GENG LENSA HIDUP

28 March 2010

ALHAMDULILLAH

salam
pendek je entri kali ni...
maklum masih auto publish...


terima kasih pada encik HAMAS
orang yang mula-mula minat entri --->>  SIAPA OSAMA BEN LADEN
dan nampaknya entri tu semakin popular di carian Google
ko pun dah copy entri tu kan HAMAS


mungkin akan muncul entri mengenai pejuang TIMUR TENGAH sebagaimana yang encik HAMAS sarankan
memandang buku-buku history of middle east agak susah nak dapat....
aku sendiri tengah berusaha untuk dapatkan buku-buku tersebut.
aku juga berminat dengan sejarah Bosnia Herzegovina..
bagaimana kejatuhan sebuah kerajaan yang dulunya memang popular...


p/s: banyak lagi buku yang aku tak habis baca... keadaan kesihatan pun kurang okay, sedikit kerencatan dalam aktiviti harian =)


p/s/s: masih dalam mood untuk habiskan bace buku Human Moments (How to Find Meaning and Love in Your Everyay Life) written by Edward M. Hallowell

TOLONG LAH JANGAN KEREK

salam
auto publish

pernah tak korang berurusan kat mane-mane jabatan kerajaan?
atau kat mane-mane tempat yang ade kaunter urusan...
lepas tu mase dekat kaunter ade penjaga kaunter yang kerek?

muka kelat
senyum ketat
nasib dia cakap tak pelat =)

mereka tau tak kerja mereka ape?
berhadapan dengan orang ramai kan?

apahal mau kerek?

orang awam: assalammualaikum... kak prof. rahman ade?
staff: sambil menjawab dengan muka kelat; pegi tengok sendiri akak banyak kerja
orang awam: kan kat pintu tu ade tulis no entry nanti saya masuk kene marah pulak..
staff: kejap akak tengok (muncung pun dah panjang sedepa)

*boleh dia marah-marah? kalau big boss tahan gak... big boss pun tak de nak naik hangin tak tentu pasal....
kalau kamu bukan bekerja dengan orang ramai tak pe lah...
kerja ngan mesin ke..
ngan pokok ke...
nak marah tak tentu pasal
semoga akan datang sesiapa yang bekerja dan berhadapan dengan orang ramai akan lebih mesra...
dan sentiasa mengukir senyuman =)

haaaaaa.... cam ni kan bagusssssssssss =)

27 March 2010

BERKONGSI FOTO MENARIK

















berehat sebentar melihat foto kelakar =)

APA DAH JADI NI

tiba-tiba rasa sakit
lagi dan lagi

kenapa mesti sakit ni
kenapa aku lemah begini
mana semangat aku pergi
siapa yang bawa lari

mahu saja aku tunggu di sini
ya!!!
melepek saja di jamban ini (hahaha)

bertahan dengan ubatan ini
mahu hilangkan kesakitan ini

sayang pinjamkan kudrat yang kamu ada
biar aku lebih selesa =(

p/s: teringat mase dulu-dulu panggil ma ninja "oh! mama kan ninja"
(anak yang sangat terpengaruh cerita kartun)

26 March 2010

APAHAL NI TEMAN

kau kata aku tak tengok berita
kau kata aku tak tau cerita
aku mengadap internet nasib tak buta
berita di mana saja


mau ajak aku turut serta
sama-sama turun ke Putrajaya
konon mau ajak pergi Jabatan Peguam Negara
kau kata segalanya ada di sana


itu kau kata bukan mereka
rakyat semua dah tau cerita
yang Saiful pereka cerita
akhirnya kau juga yang tanya


dila betul ke tu konspirasi je
aku malas dah nak kata apa


kau pegi lah tanya bini kau tu semua apa

SASTERA VS SAINS


salam
gambar ape tu?
pokok la...
tu pun tak tau ke???



