GENG LENSA HIDUP

24 July 2014

LATIH ANAK KE TANDAS

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... bila dah ada anak... mestilah ita akan berusaha untuk lakukan yang terbaik buat mereka... bila sampai masanya of coz la kita nak latih mereka untuk kencing dan poo poo di tandas... ye tak??

anak aku 1 syawal ni cukup 3 tahun...

sebelum ni....
aku dah pernah ajar dia untuk tak pakai lampin pakai buang... tapi tak berjaya... dan sekali dua dia terkencing aku dah rasa penat huhuhu... then aku pakaikan dia semula lampin pakai buang...

tetiba Ramadhan ni aku teringin nak tengok ada improvement pada Ahmad Al Mahdi... so aku pun biarkan dia tak pakai lampin pakai buang.... Ahmad cakap "caya dah pakai cepender pak ngah"

alhamdulillah...
berkat Ramadhan... cuma sekali je dia terkencing... dan seterusnya dia dah boleh bagi tau masa bila nak kencing atau tak...

yang kelakarnya...
siap boleh jenjalan pergi bazar ramadhan... Ahmad siap cakap kat abang jual satey "caya pakai cepender"
hahaha senyum simpul abang tu...

Tips: cuba beberapa kali pada peringkat awal memang akan ade babak "terkencing"... dan ini akan jadii lebih mudah jika anak dah reti bercakap...

ahmad al mahdi

23 July 2014

GO KHALID IBRAHIM GO!!!

Assalammualaikum...

aku nak share rasa tak puas hati aku.... apesal la tetiba si Anwar umum bini dia bakal MB baru Selangor... gua memang tak leh terima...

Khalid Ibrahim dipilih sebagai MB sebab rakyat selangor yang nak... sebab kualiti pengurusan pentadbiran beliau....

ni tak pepasal Anwar dok umum bini nye.... adohai... choiii la... nampak sangat nak soh anak beranak dia je pegang jawatan... haishhh...

aku tak kesah kalau ko nak buat Parti.... ko nak soh kaum kerabat ko masuk ke hape... tu urusan ko lah... ko nak ada penyokong ke... tak de penyokong ke.... terpulang...

tapi untuk isu MB ni melibatkan rakyat dan kepercayaan rakyat.... bukan boleh wat main-main... 

GUA RASA CHOIII SANGAT!!!

sekian

DOA MELAKNAT ZIONIS

Assalammualaikum....

musim Palestin berperang ni... ramai lah yang berdoa melaknat zionis...

jangan lupa selitkan juga... doa... mintak hapuskan juga...
pemimpin-pemimpin yang korup...
raja-raja yang zalim...

bukan setakat peringkat negara je...
malah peringkat dunia juga...

pemimpin yang sibuk mengetengahkan masalah Parti bukan masalah rakyat...
pemimpin yang sibuk membelanjakan wang rakyat untuk kesenangan sendiri...

jika tidak mereka bakal mendatangkan bala' di masa hadapan...

22 July 2014

PESANAN ORANG TERKAYA


Inilah Orang terkaya no 4 di dunia tahun 2013, Warren Buffet memberi nasihat: 


"Jauhkan dirimu dari pinjaman bank atau kad kredit dan melaburlah dengan apa yang kau miliki, serta ingat :

1. Wang tidak menciptakan manusia, manusialah yang menciptakan wang.

2. Hiduplah sederhana sebagaimana dirimu sendiri.

3. Jangan melakukan apapun yang dikatakan orang, dengarkan mereka, tapi lakukan apa yang baik saja.

4. Jangan memakai merk, pakailah yang benar˛ nyaman untukmu.

5. Jangan habiskan uang untuk hal-hal yang tidak benar-benar penting.

6. With money:
You can buy a house, but not a home.
You can buy a clock, but not time.
You can buy a bed, but not sleep.
You can buy a book, but not knowledge.
You can get a position, but not respect.
You can buy blood, but not life. So find your happiness inside you.

7. Jika itu telah berhasil dalam hidupmu, berbagilah dan ajarkanlah pada orang lain.

"Orang Yang Berbahagia Bukanlah Orang Yang Hebat Dalam Segala Hal, Tapi Orang Yang Bisa Menemukan Hal Sederhana Dalam Hidupnya dan Mengucap Syukur"

Semoga bisa menjadi orang yang berkelimpahan. Berlimpah iman, ilmu, amal, harta dan manfaat untuk sesama. Aamiin.




copy & paste daripada teman FB...

dewasa ni ramai yang teringin nak hidup senang atau nak nampak senang... dengan berhutang... renung-renungkan....

WAN AZIZAH DIUMUM BAKAL MB SELANGOR

SHAH ALAM - PKR menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR mencapai keputusan itu selepas selesai mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi, lapor sebuah portal.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wan Azizah yang juga Presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor.

