu atau terus diberikan susu formula? kelebihan susu ibu pada peringkat awal adalah mengandungi kolostrum.... di mana ia boleh meningkatkan imunisasi dalam badan kanak-kanak....

seterusnya... apabila mereka membesar... apakah corak pemakanan yang anda berikan kepada mereka?

terlalu banyak makan makanan segera? seperti pizza, KFC, McD dan lain-lain.... termasuk sosej, bebola dan pelbagai lagi... adakah anda kerap kali memberikan anak anda makanan ringan? seperti gula-gula? coklat? Rota, Twisties, dan lain-lain?

ini juga antara penyumbang kepada alahan dan menjadi faktor kemerosotan tahap kesihatan anak-anak...

sebaik-baiknya...
berikan mereka makanan yang mengandungi gizi seimbang.... di mana mengandungi... kabohidrat, protein, serat, vitamin dan lain-lain... mengikut piramid makanan seimbnag... yang menjadi dilema ibu bapa adalah dalam isu memberikan makanan yang tinggi kandungan vitamin seperti sayur dan buah...

untuk anak-anak biasanya... aku memang sangat jarang bagi mereka makan gula-gula atau apa-apa makanan ringan... dan aku lebih suka masak sendiri untuk anak-anak seperti kuih muih, lauk, mi, pasta dan lain-lain... dan aku akan usahakan untuk memberikan mereka makan sayur... jika usaha itu gagal... aku akan jadikan sayuran tu jus... dan berikan mereka makan buah-buahan segar...

selain amalan makanan sunnah... seperti madu, kismis dan kurma.... ini perlu dijadikan rutin setiap pagi... dan jika mereka mahu... tidak salah pemakanan sunnah ini dijadikan snek sihat untuk anak-anak... hanya tambahkan saja jenis kekacang yang kaya asid amino seperti badam dan gajus....

mudah kan?

hasilnya anda akan dapat lihat anak anda... tidak mudah sakit... Insha Allah... selain anda sentiasa doakan kesihatan anak anda =)

untuk tahun 2014 anak aku yang sulung Ahmad Al Mahdi (4 tahun) pecah rekod tak demam sepanjang tahun... dan sepanjang usia dia dari lahir hingga 3 tahun... dia pernah 4 kali demam... dan pertama kali demam ketika berusia 1 tahun 2 bulan... sekali sekala batuk dan selsema...

begitu juga dengan adiknya... Nur Iman Alisha (2 tahun) dan pada 2014 pernah mengalami demam hanya sekali sepanjang tahun... batuk dan selsema juga sekali sekala... tetapi adiknya ni... dah 3 kali demam jugak sepanjang usia dia lahir hingga kini mencecah 2 tahun...

apapun...
untuk mendapatkan kesihatan yang baik... pemakanan dan kualiti makanan yang dimakan sangat mempengaruhi... tahap kesihatan seseorang... 

selain doa seorang ibu yang memang Allah telah janjikan tiada hijabnya... =)





anda semak dan anda perbaiki pola pemakan anak anda... kerana ia akan mempengarusi pertumbuhan mental dan fizikal juga kualiti kesihatan mereka Insha Allah =)

sekian.... jumpa lagi dalam entri yang lain....

04 January 2015

NEKAD BANTU MANGSA BANJIR: AKHIRNYA TERKORBAN

kisah semalam... pada hari maulidur rasul...
Sekadar berkongsi kisah sedih dan al fatihah untuk arwah.
Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan,sekitar jam 9pagi tadi selepas memasuki plaza tol cheneh, kemaman ,menemui sebuah moto baru terbabas .Kelihatan Seorang terduduk menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang diluar penghadang lebuhraya dan kedua2 mereka dibantu dan diajarkan mengucap.
Segera menghubungi ambulan dan tiba 20 minit kemudian.Setelah dicek, sorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.
Apa yang mengharukan , arwah Amirul Syazri Azlan Shah dan yg cedera parah ,Fajrul Iman berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal.
Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.
Kelihatan ditepi jalan penyapu dan baju turut dibawa.Pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, shahid citq-cita kami".Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka.
Moga ganjaran shahid buat arwah dan ditempatkan dikalangan orang beriman.Moga-moga juga adik iman kembali sembuh.
Al Fatihah
p/s: anak muda berjiwa besar.... semoga syahid ganjaranmu...  =)




03 January 2015

KOLEKSI VIDEO PARODI PALING KELAKAR DI ASIA


The One That Got Away Bangkok Version (Katy Perry)

The One That Got Away (Bangkok Version) telah mencapai tontonan sehingga 1.3 juta sejak dimuat naik pada tahun 2012. Video parodi ini disukai kerana menyelitkan interpretasi kreatif mereka sendiri bagi menjadikan olahan ini bertambah lucu. Selain mempunyai suntingan yang baik, parodi ini turut memuatkan sedikit ‘kejutan’ pada penghujungnya!