-----------------------------------------------------------------------

setiap manusia memiliki pandangan dan pemikiran yang berbeza
memiliki keupayaan dan kudrat yang berbeza
tapi masih miliki saat, masa, dan jam yang sama 24 jam sehari

------------------------------------------------------------------------

ape yang aku nak sampaikan sebenarnya?
cuba lihat gambar pokok di atas
apa yang anda fikirkan sekarang?

sedar atau tidak

mungkin ada yang sudah terfikir dedaun yang berguguran
ranting yang patah
kalau tak de angin masakan pokok bergoyang

mungkin juga ada yang memikirkan mengenai stoma, xilem atau floem
memikirkan akar tunjang atau akar serabut
memikirkan proses pembiakan pokok tersebut

---------------------------------------------------------------------------

itu semua keupayaan berfikir individu berdasarkan perspektif 
sains atau sastera
begitu juga apabila melihat atau berbicara mengenai sesuatu topik
bukan mudah untuk menjadikan seseorang sealiran dengan kita
sekiranya mereka tidak mahu sealiran
kita tidak perlu terlalu marah
ini adalah suatu proses semulajadi

---------------------------------------------------------------------------

apa yang penting kita masih berpegang pada agama yang satu
setiap insan berhak mengutarakan pendapat
meluahkan rasa hati
menilai dari perspektif  masing-masing

---------------------------------------------------------------------------

moga sentiasa dibukakan pintu hati untuk menerima kebaikan dan kebenaran
sekadar meluahkan apa yang terpendam
wallahuallam

KU SUBURKAN CINTA

ku suburkan cinta
dalam keterbatasan ini
sebening embun pagi
sebening hari
ku kunyah segala sendu
mainan sang nasib
yang berpijar
antara mata dan hati
ku songsang angin merah
yang datang sekali sekala
atau setiap masa
kerana cinta ini kental
tidak mengenal putus asa

ku suburkan cinta
di bumi yang tercinta
ku kalung sejahtera
sepanjang masa

HAH KANTOI SATU!!!

aduh KPN pun boleh menipu
kerana dia sudah ampu
ke hulu ke hilir angkat tilam suatu ketika dulu
hei itu zaman dulu-dulu


hah sekarang dah kena sudu
jangan diam terus bisu


penipuan dibongkar satu persatu
aku tak kesian kat Encik Ahmad Nisfu
aku kesian kat ketua polis yang satu
takut tak sempat reka cerita baru


p/s: senang je nak tau ijazah tu betul ke tak... tgk sama ada advance diploma tu layak utk dia menjadi peguambela dan peguamcara (advocate & solicitor) dlm mahkamah persekutuan malaysia kalau syarat kena ambik CLP dulu mmg sah tak laku. sedangkan ambik law degree part time kat UM pun dia tak panggil LLB tapi Bachelor of Jurisprudence dan masih kene lulus CLP =)

MATA MENJULING


mata menjeling
mata memikat
matalah puncanya

cewah!!!
menyanyi pulak

salam
kepada semua pembaca blog aku

gambar mata kat atas tu apa sebenarnye aku nak cite ni???
oh!!!
kaitan mata dan otak
kamu sedar atau tidak???

pernah jumpa orang yang rabun??
cakap pasal power cermin mata???
pernah tak???
tau ke tak power cermin mata tu ape???
sila pergi kedai optik untuk bertanya

semua yang memakai cermin mata mesti tahu dan patut tahu hal ni

------------------------------------------------------------------------

buat si pemakai cermin mata
aku mau tanya
power untuk mata kiri dan kanan korang sama ke tak??

kebiasaannya tak sama untuk mata kiri dan kanan
kebanyakkannya tak sama untuk mata kiri dan kanan

-----------------------------------------------------------------------

tahukah korang yang mata dan otak bersilang fungsi
otak kanan ada kaitan dengan mata kiri
otak kiri ada kaitan dengan mata kanan

-----------------------------------------------------------------------

hemisphere kanan (otak kanan)

mengendali tubuh bahagian kiri
berhubung dengan kemampuan non verbal:
seperti muzik
ekspresi emosi
pengenalan pola dan gambar
kemampuan untuk mengenal ruang
memproses informasi secara global



hemisphere kiri (otak kiri)

mengendali tubuh bahagian kanan
berhubung dengan tugas-tugas mengikut kemampuan verbal
seperti bercakap, membaca, berfikir 
memproses informasi secara sekuen

