GENG LENSA HIDUP

28 May 2014

VAGINAL REPAIR UNTUK KEPUASAN SEKS

Assalamualaikum 

semoga semuanya sihat selalu...

kali ni aku nak share mengenai kesihatan wanita... yang aku selalu ikuti daripada Doktor Hamid Arshat... yang memang terkenal sebagai pakar sakit puan yang berjaya... 

vaginal repair

adalah satu bentuk pembedahan kecil bagi menguatkan otot-otot faraj.... selain itu ia juga dipanggil sebagai pembedahan 'pelvic floor repair' PFR... dimana kebanyakan wanita di negara lain melakukannya untuk meningkatkan kepuasan seks.

biasanya akan dilakukan sebagai 'day surgery' iaitu masuk pagi balik petang... tempoh untuk pulih adalah sekitar 4-6minggu seperti luka besalin...

anggaran kos untuk pembedahan ini adalah sekitar RM4500-Rm6000 depends pada hospital.... kelebihan lain jika melakukan pembedahan ini... ialah perbaiki kawalan kencing iaitu penyakit mudah terkencing jika batuk... (stress incontinence)

hukum di sisi agama adalah harus... untuk memelihara dan mengeratkan hubungan suami isteri... juga bagi meningkatkan kualiti kesihatan...




27 May 2014

NAMA ANAK

Assalammualaikum...

mengikut Islam keutamaan bagi meletakkan nama anak adalah bapa... letak nama anak yang baik-baik... okeh.... aku nak share sejarah macam mana kami suami isteri pilih nama anak...

masa anak pertama kita orang jangka... dapat anak perempuan... so my hubby ni senyap-senyap dah pilih nama baby haha... aku masih rileks lagi... even dalam kepala dah ade fikir nak letak nama apa...

tetiba hubby cakap... ok tak letak nama baby... HANIFA RASYIDA.... aku kan nakal... mesti la hubby aku kena sakat... fuyooooooooo senyap-senyap dah fikir nama baby ye... my hubby sebenarnya exsited nak dapat baby... walaupun dia masih cover2 exsited nye tu...

lepas tu bila dah final scan... doktor cakap BOY...
my hubby dan dan terus mesej my sister in law... along... dalam mesej dia taip 'lelaki' haha... so kecoh la... ingatkan aku dah bersalin... padahal baru scan je pun... (nampak kan exsited nye dia)

then hubby pun dok la bagi senarai nakletak nama anak apa...
aku actually nak letak anak nama RIYADH

my hubby tah macam-macam nama yang dia senarai
AHMAD DURRAH
AHMAD MAHDI
AHMAD AL MAHDI

akhirnya letak AHMAD AL MAHDI (yang terpuji dan yang mendapat petunjuk)

tah ape lagi... aku pun dah lupa...
then my second baby pulak... aku dah standby nama.... kalau lelaki nak letak AHMAD AL MUQRI then kalau girl nak letak IMAN AL LAIQA

lagi sekali my hubby senyap-senyap dah pilih nama.... NUR ALISHA... tapi sebab tak nak hampakan bini dia... dia setuju tambah IMAN... so jadilah NUR IMAN ALISHA... (cahaya kepercayaan dalam lindungan Tuhan)

aku pun tak kisah sebab maksudnya bagus2 je... so happy lah kami anak-anak dah ade nama... ni pun my hubby teringin nak baby lagi kot... OMG... fenin ana fenin =P

sekian... luv u dear... sayang nak buat surprise untuk besday my hubby dan anniversary kami yang ke 4 yang jatuh pada tarikh yang sama 29 zulkaedah.... 

mission: booking 5 star hotel dan deal untuk buat surprise... nantikan entri akan datang =)



TIPS MUDAHKAN KELAHIRAN

Assalammualaikum...

base on my experience... banyak cara yang orang selalu share dah kat blog.... untuk mudahkan kelahiran... pada aku... paling penting adalah...

