GENG LENSA HIDUP

24 July 2015

MasBro VILLAGE BOUTIQUE HOMESTAY TERBAIK

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

cuti sekolah bakal tiba pada pertengahan september nanti... so dah boleh plan untuk pergi holiday...

jom usyar boutique homestay yang owesome terletak di Paya Rumput, Melaka... berwarna-warni... dan memiliki reka bentuk yang menarik... 

sejak dua menjak ni memang banyak lokasi percutian baru yang unik tumbuh bagai cendawan... he3









tak teruja ke?

sementara ada promosi ni hanya RM280 per night
boleh memuatkan sekitar 6 orang

boleh buat family gathering
reunion
wedding photoshoot
dan pelbagai lagi 

jom cuti-cuti Malaysia!!!


nota: lokasi ni tak de pantai, tasik atau air terjun ye... sebab memang betul-betul tepi jalan... cuma reka bentuk binaan sahaja yang unik

23 July 2015

5 RAHSIA KHASIAT AIR KELAPA


5 RAHSIA KHASIAT AIR KELAPA YANG RAMAI TAK TAHU
Menurut laman 'Organic Health', jika anda minum air kelapa secara konsisten selama 7 hari, 40-50 ml sehari, anda akan:
1- Rasa lebih bertenaga.
2- Hormon di dalam thyroid akan meningkat.
3- Untuk mereka yang bermasalah buah pinggang, ia telah mula membersihkan saluran kencing dan memecahkan batu karang.
4- Selera makan akan menurun, membantu penurunan berat badan.
5- Elektrolit dalam badan akan lebih seimbang, mencegah hypertensi.
Jadi, jom minum air kelapa 7 hari, tetapi 40-50ml sahaja tau !

6 JENIS OBESITI


Ketahui kenapa lemak terkumpul di bahagian badan tertentu...

Sains ini telah dikaji dan terbukti terdapat 6 jenis obesiti disebabkan pelbagai faktor. Nah lihat sendiri jenis badan korang mengikut gambar trsebut.

1. Obesiti daripada makanan

Jenis ini adalah paling lazim di dunia. Ia berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan dan gula yang berlebihan. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah anda, kurangkan jumlah makanan, gula dan buat senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

2. Obesiti disebabkan Gluten

Ini jenis obesiti adalah yang paling biasa di kalangan wanita yang telah melalui menopaus disebabkan ketidakseimbangan. Perkara yang paling penting adalah untuk mengelakkan duduk berpanjangan, merokok dan alkohol. Amalkan senaman dengan berat.

3. Obesiti disebabkan oleh "kecut perut"

Ini jenis obesiti disebabkan oleh tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Orang yang mempunyai masalah ini adalah disebabkan pengambilan gula yang banyak. Perkara terbaik untuk dilakukan ialah mengawal tekanan anda dan melakukan aktiviti fizikal.

4. Obesiti Metabolik

Masalah ini tertumpu kepada mereka yang mengambil alkohol, mempunyai masalah psikologi atau masalah dengan pernafasan.

5. Obesiti disebabkan oleh peredaran vena

Ini kebanyakannya diwarisi secara genetik obesiti. Biasanya berlaku semasa mengandung dan pada orang yang mengalami kaki bengkak. Penyelesaiannya adalah dalam latihan seperti berjalan dan menaiki tangga.

6. Obesiti dari tidak aktif

Ini jenis kegemukan yang disebabkan bahagian-bahagian badan yang dahulunya aktif tidak digunakan seperti dahulu. Kunci untuk menghapuskan deposit lemak ini bukan mengurangkan makanan kerana badan boleh mempercepatkan metabolisme dan membakar mereka dengan cepat.

Hasil artikel dari: naturalhealthcareforyou.com

16 July 2015

PETUA MENYIMPAN MAKANAN


Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Kali ini kami bawakan beberapa petua orang lama untuk menyimpan makanan.
Menyimpan udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.

Mengekalkan rasa manis ikan
Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.

Mengekalkan kesegaran ikan
Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.

Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.
Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.

Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.

Telur tahan lama
Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.

Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.
Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman
Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.

Mengelakkan sayur layu
Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.

Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.

Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.

