GENG LENSA HIDUP

24 September 2015

SALAM AIDILADHA

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish... selamat hari raya aidiladha....

Musim haji kali ni banyak pulak berita dari tanah suci yang agak menyedihkan...

Apapun... takziah buat keluarga mangsa...
Semoga mereka semua di tempatkan di kalangab orang-orang yang beriman...

Dan ni gambar masa raya aidilfitri lepas ok... masa aku dalam pantang lagi... beraya sakan kau... lepas tu letih dan lenguh-lenguh... nasib ade mr.e haha

Bidan terjun kih3







17 September 2015

MUSLIM HOTEL: ADYA HOTEL LANGKAWI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

kebanyakan hotel di Malaysia biasanya dimiliki oleh golongan non muslim....

di sini aku nak kongsikan satu lokasi... yang di mana Adya Hotel ini dimiliki oleh orang islam... siap ade sediakan sejadah okay dalam setiap bilik...

menggunakan tagline... islamic, friendly, hospitality...

hotel ini terletak di Kuah, Langkawi... sesiapa yang nak bercuti ke Langkawi... boleh la terjah hotel ni... hotel ni berstatus 4 bintang... memiliki 207 buah bilik... dengan mini fridge menghidangkan non-alchohol drink...

servis kolam renang yang diasingkan wanita dan lelaki... so tak perlu segan-segan nak mandi... masa penggunaan gym... yang berbeza untuk lelaki dan wanita... dan juga ada spa... untuk mereka yang nak merehatkan diri... ada Restoran Jelapang yang pasti menunya tidak akan mengecewakan anda... buat peminat steamboat... wallaaaa anda boleh cuba steamboat di sini... dengan gabungan dekorasi dan senibina moden dan Melayu.

tak mungkin anda kecewa dengan servis mereka... dan inilah masa untuk anda menyokong servis daripada muslim sendiri... servis terbaik tanpa bimbang dan ragu... halal dan toyyib!!!

* Deluxe Room bermula RM250 per night


premier suite

pandangan dari luar

pandangan sisi


waktu malam



kolam renang wanita

ADYA HOTEL LANGKAWI

No 1 PT, 4001, Persiaran Mutiara 2
Mukim Kuah 07000 Langkawi
Phone : +604-960 8000
Email : reservation@adyahotel.com
Facebook Page: Adya Hotel Langkawi

14 September 2015

CARA HINDARKAN STRESS

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu..
dan tak mau stress okay... maklum la hari ni hari isnin...


Berikut tanda- tanda awal stress / tekanan:

  • Degupan jantung laju
  • Banyak berpeluh
  • Risau / bimbang
  • Loya
  • Nafas laju / cepat
  • Selalu rasa tidak sihat
  • Cirit-birit / rasa hendak buang air kecil
  • Sukar tidur
  • Rasa sejuk pada kaki dan tangan
  • Selera makan berubah
  • Selalu letih
  • Gangguan seksual
  • Kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Murung / perubahan sikap
  • Penyakit seperti lelah / sakit kepala / timbul ruam kulit

Kesan dari tekanan:

  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit semakin teruk / jerawat
  • Hilang fungsi seksual & pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit / sembelit
  • Serangan migrain
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan

Tanpa kita sedar, stress boleh membawa kesan pada sistem jantung, sistem penghadaman & rangka otot. Kenali tanda-tanda perubahan pada diri kita. Jangan takut berkongsi masalah atau ketidak selesaan kita pada orang yang kita boleh percayai. Berjumpalah dengan doktor & dapatkan rawatan awal sebelum stress terus menekan diri kita.

Selain zikir & doa, amalkan pemgambilan makan yang mengandungi Vitamin B ataupun amalkan B Complex.

CARA KUCING BERBICARA

Assalammualaikum

buat peminat kucing... yang terlalu obses... pasti ada yang siap buat rumah bagai dan tidur dengan kucing kesayangan... dan macam-macam lagi cara untuk anda tunjukkan rasa sayang dengan kucing....

buat kan baju untuk kucing...
masukkan kucing pertandingan...

haishhh bagus sangat sebab menyayangi binatang... tapi tahukah anda bagaimana kucing anda berbicara?


ohhh begini rupanya cara kucing anda berbicara... dan sudah pastinya anda lebih arif dengan kucing anda... tapi bagaimana jika kucing tu berekor pendek??? hehe

a big question mark...

wassalam...

HANTAR RESEPI DAN ANDA DAPAT DUIT!!!

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... fuhhh bizi kemain... ewah ewah... =P

tak dan nak update blog... ni pun update sebab nak share sesuatu... hehe

berminat nak dapatkan pendapatan sampingan? jom cuba ini...

klik di sini anda boleh berkongsi resepi dan tips memasak di dapur... dan mereka akan bayar anda!!! tak best ke??? hehe...

tak percaya cubalah...

breakfast pagi semalam nasi goreng ikan bilis dan telur dadar berkeju



p/s: aku siap cakap kat hubby... lepas ni tiap kali lepas masak kena snap picture lah... boleh dapat duit ahahaha =P materialistik sangat wooohaaaa

09 September 2015

9 KENDERAAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK DRIVE-THRU

Assalammualaikum

semoga semuanya baik-baik sahaja... aku nak komen isu viral naik moto beli kat drive-thru....

foto ini menjadi viral... seolah-olah nak guna moto gi beli kat drive-thru satu kesalahan...


komen yang menyokong brader naik motor tu...

sebenarnya... itu semua bukan satu kesalahan pun... mungkin... tu kali pertama pempuan tu dan laki dia beli kat drive-thru... then rasa pelik pulak tengok orang lain naik motor...

aku dulu mase study kat shah alam biasa je... gi naik motor ngan kengkawan... okay... tadi aku nak share sebenarnya banyak lagi kenderaan yang korang boleh gunakan masa beli dekat drive-thru...

