Ni mini pizza untuk ahmad
Jom semak resepi
Bahan-bahan doh:
400g tepung gandum protein tinggi
Yis
Satu sudu makan gula pasir
Air suam
Secubit garam
Setengah camca bread improver
1 sudu makan shortening (lemak sayur)
Bahan-bahan topping:
Mix cheese (parmesan, mozarela, cheddar) cari kat kedai... nak beli pizza topping pun boleh atau nak parut sendiri
Lada benggala
Bawang bombay (kuning)
Tomato ceri
Beef sausage
Sos tomato life
Caranya:
Masukkan yis ke dalam 200ml air suam bersama gula dan garam...
Tunggu hingga berbuih...
masuk tepung dalam bekas
Bread improver dan shortening
Dan tuang yis yang dah berbuih ke dalam bekas yang ada tepung
Uli sehingga tak ada lekat-lekat kat jari...
lebih lama uli lebih elastik
Tutup adunan dan rehatkan hingga naik 2 kali ganda...
tumbuk-tumbuk adunan untuk buang udara yang dihasilkan oleh yis tadi... uli dan kemudian canaikan ikut saiz yang korang nak...
Tebal dalam 1cm atau setengah cm...
semasa mencanai taburkan sedikit tepung untuk elak melekat....
selepas itu...
sapukan sos tomato
Taburkan cheese
Tabur sosej, bawang, tomato, lada benggala
dan diakhiri dengan taburan cheese...
Topping boleh ikut citarasa masing-masing dan agak2 masa tabur tu... jangan terlalu banyak...
Panaskan oven dengan suhu 180-200 darjah celcius
Bakar sekitar 15-20 minit
Tujuan suhu yang tinggi adalah untuk mengelakkan roti pizza jadi kering atau keras...
nanti akan dapat hasil cantik di luar dan lembut di dalam... memang owesome!!!
Selamat mencuba =)
Regular size
Yummeh...
jangan bimbang tak masak di dalam... InshaAllah masak je...
Modal tak sampai rm30 pun... dah la boleh buat berkeping-keping