15 July 2015

TEKNIK URUTAN BAYI

Assalammualaikum

kali ni aku nak share teknik urutan bayi...
dan menjadikan mereka tidur lebih nyenyak

memadai 2-3 minit untuk sekali urutan setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur
kalau banyak masa lama-lama pun tak pe...

ini merupakan satu bentuk rangsangan sentuhan buat bayi
dan membantu bayi anda lebih erat dan mesra dengan anda

enjoy it!!!







14 July 2015

TUN MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Monday, 13 July 2015
DR MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI
SAJAK TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

MURTABAK AHMAD MASLAN TELURNYA DI LUAR


santapan kelakar di hujung ramadhan hehe

aku positif lagi...
murtabak tampal telur mungkin...

atau mungkin ada nama lain 'murtabak ahmad maslan telurnya di luar'

haha

jangan marah =)

TIPS LEMBUTKAN DAGING



1) Semasa merebus daging untuk melembutkan daging tersebut masukkan seketul gula batu (rebus sekejap)
2) Masukkan bijik kurma 4-5 biji kedalam rebusan daging/tulang
3) ramas nenas dan gaul bersama daging dan perap sebelum direbus
4) Masukkan daun nangka dalam rebusan daging/tulang
5) Masukkan sudu dalam rebusan daging/tulang
6) Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
7) Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
8) Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA 

13 July 2015

CARA BERKASIH SAYANG MENGIKUT SUNNAH


Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

hubungan antara suami dan isteri... perlulah sentiasa dilingkari kasih dan sayang... agar ia menjadi lebih bahagia dan gembira.... 

tang no 8 tu memang favourite husband aku... sebaik-baiknya buat lah semua yang disenaraikan... InshaAllah ia akan mengeratkan lagi kasih sayang kalian... tak caya cubaah sendiri... hahaha =)

hasil selalu berkasih sayang tu yang terhasilnya baby no 3 hahaha =P

ok lah babai...

TERKINI: LOW YAT BERDARAH

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat dan bertenang-tenang je selalu... tak mau marah-marah haaaa... ececeh tajuk entri tak nak kurang... kih3

bulan puasa ni bawa-bawa bersabar haaaaa

bila isu menipu... seringkali dikaitkan dengan isu rasis juga... hahhhhhhhh cina kuat tipu... haha... depa lupa agaknya...

berapa ramai Melayu yang menipu?

menipu masa beniaga kat media sosial... (berlambak yang menipu... hasil tipuan bukan sikit... cecah ratus ribu pun ada... semua ribu-ribu beb)

menipu berniaga di bazar ramadhan... jual karipap inti angin... jual lauk basi... 

bukan peniaga cina je kuat tipu... peniaga melayu dan india pun apa kurangnya?

semua fikir nak cepat kaya...

yang boleh elakkan peniaga daripada menipu adalah 'kejujuran' tak kira apa bangsa pun jika jujur sudah pasti mereka tak menipu dan juga peniaga yang beragama Islam jika yakin Allah Maha Melihat... sudah pasti mereka takut untuk menipu... betul kan?

Melayu khianat Melayu pun berlambak-lambak... tapi yang paling patut kita malu adalah bila sanggup khianat agama sendiri...  menipu atas nama agama untuk tempolok sendiri....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dan isu peniaga menipu ni memang ramai... dan peniaga jual barang tiruan pun memang banyak... dan penguasa juga dah rampas barangan tiruan di Uptown shah Alam kan? tapi kenapa tak rampas mereka yang jual barang tiruan kat Low Yat Plaza? kat Pertama Kompleks? kat Petaling Street? dan banyak lagi lokasi yang jual barang tiruan kan? 

kenapa tak rampas? kenapa?

sebab takut?
sebab ada kepentingan?

p/s: pada aku yang dok bergaduh kat Low Yat tu bukan apa pun... sekadar nak pertahankan geng-geng je... dengan istilah yang dipakai... "sape pukul budak aku???"

panggil geng ramai-ramai datang serang peniaga yang dikatakan menipu... 

tips paling mudah jangan lah pegi beli kat tempat yang memang dah tau ramai peniaga yang menipu... senang je kan?

hatta jika cina tuduh Melayu mencuri pun... mintak lah bukti... bukan kau pegi maki dan carut cina babi ke hapaaa... dan tak payah la mention isu bangsa lebih-lebih... sebab point kat sini adalah antara penjual dan pembeli...