1. Beca


 2. Traktor

3. Unta


4. Kereta Kebal


5. Kereta Lembu


6. Basikal


7. Kereta Kuda


8. Kerusi Roda Elektrik



 9. Penyapu Terbang (kalau kau hadoooo)


banyak lagi kenderaan yang korang boleh gunakan untuk drive-thru... jangan lah batak sangat okay!!!


moral: jangan jadi bangang keje nak gelakkan orang... nanti kau pulak kena bahan... macam manusia jakun uwekkk...

07 September 2015

AWAS: AKIBAT SETELAH 5 TAHUN BERKAHWIN

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat selalu...
tajuk entri tak nak kurang... haha jangan marah haaaa...

Dulu sebelum kawin...
mana ada ni...
sekarang dah ada 3 orang anak...

Dulu... apa pun tak tau...

menu masa tahun pertama kawin ni je yang boleh dimasak

ini pun menu masa tahun pertama kawin

Boleh la buat makan family...

ni pulak lepas dah 5 tahun kawin


Antara sebahagian menu yang boleh dimasak untuk keluarga kecil aku..
kawan-kawan atau tetamu yang datang...

Dari tak reti nak memasak sangat... sekarang kira boleh lah... 
hasil google kat internet...

I hope after 10 years married i can make a beautiful cake with decoration like this...

Ini cita-cita i okay!!!

P/s: tq husband... sebab selalu layan i shopping barang untuk main masak-masak hahaha... husband i pun makin comel lepas 5 tahun kawin (sila jangan muntah okay!!!)




04 September 2015

PROMOSI ISTIMEWA GRAND LEXIS (WATER CHALET)


Grand Lexis satu-satunya tempat percutian yang memiliki private pool dalam bilik...
buat muslimah boleh la mandi manda tanpa segan silu... he3

Klik pada gambar untuk details...
tempahan secara online juga bakal dapat harga istimewa!

Yeay!!!

01 September 2015

BERGEDIL ROTI SARDIN


Assalammualaikum

Bergedil roti sardin ni setanding je rasanya dengan bergedil sardin atau bergedil kentang ayam...

Jom cuba!

Bahan-bahannya:
Roti putih
Sardin tin
Bawang besar
Daun bawang/ daun sup
Lada sulah/ lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Telur untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
Carik kecil roti
Letakkan di dalam mangkuk
Masuk kan sardin dan kuah sardin secukupnya
Bawang besar yang dimayang halus
Daun bawang yang dah diracik
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
Gaul sebati...

Kemudian bulat-bulatkan dan ditekan sedikit...
celupkan dalam telur yang dah dipukul... hingga menyaluti seluruh bergedil...
goreng dalam minyak banyak(deep fry)
Hingga kekuningan... angkat dan toskan... 
tadaaaa sedia untuk dimakan...

P/s: bagi yang buat bergedil untuk berniaga... saya cadangkan gunakan bawang goreng atau bawang yang ditumis... untuk jadikan bergedil tahan lebih lama... kerana bawang bersifat asid...

31 August 2015

13 LOKASI MENARIK YANG MESTI DILAWATI DI SABAH

Assalammualaikum

kali ni perkongsian mengenai negeri sabah pula ye...

jom layannnn














SUMBER: Facebook Homestay Kundasang Rosewood Home Cottage

HARGA MINYAK TURUN SEPTEMBER INI


zoom in ok

Harga minyak di jangka turun
------------------------------------
Rakan niaga, berkuatkuasa jam 12.01 mlm ini (1 sept 2015), harga baru dipam adalah seperti berikut :
Ron97 -RM2.35/lt (dgn GST)
Ron95 -RM1.95/lt
Diesel - RM1.80/lt

6 KELEBIHAN JIKA SUAMI PANDAI MEMASAK

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat dan bahagia selalu...

Kebiasaannya... lelaki sering mengharapkan jika sudah berkahwin kebiasaannya isteri lah yang mesti tahu memasak...

Sebenarnya...
jika suami pandai memasak juga adalah satu kelebihan...

Paling sengkek reti masak telur haha... ok la kan... daripada tak tau apa-apa...

Antara kelebihan jika suami tahu memasak:

1. Boleh bantu isteri jika isteri penat.
2. Boleh memasak makanan buat isteri ketika berpantang.
3. Tak perlu nak kejut isteri jika lapar tengah-tengah malam... masak je sendiri...
4. Salah satu teknik memujuk isteri jika beliau merajuk... sejuk hati isteri jika suami boleh masak menu special haha....
5. Isteri dan anak-anak dapay merasa air tangan suami.
6. Simbol lelaki sejati haha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...