GENG LENSA HIDUP

28 February 2010

TAUTAN HATI IKATAN KASIH

ceritera cinta baru bermula
lihat semua bintang di angkasa
ada berapa??
bisa kamu kira???
sayang aku pada kamu
bisa kamu hitung??
nah aku biarkan kamu hitung....
mungkin tak sudah-sudah

lihatlah foto tanpa bicara
tanda hati telah dipunya





















bukanlah wanita jika tidak setia....
bukanlah lelaki jika jatuh cinta hanya sekali....

26 February 2010

YE KE POLITIK ITU KOTOR???

salam...
selamat menyambut hari kelahiran junjungan kita nabi Muhammad s.a.w....

aku nak komen sikit...
bila jalan-jalan bace blog insan lain...
macam-macam aku jumpa...
ada yang kata politik tu kotor...
politik ni itu dan ini...
kamu sedar???
zaman rasulullah sudah ada politik
baginda juga berpolitik
cuma istilah arab mereka panggil siasah
mereka bebas berpolitik di mana-mana
kenapa aku kata begitu???
politik itu sebahagian dari ISLAM

apabila kamu sebut ISLAM
ia mencakupi segala aspek kehidupan dan relevan sepanjang zaman

lihat...
dalam ISLAM ada
SAINS
MATEMATIK
FALSAFAH
SIASAH
EKONOMI
dan sebagainya

jika kamu kata kamu ISLAM...
kamu mesti jalani itu semua...
memilih yang hak dan menolak yang batil...
siapa pun kamu...
penjawat awam???
pekerja bawahan???
peniaga???
pelajar???

sungguh manusia itu tidak sempurna
tetapi wajib bagi setiap manusia menyampaikan dakwah biarpun mereka tidak sempurna

mana mungkin kamu kata politik itu kotor???

kalau ISLAM tidak mengizinkan politik..
mengapa ada balasan bagi seorang PEMERINTAH??
di hari akhir nanti...
balasan bagi pemerintah yang zalim dan adil...
ada bukan???
cuba kamu lihat buku-buku agama yang ada...

bila kamu lihat ADIL
adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya
WARAK pula???
semestinya menjaga....

seorang pemimpin yang mahu kita pilih mestilah miliki sifat warak...
contohnya....
menjaga perilaku diri sendiri dengan baik...
menjaga perilaku isteri dengan baik dan menasihati
menjaga keluarga...
kemudian baru boleh pergi lebih jauh...
menjaga negara....
menjaga rakyat....
menjadi pemerintah kepada mereka

adil pula....
meletakkan sesuatu pada tempatnya...
ingat... adil bukan bererti sama rata....
pemimpin yang baik dan adil...
perlu dengan senang hati melihat rakyat yang berlainan agama mengamalkan agama mereka...
tanpa diganggu...
tanpa provokasi...
sesuai dengan tindakan baginda Muhammad s.a.w suatu ketika dulu
dan situasi adil lain yang boleh dijadikan contoh...

sekian, segala yang baik datang dari ALLAH S.W.T
segala khilaf dari aku
jika terdapat sebarang kesilapan... sila berikan teguran... =)

25 February 2010

APA CERITA NI... KATA UNTUNG SANA SINI

MAS diumumkan mencatatkan keuntungan RM 610 juta, Proton syarikat yang tradisinya mencatat kerugian saban tahun sebelum ini dilaporkan turut mencatat keuntungan. 


Petronas yang selama ini menjadi 'lubuk duit' kerajaan 1Malaysia sudah dijangka terus meningkat dari segi keuntungan. 

Bila banyak untung maka sepatutnya banyak le kerajaan 1Malaysia menuai hasilnya sama ada dari segi cukai atau 'pinjaman boleh ubah'.

Bila dah banyak untung maka sepatutnya ekonomi negara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu juga dengan indeks komposit yang terasnya hasil komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit juga menunjukkan peningkatan harga di pasaran semasa.

Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Harga minyak dalam negara dijangka hanya menunggu masa yang sesuai untuk dinaikkan. 

Harga tarif elektrik diumumkan ditangguhkan kenaikannya buat sementara waktu. Maknanya naik tetap naik. Paling lewat selepas pilihanraya umum ke 13. 

Kemenangan besar Barisan Nasional bermakna 'lesen' kepada kerajaan untuk menaikkan apa-apa yang ditangguhkan sebelum ini. Maka kalau nak merasa ' nikmat' kenaikan kos sara hidup ' Undilah Barisan Nasional'.

Dalam situasi yang lain perbelanjaan dan kedudukan kewangan kerajaan menunjukkan situasi yang membimbangkan. Perbelanjaan mengurus yang diluluskan dalam belanjawan sebelumnya dipotong sehingga dua kali ganda seperti perbelanjaan untuk institusi pendidikan.

Dalam pada itu, hari ini Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan ekonomi negara menguncup 1.7 peratus. Tetapi menurut pandangan beberapa pakar ekonomi sebenarnya kadarnya lebih tinggi lagi.

Jadi persoalannya yang untung sini sana tu mana pergi duitnya?
Celik lah wahai rakyat jelata...
Jangan tidur lagi...

YANG MANA SATU LEBIH BAGUS

salam...
entri kali ni menyentuh mengenai apa???
yup...
keberkesanan pengambilan ubat...
keberkesanan pengambilan makanan tambahan
seperti multivitamin dan sebagainya...
bila kita sentuh mengenai ubat...
apa kamu semua fikirkan???
dalam bentuk tablet???
cecair???
gas???

mana satu lebih cepat bertindak balas???

semestinya dalam bentuk cecair dan gas...
pengambilan makanan tambahan dalam bentuk cecair adalah lebih baik berbanding tablet.....
pengambilan ubat dalam bentuk cecair adalah lebih baik...
kenapa ye....
cuba kamu lihat antara cecair dan tablet mana satu lebih mudah meresap???
semestinya cecair bukan???
sudah tentu lebih cepat mendatangkan tindak balas dengan tubuh manusia...

buktinya....
apabila seorang pesakit mula bertindak balas dengan ganas.... huhuhu
doktor akan berikan suntikan ubat penenang pada pesakit itu...
ya...
suntikan dalam bentuk cecair...

healer untuk pesakit asma dalam bentuk cecair...
dan disedut dalam bentuk gas oleh pesakit...
kemudian mereka akan lega....

cecair lebih mudah meresap di dalam sel tubuh manusia
dan memberikan kesan yang lebih pantas

mesti lihat...
sekiranya anda mahu membeli produk makanan tambahan di pasaran
sila pertimbangkan....
jenis produk
cecair atau tablet...

semoga lebih berinformasi =)

24 February 2010

KIBLAT KOTA

pada ketika ku buka kembali
sejadah tersimpan lama
dalam almari leka
yang pernah menyuluh setiap langkah ku
keluar dari kamar hidup
menuju ruang nafsu
betapa kusutnya baldu puisi
yang pernah mencatat iman
anak desa yang berniat suci
datang ke kota
tapi alpa
di hadapan kiblat metro
yang bersinar kelabu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...