1. kemaafan daripada suami
ni lah perkara paling penting... sama ada ibu hamil itu sendiri selalu minta maaf pada suami.... ye la... bimbang suami ade berkecil hati ke... terasa ke... dengan kita... ataupun suami tu sendiri mesti sentiasa berlapang dada dan sentiasa memaafkan isteri... pada aku ni sangatlah penting...

my hubby always said "bini abang tak de dosa ngan abang... semua abang maafkan" fuhhhh lega aku =)
hak hak... al maklum la... kan bini kadang-kadang nakal sikit... dan macam2 lagi perangai masa ngandung ke... masa tak ngandung ke....

2. kemaafan daripada insan lain
terutamanya... ibu... ibu mertua... ayah... ayah mertua... orang yang dah buat jahat dengan kita tak payah la pegi nak mintak maaf pulak... huhuhu...

3. aktif
banyak bersenam, buat kerja rumah... terutamanya untuk bahagian pinggang ke bawah... rangka pelvik kita kena sentiasa mudah meregang.... untuk mudahkan kepala bayi turun dan engage... bagi memudahkan kelahiran... (bersama dengan suami juga jangan lupa) hu3... tapi biasanya suami sendiri yang akan rasa kesian untuk bersama dengan isteri jika isteri tengah sarat haha...

4. urutan daripada suami
sangat penting... untuk pastikan isteri dapat tidur yang cukup semasa dihujung kehamilan... maklum la... takut tetiba rasa nak beranak pulak... nanti takut kurang rehat... then ta de tenaga nak push... kan susah jadinya...

my hubby selalu tak leh nak tido... bila ujung-ujung kehamilan aku... sebab aku pun susah nak tido... pusing kiri pusing kanan tak boleh jugak nak tido sebab lenguh... dan kurang selesa.... biasanya... my hubby la yang massage... pinggang... belakang... my hubby memang akan teman... even dah pukul 2,3 pagi.... sebab my hubby walaupun nampak rileks je.... tapi sebenarnya dia memang risau tengok bini sakit... 

5. berserah diri pada Allah
yakin yang Allah je yang boleh bantu kita pada saat melahirkan.... bukan sebab air selusuh atau ape pun... (aku memang tak percaya petua-petua ni... dan aku tak de amalkan langsung) doktor yang paling handal pun belum tentu mampu bantu kita jika bukan dengan izin Allah... so percayalah... hanya Allah je tempat bergantung n sha Allah semuanya ok...

aku share ni sebab dari anak 1st sampai yang kedua... aku memang tak lame dok dalam labour room... anak 1st sampai hospital kol 1.30pagi (1 syawal)... pukul 2.45 pagi aku dah bersalin...

anak kedua sampai hospital pukul 2.00 petang.... kol 2.41 petang dah bersalin... Alhamdulillah... my hubby tak teman pun cuma tunggu kat luar... dengan muka yang serius... 

cuma anak pertama aku penat sikit... dan tak berapa larat nak gerak... dan my hubby banyak tolong nurse nak pindahkan aku ke wad... sebab masa raya kan... staff kurang...  anak kedua... ok je keluar labour room boleh buat peace lagi kat hubby.... siap lambai-lambai.... 

masalah aku cuma takut nak pegang baby yang baru lahir... aku pegang pun masa susukan baby dan nak tkar lampin... tapi kalau kat umah biasanya hubby la yang buat sampai baby dah seminggu baru aku berani hahaha... mujur ade my miracle hubby =P

anak pertama aku AHMAD AL MAHDI BIN MOHD NOOR AIMAN


anak kedua aku NUR IMAN ALISHA BINTI MOHD NOOR AIMAN

yang kacak tu mewarisi bapak... yang cantik tu mewarisi emak... =P
bergabung meletopsss!!





AGAMA BAGI ORANG YANG TAMAK... ADALAH SEPERTI BERIKUT...