-----------------------------------------------------------------------

oleh itu, sesiapa yang lebih banyak menggunakan otak kiri kadar rabun untuk mata kanan lebih tinggi dan sesiapa yang menggunakan otak kanan kadar rabun untuk mata kiri adalah lebih tinggi
ini terjadi kerana fungsi mata dan otak bersilang

beza power cermin mata tak lah terlalu jauh untuk mata kiri dan kanan
jarang sangat kejadian power mata kiri dan kanan tinggi kadar perbezaannya

yup!!!
tapi aku pernah jumpa kejadian macam tu =)



p/s: kepada yang tak rabun tu bukan bererti korang tak guna otak...
maksudnya korang memang rajin jaga mata =)
tu yang tak rabun
beruntunglah bagi mereka yang masih tak rabun-rabun =)

25 March 2010

KU KHABAR DENGAN INDAH

bukan begitu
bukan begini

bukan mahu ceritakan kisah aku lagi

tidak sayang
sudah jatuh baru mahu lihat ke sisi
pandang kanan dan kiri
acapkali jatuh bisa bangun lagi
lekas bangkit terus berdiri

apa kamu buat di dunia ini hai laki-laki
apa kamu buat di dunia ini hai si isteri
apa kamu buat di dunia ini hai menteri-menteri

ini bukan cerita kecewa
hanya rasa dalam jiwa
enaknya kita ketawa
melihat insan-insan kecewa

*ada syaitan dalam jiwa - ayuh lekas ketawa, mari kita gembira, dunia ini kita yang punya

Tuhan
aku ngeri
lihat jenayah sana sini
manusia bagai mahu menongkat bumi
segala harta mahu digali
fitnah merata tanpa henti
yang salah makin dikagumi
mahu saja aku lari
pergi dan terus pergi

aku mesti di sini
menanti saat terhenti
hingga nadi ku mati
tubuh tak bernyawa lagi

Tuhan
tunjukkan aku
mana arah menuju Mu
mana arah kiblat Mu
luruskan lorong ku
agar aku kembali meraih cinta Mu
agar jiwa tidak lemah dan layu

bawa kami semua kembali kepada Mu

p/s: andai tiada lagi puisi mugkin aku telah mati =)

MANUSIA YANG AKU SUKA

salam
 lagi entri auto publish
aku memang suka mereka
tak tau la mereka suka aku ke tak
yihahaha


nik aziz
aku memang respek gaban dengan dia
tapi tak la obses okay!!!
makan pun bersila
tawaduk tu.... =)



mahathir??
parah la... tetiba aku suka dia =)
yup aku suka dia sebab dia sangat konfiden
mampu berucap di khalayak tanpa menggunakan teks
terutama dalam bahasa inggeris
biar pun semasa pentadbiran beliau terlalu banyak korupsi
dan
berlaku pelbagai konspirasi =)

BUANGKAN DAN BAKAR ITU SAHAJA

kau datang lagi
mau cerita itu dan ini
macam sudah tak ada anak bini
anggaplah semua tu tak pernah jadi


kau bawa cerita itu
aku sudah ada yang ini


mau ingat jalan-jalan di pasar seni
nasi ayam, cempedak goreng apa semuanya ni
semua memori di sungai petani
apa yang kau cuba sampaikan ni
sedar la yop...
kau ada anak bini


aku dah lama buang dan bakar rasa itu
tak perlu ungikt satu-satu


kini dia temani aku
jangan kau sibuk nak merapu


p/s: abg luv so much =)

KATALAH ITU DAN INI

ingat masa lalu
kau kata aku yang satu
aku pun angguk setuju
nah sekarang semua palsu

kau tak nampak wujud aku lagi
mahu tanya lagi dan lagi
pergi kau pergi
jangan datang lagi

mahu cari kembali hati ini
yang dulu kau letak di buku lali

sudah pergilah kau bersama si pari-pari
tak perlu datang ke sini lagi

terkenang*

bulan tetap satu kekadang berubah ikut waktu
matahari juga begitu
makin hari makin lesu

p/s: melepaskan sesuatu untuk sesuatu yang baru. adakah itu aku?

SUDAHLAH TU MENGUTUK NIK AZIZ

salam
apehal lah ko nak kutuk sangat ulama?
cakap beliau bertopengkan agama la ape la...
kalau tak nak jadi macam beliau tak perlu mengutuk
okay???

apehal pulak nak banding NAJIB dengan NIK AZIZ??
nak bandingkan ke???
jom aku tolong bandingkan...

umah NAJIB besar tara mane??
umah NIK AZIZ kecik ke beso??
ade pagar batu ke???

bini NAJIB tutup aurat ke tak??
bini NIK AZIZ free hair ke???

