GENG LENSA HIDUP

14 July 2015

TUN MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Monday, 13 July 2015
DR MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI
SAJAK TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

MURTABAK AHMAD MASLAN TELURNYA DI LUAR


santapan kelakar di hujung ramadhan hehe

aku positif lagi...
murtabak tampal telur mungkin...

atau mungkin ada nama lain 'murtabak ahmad maslan telurnya di luar'

haha

jangan marah =)

TIPS LEMBUTKAN DAGING



1) Semasa merebus daging untuk melembutkan daging tersebut masukkan seketul gula batu (rebus sekejap)
2) Masukkan bijik kurma 4-5 biji kedalam rebusan daging/tulang
3) ramas nenas dan gaul bersama daging dan perap sebelum direbus
4) Masukkan daun nangka dalam rebusan daging/tulang
5) Masukkan sudu dalam rebusan daging/tulang
6) Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
7) Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
8) Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA 

13 July 2015

CARA BERKASIH SAYANG MENGIKUT SUNNAH


Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

hubungan antara suami dan isteri... perlulah sentiasa dilingkari kasih dan sayang... agar ia menjadi lebih bahagia dan gembira.... 

tang no 8 tu memang favourite husband aku... sebaik-baiknya buat lah semua yang disenaraikan... InshaAllah ia akan mengeratkan lagi kasih sayang kalian... tak caya cubaah sendiri... hahaha =)

hasil selalu berkasih sayang tu yang terhasilnya baby no 3 hahaha =P

ok lah babai...

TERKINI: LOW YAT BERDARAH

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat dan bertenang-tenang je selalu... tak mau marah-marah haaaa... ececeh tajuk entri tak nak kurang... kih3

bulan puasa ni bawa-bawa bersabar haaaaa

bila isu menipu... seringkali dikaitkan dengan isu rasis juga... hahhhhhhhh cina kuat tipu... haha... depa lupa agaknya...

berapa ramai Melayu yang menipu?

menipu masa beniaga kat media sosial... (berlambak yang menipu... hasil tipuan bukan sikit... cecah ratus ribu pun ada... semua ribu-ribu beb)

menipu berniaga di bazar ramadhan... jual karipap inti angin... jual lauk basi... 

bukan peniaga cina je kuat tipu... peniaga melayu dan india pun apa kurangnya?

semua fikir nak cepat kaya...

yang boleh elakkan peniaga daripada menipu adalah 'kejujuran' tak kira apa bangsa pun jika jujur sudah pasti mereka tak menipu dan juga peniaga yang beragama Islam jika yakin Allah Maha Melihat... sudah pasti mereka takut untuk menipu... betul kan?

Melayu khianat Melayu pun berlambak-lambak... tapi yang paling patut kita malu adalah bila sanggup khianat agama sendiri...  menipu atas nama agama untuk tempolok sendiri....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dan isu peniaga menipu ni memang ramai... dan peniaga jual barang tiruan pun memang banyak... dan penguasa juga dah rampas barangan tiruan di Uptown shah Alam kan? tapi kenapa tak rampas mereka yang jual barang tiruan kat Low Yat Plaza? kat Pertama Kompleks? kat Petaling Street? dan banyak lagi lokasi yang jual barang tiruan kan? 

kenapa tak rampas? kenapa?

sebab takut?
sebab ada kepentingan?

p/s: pada aku yang dok bergaduh kat Low Yat tu bukan apa pun... sekadar nak pertahankan geng-geng je... dengan istilah yang dipakai... "sape pukul budak aku???"

panggil geng ramai-ramai datang serang peniaga yang dikatakan menipu... 

tips paling mudah jangan lah pegi beli kat tempat yang memang dah tau ramai peniaga yang menipu... senang je kan?

hatta jika cina tuduh Melayu mencuri pun... mintak lah bukti... bukan kau pegi maki dan carut cina babi ke hapaaa... dan tak payah la mention isu bangsa lebih-lebih... sebab point kat sini adalah antara penjual dan pembeli...

dan kau kena ingat jugak kau tak mungkin boleh hapuskan cina daripada muka bumi ni... sebab Allah memang dah cipta kepelbagaian kaum...

haha gua dulu mula-mula jumpa hubby masa kat Low Yat la... haha tapi gua tak gaduh-gaduh punya haaaaaaa

babai....

pesanan: jadilah Melayu yang bijaksana

update terkini: polis sahkan budak lelaki itu mencuri

TIPS MENJADIKAN SAMBAL TUMIS LEBIH SEDAP




1. Jangan mengunakan cili boh atau cili giling tersedia kerana bahan pengawetnya akan memcacat rasa. Gunalah cili kering yang dikisar sendiri.

2. Gunakan banyak bawang besar kerana ia akan mengurangkan kepedasan dan menambah manis secara semulajadi.

3. Semasa menumis cili dan bawang besar pastikan pastikan ia benar-benar masak atau naik minyak sehingga mengeluarkan bau tumisan yang harum.

4. Imbangi rasa sambal anda dengan meletakkan sedikit asam keping atau air asam jawa. Jangan terlalu banyak kerana rasa masam yang keterlaluan akan mencacatkan rasa sambal anda.

5. Jika suka boleh tambah belacan untuk menambah rasa lemak atau kisarkan ikan bilis dan udang kering sebagai bahan campuran tumisan anda. Untuk lebih enak tambahkan ikan bilis yang telah di goreng dan tumbuk separa hancur untuk dimasukkan di dalam sambal. Semasa menghidang sambal jangan kedekut untuk taburkan ikan bilis goreng di atas sambal untuk mengekalkan kerangupannya.