Assalammualikum

untuk kita-kita... yang punya Agama...
  1. Agama adalah suatu OBJEK yang indah. Maka ramailah antara kita belajar “keindahan” dalam agama.
  2. Ramai yang belajar hingga ke tahap Master dan PHD usuludin, syariah dan sebagainya.
  3. Akhirnya ramai juga yang menggunakan “unsur” keindahan dalam agama untuk mengaut keuntungan secara “TAMAK”.
  4. Maka digunakanlah perkataan “berbaur agama” seperti “pahala”, “sunnah nabi”, “syurga”, “suci”, “ikhlas”, “muamalat”, dan tidak lupa... “barang ini bagus Tuhan suka kalau kita beli ubat gigi ni sebab ada chop halal”
  5. Perkataan “berbaur agama” wujud ibarat cendawan tumbuh selepas berak diluar longkang surau-
  6. Perkataan “berbaur agama” seperti “pahala”, “sunnah nabi”, “syurga”, “suci”, “ikhlas”, wujud dalam melariskan insurans, melariskan kicap, melariskan institusi institusi kolej, melariskan restoran restoran...

KISAH USTAZ BERTUAN

saudi arabia...al azhar...ana ...anta...

Ustaz untuk yang benar-benar tulen
Ustat untuk yang jual agama untuk kepentingan sendiri

bila tanya ustat: “perlukah kita berkerja kuat untuk mencari rezeki?"
Ustat pun menjawab...tak perlu kerja kuat asalkan kita kaya pahala...
Ustat pun menjawab...tak perlu kerja kuat asalkan kita kaya ibadat...
Ustat pun menjawab...tak perlu kerja kuat asalkan kita kaya zikir...

Sedang dalam keadaan begitu,
ustat jugak goyang kaki dok kaut untung dari MLM.
jual segala macam produk atas nama agama
dah bacakan 30 juzuk al-quran
dah diselawatkan
dah macam macam dah...

Sedang dalam keadaan begitu,
ustat jugak dok kawen 4 (isteri semua umur 25 kebawah)
dah jodoh saya katanya...

Sedang dalam keadaan begitu,
ustat jugak goyang kaki dok menjual “signature”.
meluluskan restoran mamak yang kotor gila.
meluluskan status halal makanan untuk kita-kita...

sekarang ni ramai sangat mengaku ustat...
ya ustat bertuan.... takut dan bimbang nak tegakkan kebenaran...

p/s: nak saman Cadbury... ye??? kenapa tak saman JAKIM sekali... sebab cuai tak ambik sampel produk tiap-tiap hari untuk diuji... atau pun at least sebulan sekali.... ok tak??? ujilah produk yang ade tu.... apa guna pegawai-pegawai yang ada... kalau tau conteng 'signature' saje...


26 May 2014

WAHYU TENTANG KEBODOHAN MANUSIA

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat je ye...

Manusia.... Oh... Manusia...

Manusia dilahirkan dengan sifat sejati iaitu BODOH. Walau siapa pun manusia itu, tanpa mengira pangkat, keturunan, asnaf, salasilah, lelaki mahupun perempuan, sifat yang dibekalkan dalam diri adalah BODOH....

Faham?? BODOH

wahyu pertama adalah mengenai kebodohan manusia.
Maka Allah ajarkan supaya "BACALAH"
kerana membaca adalah teknik pertama untuk mengenal ilmu.

Maka dalam bahasa yang sangat mudah ialah "Dah tau bodoh, pergi la baca"

Bodoh boleh diubah kepada bijak, sekiranya manusia ada rasa rendah diri mengenai kekurangan ilmu.
Tapi kalau "bodoh sombong", wahyu turun pon tidak mampu mengubah kebodohan....


HOTEL UNIK DI DUBAI

The Burj Al Arab Hotel in Dubai

Helix Hotel: Dubai's 

Code Unique Hotel Dubai 

Apeiron Hotel - Dubai

Underwater Hotels Dubai

ohhh banyak lagi hotel-hotel unik kat dubai ni...
memang terbaik...
dan masuk ranking top 10 hotel mewah dan unik...







SIAPAKAH SEBENARNYA PENGASAS TERLAJAK... LARIS?


TUDUNG PINK...
ANTARA ANGGOTA KUMPULAN SOLEHAH... RUPANYA...

YANG PERNAH JADI MODEL SUNSILK
ini la rupanya isterinya...



PENGASAS D'HERB TERLAJAK LARIS NI RUPANYA ANAK ROZITA IBRAHIM...
PENGASAS SENDAYU TINGGI...


OMG... AKU BARU TAU...
HEHE
ZASSSSSSSSSS =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...