NAJIB pakai blazer, sunglass, ade bodyguard, ade neno neno bila lalu kat jalan raya...
NIK AZIZ pakai jubah, serban(sunah nabi okay!), tak sentiasa ade bodyguard, tak shopping kat oversea...

-----------------------------------------------------------------------

nanti orang cakap tu zahir je...
zahir lah kena tengok dulu
pastu baru tengok hati...

------------------------------------------------------------------------

pernah dengar cerita ni?
NIK AZIZ bagi pinjam Mercedes mate belalang dia kat seorang singaporean
almaklum kereta si singaporean tu rosak
pergh!!!
dia tak takut pun singaporean tu tak pulang balik kereta dia
rilek je bagi pinjamkan...
tu tandanya ape??
tak bimbang dan risau untuk berkongsi apa yang dimiliki di dunia
percaya sesuatu bukan hak milik mutlak manusia
percaya itu semua hanya pinjaman daripada ALLAH
tak rasa cinta kat dunia
atau
 ZUHUD
kalau kita???
nak bagi pinjam duit RM10 pun pikir 2, 3 kali...
takut sangat orang tak pulangkan..
(aku pun lebih kurang je hehe.. susah nak jadi zuhud)
dah tau cam tu...
asal mau kutuk beliau lagi???

--------------------------------------------------------------------------

orang BN la NAJIB ke...
GHANI OTHMAN ke
sesape je la....
yang sewaktu dengannya....
NAJIB nak jalan-jalan masuk kampung
NAJIB nak jalan-jalan masuk FELDA
NAJIB nak datang melawat masjid
para kontraktor sila turap jalan raya elok-elok PM nak datang
bagi tender kat sesape untuk masak makanan yang sedap-sedap dan mahal-mahal
jangan lupa sediakan bunga manggar
panggil kumpulan kompang
bersihkan masjid tu... PM nak datang
no no no lauk ikan kering
no no no teh 'o'
steamboat set bersama meja bulat dan kerusi berbalut
bunga dekat kocek =)
no no no makan bersila
kalau nak buat semua tu....
panggil TV3, TV1, TV9, ASTRO dan sebagainya
baru 1 MALAYSIA nampak NAJIB berjiwa rakyat
"tepi, tepi.." bodyguard mula marah marah
sebab rakyat jelata menghalang laluan seorang PM
ape ni semua????

-------------------------------------------------------------------------

aku tipu ke???
tanye la siapa yang dah pernah jumpa mereka berdua tu..
NIK AZIZ dan NAJIB
ada beza tak???

--------------------------------------------------------------------------

kesimpulannya 
dah la... 
berhenti la...
mengutuk ulama


"ISLAM RELEVAN SEPANJANG ZAMAN"

p/s: walaupun aku tak lah baik pun, aku mohon dijauhkan daripada menghina ulama =)

24 March 2010

KAMU SEMAKIN TUA

salam
entri yang dah stand by lame
mesti dia ingat aku dah lupa
dengan slamber aku buat-buat lupe
aku tau aku orang terakhir wish hepi besday kat ko!!!
aku auto publish entri ni kol 11:59 PM (24 Mac 2010)

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 11 TAHUN

untuk adik aku yang bongsu 
(paling kecik tapi besar)

*rajin belajar*
*learning Japanease Language from now*

sila kurangkan aktiviti berikut:

1) layan YM sampai 2, 3 pagi
2) layan Facebook
3) layan Youthsays
4) main macam-macam online game
5) download lagu yang leh gegar kepala
6) baca manga online
7) buat keje sekolah laju-laju lepas tu nak online
8) makan tanpa henti
9) blogging

can i refer any grammar mistake wif u???
huuuuuuuuuuuuuu
(mok ko jangan perasan okay!!! nanti rabak)
(lepas bace entri ni sila belanje aku)

aku cuma nak Big Apple Donut =)
lepas tu buatkan susu untuk aku =)
hahaha
jangan marah!!!


p/s: tq ko rajin jaga aku mase aku sakit =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...