Minahconda (Anaconda – Nicki Minaj)

Duo yang amat popular dari Singapura ini amat terkenal di laman YouTube menerusi video-video peribadi yang melucukan. ‘Minahconda’ merupakan rendisi tersendiri Munah dan Hirzi yang turut mengarang lirik mengelikan hati. Mengunakan budaya moden yang selari dengan anak melayu sebagai tambatan, parodi kepada lagu Anaconda ini terselit mesej yang berbaur perlian jika diamati.


Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger - Maroon 5)

Dimuat naik pada 29 Disember 2011, Lembu Nak Jaga mengisahkan seorang lelaki yang hidup di kampung dan sering dikongkong isterinya. Parodi yang amat amat berbeza dengan maksud asal lagu kumpulan Maroon 5 ini hasil kerjasama sekumpulan anak muda yang cukup aktif di laman Twitter.

rugi tak tonton... haha chill =)

SULTAN KELANTAN TIDAK KEMARUK PUBLISITI


KUALA LUMPUR, (MLP) - Sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi menjadi perbualan orang ramai di media sosial.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa pengiring atau pemberita.

Menurut  rakyat, mereka sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

Kehadiran Baginda disedari selepas melihat wajahnya dengan teliti oleh rakyat Kelantan.

Difahamkan, Baginda juga menerima dan mematuhi arahan daripada seorang Mejar dan dikatakan turut minum dalam cawan polisterin bersama petugas lain. 

Malah, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda telah mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.
Kredit Gambar: Mazzer
AKU BOLEH CAKAP INI MEMANG BETUL-BETUL TAK DAHAGAKAN PUJIAN... SYUKUR MASIH ADA YANG IKHLAS =)

PERGERAKAN BAYI DALAM RAHIM

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu....

sejak aku pregnant ni asyik buat entri berunsurkan ibu mengandung je... kih3...

bila korang mula perasan baby dalam rahim korang dah mula bergerak? masa berapa minggu....

1st pregnancy... aku tak ingat masa berapa weeks baby mula gerak... yang 2nd pun aku tak berapa perasan... tapi 3rd pregnancy ni aku perasan.... baru tadi je aku rasa baby bergerak-gerak.... aku dah 13 weeks... ohhh my hubby tengah tido plak... kalau tak mesti dia akan tumpang pegang....

masa 1st pregnancy aku.... yelah... orang belum ada anak kan... so... banyak la aku melepak depan TV... sambil baring kat sofa... dan remote TV letak atas perut... of course remote sampai boleh terjatuh daripada perut... bila baby dah bergerak banyak kali... masa tu rasa amazing sangat.... pertama kali lah katakan... kih3

masa 1st pregnancy jugak lah... kami laki bini rajin usyar perut yang bergoyang-goyang ke kiri ke kanan dan tersembul ke depan... masih belum sibuk dengan anak lagi la katakan.... tapi itulah pengalaman yang manis dan takkan dilupakan....

masa tu boleh la anda berbual-bual dengan baby anda... hehehe =)

baby bergerak ni ikut masing-masing... ada yang perasan awal... ada yang tak berapa rasa... tapi bila dah banyak weeks nanti nurse akan suruh catat pergerakan baby.... sebab nak monitor keadaan baby... takut baby terbelit tali pusat ke... atau baby jadi kurang aktif dan lain-lain sebab lagi....

tapi itulah momen paling berharga buat mereka yang bergelar ibu =)

babai... see u next entri... 


sumber: google

01 January 2015

MERCY MALAYSIA FLOOD RELIEF FUND


JOM BANTU MANGSA BANJIR

SEMOGA KALIAN SEMUA DIRAHMATI =)


TERIMA KASIH

PENGHUJUNG 2014 DAN PERMULAAN 2015

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmatNya...

sepanjang 2014 terlalu banyak suka dan duka... haha =)

antara yang suka... dapat gi holiday ngan my small family, dapat hadiah super best daripada hubby, dapat khabar gembira bakal menimang cahaya mata ketiga, kih3... eh banyak la... yang best...