dan kau kena ingat jugak kau tak mungkin boleh hapuskan cina daripada muka bumi ni... sebab Allah memang dah cipta kepelbagaian kaum...

haha gua dulu mula-mula jumpa hubby masa kat Low Yat la... haha tapi gua tak gaduh-gaduh punya haaaaaaa

babai....

pesanan: jadilah Melayu yang bijaksana

update terkini: polis sahkan budak lelaki itu mencuri

TIPS MENJADIKAN SAMBAL TUMIS LEBIH SEDAP




1. Jangan mengunakan cili boh atau cili giling tersedia kerana bahan pengawetnya akan memcacat rasa. Gunalah cili kering yang dikisar sendiri.

2. Gunakan banyak bawang besar kerana ia akan mengurangkan kepedasan dan menambah manis secara semulajadi.

3. Semasa menumis cili dan bawang besar pastikan pastikan ia benar-benar masak atau naik minyak sehingga mengeluarkan bau tumisan yang harum.

4. Imbangi rasa sambal anda dengan meletakkan sedikit asam keping atau air asam jawa. Jangan terlalu banyak kerana rasa masam yang keterlaluan akan mencacatkan rasa sambal anda.

5. Jika suka boleh tambah belacan untuk menambah rasa lemak atau kisarkan ikan bilis dan udang kering sebagai bahan campuran tumisan anda. Untuk lebih enak tambahkan ikan bilis yang telah di goreng dan tumbuk separa hancur untuk dimasukkan di dalam sambal. Semasa menghidang sambal jangan kedekut untuk taburkan ikan bilis goreng di atas sambal untuk mengekalkan kerangupannya.

6. Sesuaikan rasa garam, gula dan sedikit masam pada sambal. Boleh tambah serbuk perasa jika anda suka kerana ia akan menambah kelazatannya. Jika anda tidak suka pastikan ikan bilis atau udang kering diletakkan lebih sedikit pada sambal.

Semoga tips ini membantu anda....

12 July 2015

TIPS MENGHASILKAN NASI LEMAK YANG SEDAP




1. Untuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan

2. Didihkan dahulu santan bersama daun pandan, masak seperti biasa..Nasi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya..

3. Jika inginkan nasi lemak lembut, letak halia yang dititik sebesar ibu jari..

4. Ingin wangikan nasi, masukkan serai, daun pandan,lada hitam,kulit kayu manis,hirisan bawang besar..

5. Jika nasi lemak termentah dalam periuk, cepat-cepat masak atas dapur gas dengan api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam pengukus dan kukus hingga masak..

6. Jika inginkan nasi menjadi sebijik-sebijik, letak marjerin sikit atau minyak masak..

7. Boleh juga mencampurkan secubit gula utk kemanisan nasik lemak dan paling penting garam secukup rasa

SELAMAT MENCUBA

10 July 2015

ANTARA SUSU KAMBING TERBAIK

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

kebanyakan ibu mengandung dan dalam pantang pasti tercari-cari yang mana satu susu kambing terbaik.... ye tak?

kat sini aku nak share mana satu susu kambing yang okay =)

aku lebih memilih susu kambing asli tanpa apa-apa campuran lain... almaklum la sekarang ada yang dah dok campur makanan sunnah la... ada perisa itu ini la.... aku kurang minat hi3

pertama kali kalau anda ada upaya dan kewangan mencukupi... anda semua disyorkan untuk membeli susu kambing segar dan tanpa gula atau perisa tambahan... kalau kat kampung aku 200ml RM5... rasanya sedap dan tak de bau hamis kambing.... sedap baq hang

susu kambing segar

selain tu anda boleh cuba susu kambing keluaran HR...Higoat susu kambing original... sebungkus ada 15 paket... dengan harga yang berpatutan... kalau kat kampung aku boleh dapat dalam RM21 sebungkus... kalau kat area tempat tinggal aku ni kat Triang.... dalam RM24 sebungkus.... rasanya sedap dan tak hamis... juga tanpa gula tambahan...

susu kambing Hi Goat

jika ingin mencuba jenama lain... anda juga boleh cuba susu kambing Wildan.... pilihlah yang original... tanpa gula tambahan dan perisa... kat area umah aku kat Triang ni... boleh dapat dengan harga RM39 sekotak (500g)...harga ikut penjual la nak bagi berapa he3... rasanya sedap dan tak hamis...