6. Sesuaikan rasa garam, gula dan sedikit masam pada sambal. Boleh tambah serbuk perasa jika anda suka kerana ia akan menambah kelazatannya. Jika anda tidak suka pastikan ikan bilis atau udang kering diletakkan lebih sedikit pada sambal.

Semoga tips ini membantu anda....

12 July 2015

TIPS MENGHASILKAN NASI LEMAK YANG SEDAP




1. Untuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan

2. Didihkan dahulu santan bersama daun pandan, masak seperti biasa..Nasi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya..

3. Jika inginkan nasi lemak lembut, letak halia yang dititik sebesar ibu jari..

4. Ingin wangikan nasi, masukkan serai, daun pandan,lada hitam,kulit kayu manis,hirisan bawang besar..

5. Jika nasi lemak termentah dalam periuk, cepat-cepat masak atas dapur gas dengan api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam pengukus dan kukus hingga masak..

6. Jika inginkan nasi menjadi sebijik-sebijik, letak marjerin sikit atau minyak masak..

7. Boleh juga mencampurkan secubit gula utk kemanisan nasik lemak dan paling penting garam secukup rasa

SELAMAT MENCUBA

10 July 2015

ANTARA SUSU KAMBING TERBAIK

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

kebanyakan ibu mengandung dan dalam pantang pasti tercari-cari yang mana satu susu kambing terbaik.... ye tak?

kat sini aku nak share mana satu susu kambing yang okay =)

aku lebih memilih susu kambing asli tanpa apa-apa campuran lain... almaklum la sekarang ada yang dah dok campur makanan sunnah la... ada perisa itu ini la.... aku kurang minat hi3

pertama kali kalau anda ada upaya dan kewangan mencukupi... anda semua disyorkan untuk membeli susu kambing segar dan tanpa gula atau perisa tambahan... kalau kat kampung aku 200ml RM5... rasanya sedap dan tak de bau hamis kambing.... sedap baq hang

susu kambing segar

selain tu anda boleh cuba susu kambing keluaran HR...Higoat susu kambing original... sebungkus ada 15 paket... dengan harga yang berpatutan... kalau kat kampung aku boleh dapat dalam RM21 sebungkus... kalau kat area tempat tinggal aku ni kat Triang.... dalam RM24 sebungkus.... rasanya sedap dan tak hamis... juga tanpa gula tambahan...

susu kambing Hi Goat

jika ingin mencuba jenama lain... anda juga boleh cuba susu kambing Wildan.... pilihlah yang original... tanpa gula tambahan dan perisa... kat area umah aku kat Triang ni... boleh dapat dengan harga RM39 sekotak (500g)...harga ikut penjual la nak bagi berapa he3... rasanya sedap dan tak hamis...

susu kambing Wildan

ketiga-tiga susu kambing ni tak jauh berbeza dari segi rasa... dan sebelum ni biasanya ramai yang bimbang ada bau hamis kambing... dan kini anda tak perlu risau... semuanya dah boleh diatasi =)

antara kebaikan susu kambing:
- mudah dihadam
- bersifat alkali
- baik untuk ibu mengandung
- kaya dengan pelbagai khasiat
- bagus bagi mereka yang cuba mendapatkan zuriat
- boleh mengatasi anemia

p/s: ada juga yang kata bagus untuk atasi masalah kuning (jaundice)

wallahua'lam

KENAPA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH SENANG BERSALIN?


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

pasti ramai yang tertanya-tanya... kenapa orang perempuan yang mengandug anak luar nikah ni senang je beranak? mengandung pun orang tak perasaan... tak de jalan terkedek-kedek bila dah tengah sarat... tau-tau je dah bersalin...

kat atas tu ada jawapannya...

apa pun tu semua kuasa Allah... dan rezeki masing-masing...ada juga yang dapat rezeki mudah bersalin... 

walaupun ada di kalangan kita yang agak mudah bersalin... tetapi kesakitan, kelenguhan, ehhhh macam-macam lagi la yang kena hadap masa mengandung Allah je yang tahu betapa payahnya... he3..

ok sekian...

Wallahua'lam

selamat menjalani 10 hari terakhir ramadhan =)

24 June 2015

SELAMAT MELAHIRKAN BAYI KETIGA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat dan gembira... dan selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat...

pada 1 Ramadhan 1436H hari tu selamat sudah aku melahirkan baby ketiga... kat hospital Temerloh... alhamdulillah... baby boy, 3.59kg, 11:31pm...

bayi ketiga kami diberikan nama Ahmad An Nu'man bin Mohd Noor Aiman... hari ni dah masuk hari ke tujuh berpantang...

terima kasih buat husband yang sangat membantu... he3... dia lah yang jadi bidan, chef, dan uruskan baby baru kami... sampai la mak aku datang... thanks hubby dan mak =)




23 June 2015

RAMAI SUAMI YANG TIDAK SUKA MEMELUK ISTERI


Pelukan adalah satu sentuhan fizikal erat yang dilakukan pada di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan kadang-kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat, dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.
Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini adalah perkahwinan yang diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan jima’ saja, dan bukan hubungan emosi dan perkongsian perasaan.
Islam juga menggalakkan hubungan emosi. Dalam satu riwayat hadis yang mahsyur, Rasulullah s.a.w memberitahu,
“Man laa yarham laa yurham (barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi) (Bukhari dan Muslim).
Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan, pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.
daripada 
Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

p/s: pada aku anytime je husband boleh peluk isteri.... masa balik kerja tengok isteri tengah memasak pun boleh peluk jugak hahah =P

kalau isteri merajuk kena peluk konfem akan ok atau hampir ok.... kakakaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...