kisah duka tetap ada...
dapat khabar kehilangan atok sebelah mak.... tak tau nak cakap apa masa tu... tapi biasalah yang hidup pasti akan mati kan... lagi pun atok memang dah berumur...

semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang beriman Al-Fatihah...

dan... my future target for 2015 is.... kih3... nak bercucuk tanam.... dan itu dah pun dimulakan pada penghujung 2014... dan nampaknya hasil tanaman dah mula menampakkan hasil....

aku tetiba je jadi minat... bila tengok dokumentari mat saleh... yang ade small garden atas bumbung umah diaorang... walaupun tak de tanah... memang owesome la.... he3

lagi pun tanam pokok sendiri ni banyak kelebihannya... nanti aku cerita kat entri lain.... (poyo je...)

selamat tahun baru 2015... semoga kami menjadi lebih baik daripada sebelum ni... =)

brother and sister

birthday cake from hubby

take 5 Goh Tong

muzium negara

Planet ikan bakar dan steamboat grill Taman Melati KL

my small family



31 December 2014

LOUIS VUITTON HANDBAG FOR SALE








RM80 SM/ RM85 SS
INCLUDE POSTAGE

WHATSAPP 0129552047

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER

LENGHT : 30CM
WIDTH : 11CM
BOTTOM WIDTH : 11CM
HEIGHT : 23CM

HANDLE HEIGHT : 12CM
STRAP LENGHT : 110CM
OPENING CLOSER : ZIP
CONTENT A4 : YES (2 COMPARTMENT)
GRED : AA WITH LV LOGO


KECELAKAAN PESAWAT AIR ASIA SUDAH DIJANGKA


Tahun 2014 disebut sebagai tahun yang malang bagi industri penerbangan. Kehilangan MH370, MH17 ditembak jatuh dan kini nahas AirAsia QZ8501. Tiga tragedi ini merupakan insiden berprofil tinggi industri penerbangan tahun ini.

Setiap kali berlakunya tragedi sebesar ini, tidak dapat tidak, pasti ada yang mengaitkan teori konspirasi. Agak mengejutkan apabila seorang blogger dari China telah membuat ramalan dengan tepat tentang insiden AirAsia ini.

Ramalan itu dibuat blogger yang dengan nama 'Landlord' pada 15 Disember lalu. Menurut Landlord, satu organisasi dengan nama Black Hand telah berjaya 'membunuh' syarikat penerbangan keenam terbesar di dunia, iaitu Malaysia Airlines, melalui insiden MH17 dan MH370. Dan mereka menyasarkan AirAsia sebagai 'target' seterusnya, kerana ia sebuah syarikat yang beribu pejabat di Malaysia.



Tidak dapat dipastikan pula kenapa Black Hand menyasarkan syarikat dari Malaysia.

Dalam ramalan itu, Landlord sempat memberi amaran agar rakyat China tidak menaiki AirAsia.

Laporan Daily Mail menyebut kemungkinan Landlord merupakan anggota perisik China atau seorang hacker. Tetapi ada juga laporan yang menyebut kemungkinan ramalan berkenaan adalah 'back-dated' dan telah disunting.

Foto: Daily Mail/Oh Media

23 December 2014

MENU MUSIM HUJAN

Assalammualaikum

semoga semuana sihat... dan bagi mereka ang ditimpa bercana banjir... harap bersabar...

musim hujan ni biasana ada beberapa menu yang memang kena dengan tekak... terutama yang panas-panas... memang double owesome =)

antara menu yang syok dimakan pada musim-musim hujan ni adalah...

semestinya teh 'o' panas / suam

kopi 'o' panas/ suam

cicah pulak dengan biskut
cream crackers


jika tak minat...

boleh layan jugak dengan


ubi rebus bersama sambal tumis....
slrupppp memang terangkat...

layan bubur panas-panas pun sodap jugak


jemput-jemput pun sedap jugak... 
tak kiralah jemput-jemput pisang ke, kentang ke...

selain tu banyak lagi menu ang anda boleh masak pada musim hujan ni..
seperti sup dengan nasi panas, lempeng, kacang rebus...

dan apa jua menu yang terlintas difikiran....

yang penting boleh enjo bersama keluarga =)

p/s: gambar kredit to google 

SELAMAT MENCUBA!!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...