"Nama yang dicadangkan adalah Wan Azizah selaku Presiden parti dan saya percayai ia mampu beri gambaran kestabilan kepada PKR dan PR," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Laporan itu dipetik, Anwar mengakui mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai isu Menteri Besar Selangor dan keputusan yang diperoleh adalah mengemukakan Wan Azizah sebagai calonnya.

"Jadi konsensus tadi (semalam) ialah untuk terus dengan keputusan awal (Langkah Kajang) dengan kemukakan satu nama kepada Majlis Pakatan Rakyat.

"Proses itu akan dibawa kepada Majlis Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan pengumuman tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu di negeri Selangor yang semakin meruncing.

"Tapi kita rasa kena ada langkah tambahan untuk selesaikan isu panas dan legakan kegelisahan rakyat dan menarik kembali keyakinan kepada PR," katanya.

Anwar bagaimanapun dilaporkan tetap memuji pentadbiran Abdul Khalid yang dilantik menteri besar untuk penggal kedua tetapi menegaskan perubahan perlu dilakukan.

"Pertama kita akui, prestasi itu membanggakan dan menghargai jasa Abdul Khalid mentadbir serta banyak rekod yang boleh dibanggakan," katanya.

Menurut Anwar, pertemuan malam tadi juga bagi menjelaskan mengenai perkembangan terakhir "Langkah Kajang" yang pada awalnya diambil untuk menukar kepimpinan di Selangor.

"Jadi malam ini, kita teruskan pertemuan dengan ahli pimpinan baru, ketua cabang baru serta pemimpin PKR lain.

"Kita adakan pertemuan ini bagi beri ruang untuk dapatkan penjelasan dan maklumat terakhir mengenai Langkah Kajang," katanya.

Isu Menteri Besar Selangor panas sejak selepas PRU13 dan tidak selesai sehingga kini.

Abdul Khalid kehilangan sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik semula menjawat jawatan nombor satu itu untuk penggal kedua.

Anwar minggu lepas juga memberi isyarat PKR sudah memiliki pengganti menteri besar baharu.

Nama Dr Wan Azizah sebelum ini juga dikatakan akan mengisi jawatan tersebut.

Sementara itu, isu jawatan Menteri Besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas PRU13.


SINAR HARIAN

* semua pemimpin dok berebut kuasa OMG... donya akhir zaman...

TIPS KURUS DENGAN KURMA

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera... di akhir-akhir Ramadhan ini....

kurma adalah makanan sunnah... so apa kata kita manfaatkan penggunaan buah kurma semaksimum mungkin...

beli stok kurma dan pastikan kurma sentiasa ada di rumah anda...
jangan terlalu obses dengan oat... atau apa-apa bijirin tinggi serat yang diiklankan dalam TV... kita umat Islam miliki makanan sunnah sendiri yang sangat tinggi khasiatnya...

mulakan... 
dengan menggantikan makan malam anda.. dengan 3-7biji buah kurma.... amalkan setiap hari.... dan lihat hasilnya... selama sebulan...

kemudian...
anda boleh ambil kurma sebagai sarapan pagi anda.... dan segelas susu panas...

hanya ambil nasi/mi/pasta/roti pada waktu tengah hari... dan pastikan cara pemakanan ini konsisten... dan anda boleh lihat hasilnya...

INGAT!!!
jangan bimbang jika anda ada diabetis... kerana kurma mengandungi gula ringkas yang mudah diproses... sangat baik untuk yang mengalami smebelit... sangat bagus la pendek kata =)

antara khasiat kurma adalah mengandungi potassium yang tinggi... serat yang tinggi... gula ringkas.... 

JANGAN lupa... amalkan gaya hidup aktif setiap hari agar dapat membakar jumlah kalori yang disasarkan... ape lagi??? jom cuba!!!


WITH MONEY YOU CAN BUY...


You can buy a house, but not a home.
You can buy a clock, but not time.
You can buy a bed, but not sleep.
You can buy a book, but not knowledge.
You can get a position, but not respect.
You can buy blood, but not life. So find your happiness inside you.

ALL THESE ARE TRUE... JUST CHOOSE YOUR RIGHT WAY...

21 July 2014

PESANAN... HIDUPLAH UNTUK HARI INI

Perkongsian kata-kata nasihat yang sangat menyentuh hati nurani...
- Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad.
- Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.
- Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.
- Jangan terlalu sibuk/ gila mcari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Tuhan. Berusaha tapi bukan hingga mengabaikan yang sepatutnya.
- Sentiasa peluk cium anak-anak, pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.
- Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll...Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. Walaupun meeting, at least cakap 'saya meeting'. Jangan biarkan panggilan tak berjawab. Sekali lagi... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.
- Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.
- Ketahui pakaian yang dipakai pasangan / anak-anak sebelum keluar. Ramai yang tak mengambil berat perkara ini. Malang tak berbau kan?
- Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara tak langsung (tanpa sedar sebenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata...hak dalam membuat ekputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.
*JANGAN INGAT KITA MASIH ADA ESOK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...