susu kambing Wildan

ketiga-tiga susu kambing ni tak jauh berbeza dari segi rasa... dan sebelum ni biasanya ramai yang bimbang ada bau hamis kambing... dan kini anda tak perlu risau... semuanya dah boleh diatasi =)

antara kebaikan susu kambing:
- mudah dihadam
- bersifat alkali
- baik untuk ibu mengandung
- kaya dengan pelbagai khasiat
- bagus bagi mereka yang cuba mendapatkan zuriat
- boleh mengatasi anemia

p/s: ada juga yang kata bagus untuk atasi masalah kuning (jaundice)

wallahua'lam

KENAPA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH SENANG BERSALIN?


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

pasti ramai yang tertanya-tanya... kenapa orang perempuan yang mengandug anak luar nikah ni senang je beranak? mengandung pun orang tak perasaan... tak de jalan terkedek-kedek bila dah tengah sarat... tau-tau je dah bersalin...

kat atas tu ada jawapannya...

apa pun tu semua kuasa Allah... dan rezeki masing-masing...ada juga yang dapat rezeki mudah bersalin... 

walaupun ada di kalangan kita yang agak mudah bersalin... tetapi kesakitan, kelenguhan, ehhhh macam-macam lagi la yang kena hadap masa mengandung Allah je yang tahu betapa payahnya... he3..

ok sekian...

Wallahua'lam

selamat menjalani 10 hari terakhir ramadhan =)

24 June 2015

SELAMAT MELAHIRKAN BAYI KETIGA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat dan gembira... dan selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat...

pada 1 Ramadhan 1436H hari tu selamat sudah aku melahirkan baby ketiga... kat hospital Temerloh... alhamdulillah... baby boy, 3.59kg, 11:31pm...

bayi ketiga kami diberikan nama Ahmad An Nu'man bin Mohd Noor Aiman... hari ni dah masuk hari ke tujuh berpantang...

terima kasih buat husband yang sangat membantu... he3... dia lah yang jadi bidan, chef, dan uruskan baby baru kami... sampai la mak aku datang... thanks hubby dan mak =)




23 June 2015

RAMAI SUAMI YANG TIDAK SUKA MEMELUK ISTERI


Pelukan adalah satu sentuhan fizikal erat yang dilakukan pada di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan kadang-kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat, dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.
Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini adalah perkahwinan yang diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan jima’ saja, dan bukan hubungan emosi dan perkongsian perasaan.
Islam juga menggalakkan hubungan emosi. Dalam satu riwayat hadis yang mahsyur, Rasulullah s.a.w memberitahu,
“Man laa yarham laa yurham (barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi) (Bukhari dan Muslim).
Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan, pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.
daripada 
Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

p/s: pada aku anytime je husband boleh peluk isteri.... masa balik kerja tengok isteri tengah memasak pun boleh peluk jugak hahah =P

kalau isteri merajuk kena peluk konfem akan ok atau hampir ok.... kakakaka

16 June 2015

14 LOKASI PERCUTIAN UNIK MALAYSIA MENGIKUT NEGERI

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dek kerana entri sebelum ni yang bertajuk 6 LOKASI PERCUTIAN UNIK MALAYSIA mendapat sambutan luar biasa mencecah setengah juta pelawat... kali ni lebih banyak lokasi percutian yang dipaparkan untuk anda cuba....

Johor

Fishing Bay Resort
terletak di Teluk Buih, Air Papan, Mersing Johor, pemilik resort ini adalah seorang wanita muslim... apa kata kali ini anda boleh cuba satu lokasi unik yang mendamaikan dan tanpa was-was. ramai pelancong luar yang suka lepak kat sini. jadi kena booking awal yeeeee =)

Facebook Page: Fishing Bay Resort


Jojo Rakit
chalet atas air yang sesuai buat kaki pancing. boleh memancing dan lepak bersama keluarga. terletak di Tanjung Buai, Kota Tinggi. memiliki senibina yang unik dan harga sekita RM70-RM120 semalam bergantung pada saiz bilik.

Facebook Page: Jojo Rakit


Melaka

Limastiga
juga dimiliki oleh seorang Muslim... dan hanya membenarkan penginap Muslim sahaja. terletak di Umbai, Melaka. Memiliki senibina yang unik. Sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan.

Facebook Page: Limastiga


Negeri Sembilan

The Dusun
satu lokasi percutian ala bali biarpun anda di dalam Malaysia lagi. harga sekitar RM600++ untuk semalam. dog friendly.

Facebook Page: The Dusun


Selangor

The Cabin
terletak di Jeram selangor. bilik-bilik diperbuat daripada kabin. biarpun kabin tetapi persis hotel 5 bintang. masih baru lagi... dan proses penanaman pokok sedang dijalankan untuk memndapatkan suasana redup di persekitaran.

Website: The Cabin


Perak

Belum Rainforest Resort
terletak di hutan simpan Belum. sangat unik dan memiliki pelbagai pakej menarik. houseboat juga ada... dengan panorama alam semulajadi yang begitu indah. buat pecinta alam semulajadi anda wajib cuba ini.

Website: Belum Rainforest Resort


Kedah

Sedim Vista
lokasi yang unik dan berhampiran pelbagai tempat menarik, antaranya sungai sedim, Tree Top Walk. dengan senibina yang unik... dimiliki oleh bekas pelajar UiTM Arau... =)

Facebook Page: Sedim Vista


Pulau Pinang

Malihom Retreat
terletak di jalan balik pulau, air itam, Penang, satu lokasi yang berkonsepkan private estate... dengan barn yang unik. senibina yang memukau. pasti anda akan rasa sangat rileks. 

Facebook Page: Malihom Retreat


Perlis

Tasoh Lake Resort & Retreat
terletak di Kaki Bukit, Perlis. unik dan penuh dengan aktiviti lasak seperti perahu layar, dan pelbagai aktiviti untuk Team Building. jangan lepaskan peluang ni =)

Facebook Page: Tasoh Lake Resort &Retreat


Kelantan

Tok Aman Bali Beach Resort
terletak di Pantai Pasir Bayu, Pasir Puteh... dilengkapi dengan pelbagai kemudahan... dengan sewaan bermula RM298++ semalam.

Website: Tok Aman Bali Beach Resort


Terengganu

Terrapuri
terletak di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu. memiliki senibina unik dan penuh dengan warisan zaman berzaman. memang rugi kalau tak cuba.

Website: Terrapuri



Pahang

Saufiville Boutique Resort
resort yang terletak di janda Baik Pahang. memiliki kolam renang. dimiliki oleh muslim dan memang sangat umphhh!!! tak caya try pegi...

Facebook Page: Saufiville Boutique Resort



Sabah

Sipadan Water Village Resort
terletak di daerah Tawau. memiliki 42 chalet atas air yang sangat cantik dan unik. manakala sipadan antara lokasi yang popular bagi para penyelam. jangan tak cuba!!!

Facebook Page: Sipadan Water Village Resort


Sarawak

Borneo Highland Resort
terletak di kuching sarawak. antara lokasi percutian yang super owesome. selain lokasi tanah tinggi cameron highland, janda baik dan kundasang. Borneo Highland juga memiliki panorama semulajadi yang cukup umphh dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi bulan madu. nora bagi 5 bintang.

Facebook Page: Borneo Highland Resort


Malaysia sebenarnya kaya dengan khazanah alam. yang unik dan memiliki penduduk yang kreatif dalam menghasilkan lokasi percutian yang unik dan indah... uppss... lokasi di johor ada dua... sebab aku orang johor... dan salam cuti-cuti Malaysia.... =)

p/s: lama dah nak buat entri ni... tapi tak berkesempatan... sepaptutnya publish before school holiday hari tu =)

15 June 2015

8 UBAT YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA


1. semua bentuk suntikan
2. ubat bawah lidah
3. ubat bius setempat atau separuh
4. ubat kumur
5. plaster
6. ubat titis mata, hidung dan telinga
7. ubat sembur hidung
8. ubat jenis sapuan

p/s: dalam rajah ni ada tertinggal... ubat gigi dan aku nak wish selamat berpuasa =)

sumber: FB Kementerian Kesihatan

49 NASIHAT TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


SEMOGA BERMANFAAT
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.
P/S: penah jumpa sekali masa dekat MPH Mid Valley. sangat humble dan tak lokek dengan senyuman =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...