GENG LENSA HIDUP

30 August 2014

SUAMI BAKAR DRESS ISTERI

Assalammualaikum...

tajuk tak leh blah... nak melawo biar mase depan laki... cewahhh ayat... propa je...


aku beli dress kat atas ni... haha niatnye saje la nak tambahkan koleksi baju... nak buat pakai gi open house mase raya hari tu.... aku pun tunjuk la dress tu kat hubby... my hubby cakap "tu nak mintak kena bako" hahahah...

aku pun cancel la niat nak pakai gi open house... aku tak sure sebab ape hubby aku tak bagi pakai gi bawak berjalan... may be dia tak bagi sebab color terang sangat... atau dia takut kain tu jarang al maklum material dia chiffon... even full lining... tapi masih kena pakai inner lagi...

hubby lagi suka aku pakai jubah atau baju kurung... if pakai seluar kena match dengan t-shirt labuh, dia tak bagi orang lain tengok bentuk badan bini dia lettew... =)

hahaha... aku gelak-gelak je... hubby aku buat muka serius... (my hubby... kalau dia tak berkenan kat baju bini kesayangan dia ni... harus la dia tegur awal-awal sebelum keluar...) aku tak banyak songeh terus tukar... sebab malas nak dengar orang pendiam membebel... kih3

so...
aku decide... untuk pakai masa kat umah je... hah ambik ko... bergaya la bagai... tu yang jiran-jiran siap tanya gi triang ke tadi? haha aku jawab... "tak de lah... dok umah je dari tadi"

kemain lawa dok umah... (jiran aku cakap la)

"kite memang gitu..." dok umah siap pakai perfume, lip ice share color, dress bagai... skirt bagai... peplum... baju tido pun harus lah ade kartun-kartun... (my hubby layan je... janji aku tak overdress mase kat luar) kuang-kuang

ni aku baru usyar koleksi baju tido baru ade cartoon panda, mickey, memang cun dan cantik... dah bagitau hubby ai nak beli kih3.... tak sabo kite =)


itulah tanda suami sayang isteri & isteri sayang suami


Wahai muslimat2 yg dimuliakan Allah swt,jika kamu sayangkan suamimu,tutup lah aurat dgn sempurna
Jangan disebabkan kerana kamu suami, kamu terpaksa menanggung azab siksa di NERAKA kelak.

Wahai para suami, AURAT isterimu merupakan tanggungjawab kamu,didik dan bimbinglah mereka dgn sempurna.
INGAT!!!!
Suami yg takut atau tidak mahu menegur kesilapan dan kesalahan isteri adalah lelaki DAYUS.
Dan tempat seorang lelaki dayus ada lah di NERAKA jahanam.
wahai si isteri sayangkan suami kamu jagalah aurat kamu....
Nauzubillah min zaliq....


28 August 2014

FELDA MENGKARAK 01

Assalammualaikum..

huhihuhi... semoga semuanya sihat sokmo....

Felda Mengkarak... tak de la popular sangat... hang pa tau dak Felda Mengkarak tu kat mane? kat Pahang Darul Makmur...

nak sampai Felda Mengkarak... lalu Manchis atau melalui Felda Bukit Mendi... Chemomoi dan lain-lain felda yang ade sepanjang jalan yang jauh... fuhhh (boleh guna GPS) just taip Felda Mengkarak...

serius...
mula-mula aku masuk sini ikut hubby aku... giler jauh aku rasa... kematu seyh dok dalam kereta... kih3... tapi kat sini best... sebab damai je... bebas daripada pencemaran bunyi... budak-budak muda dok rempit-rempit pun tak de...

cuma agak jauh dari dunia luar... cewahhh... tapi yang best nye 2 jam je nak gi KL... huhiiii =)

pekan paling dekat adalah Triang...

hospital yang paling hampir adalah Hospital Bentong(jalan bengkang bengkok la) atau Hospital Temerloh... nak gi Genting pun dekat dah... Fraser Hills... dan beberapa lagi lokasi percutian lain...

Caravan serai... Eight Acres... Tasik Bera... Janda Baik...

ok... nanti aku cite lagi na...

babai...

ahmad & icha main lari-lari bawah pokok jambu...

kat sini luas kawasan anak-anak nak bermain... =)



27 August 2014

PAKEJ LANGKAWI RM120 UNTUK 2 PAX

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat ye... nak bawa family jalan-jalan? aku rasa selalulah check my deal... sebab memang berbaloi...

aku penah beli produk kat Mydeal... rak kasut... dan tak de masalah penipuan ke ape... so MY Deal antara page yang boleh dipercayai... he3

ni pakej untuk ke Langkawi (hanya tempat tidur) 2D 1N for 2 person.... klik link bawah ni...


ferry transfer ke dan lain-lain kenderaan kena sedia sendiri la... kalau korang balik kat page nye memang agak mahal daripada pakej... so grab cecepat sebab TAWARAN NI ADE TIME LIMIT =)

HAPPY HOLIDAY GUYS!!!




26 August 2014

ICHA FEAT AMY SEARCH



bagai la budak ni tengok tv... botol air pun boleh jadi mikrofon...
mase ni amy search tengah nyanyi skali ngan awie...

haishh rugi mama tak snap skali ngan TV...

nur iman alisha 1 tahun 4 bulan =)

ZIONIS MUSNAH MASJID SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa seluruh umat Islam bangkit menyelamatkan masjid-masjid khususnya Gaza. 

"Jihad besar-besaran mesti digerakkan untuk melindungi masjid di Gaza," tegas presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sehingga memusnah lebih 65 masjid adalah terkutuk dan masyarakat dunia perlu bertindak tegas untuk menghukum entiti haram Israel sebagai negara penjenayah.

Katanya lagi, kemusnahan sepenuhnya sebuah Masjid Umar Abdul Aziz dalam serangan semalam adalah masjid yang telah dibina daripada sumbangan 100% oleh rakyat Malaysia yang diusahakan pihaknya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sehingga memusnah lebih 65 masjid adalah terkutuk dan masyarakat dunia perlu bertindak tegas untuk menghukum entiti haram Israel sebagai negara penjenayah.

Kemusnahan sepenuhnya sebuah Masjid Umar Abdul Aziz dalam serangan semalam adalah masjid yang telah dibina daripada sumbangan 100% oleh rakyat Malaysia yang diusahakan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). 

Sebelum ini sebuah musolla yang juga dibina oleh Mapim juga hancur sepenuhnya dibedil oleh rejim zionis Israel. Sebuah lagi masjid Mapim iaitu Masjid Nasr juga rosak dibom oleh rejim Israel.

Masjid Umar Abdul Aziz yang telah terbina setahun yang lalu merupakan salah sebuah dari 9 masjid yang telah dibina melalui kutipan dana oleh Mapimsejak 2010.  

Sumbangan yang dikutip melalui kempen di seluruh negara adalah sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk membantu membina semula Gaza bermula serangan pada 2008/2009. Dalam serangan rejim Israel ketika operasi 2008/2009 itu 32 masjid musnah sepenuhnya.

Masjid Umar Abdul Aziz merupakan masjid yang telah dimusnah dalam operasi Operation Cast Lead 2008/2009 oleh Israel. 

Mapim telah didatangi oleh Persatuan Islam Bait Hanoun, Gaza dan memohon bantuan agar masjid ini dapat dibangunkan semula. Mereka memaklumkan bahawa masjid tersebut amat bersejarah dan sangat penting untuk komuniti di daerah Bait Hanoun.

Dengan persetujuan Mapim, akhirnya pembinaan semula masjid ini telah dimulakan dengan cara menawarkan kepada sebuah masjid di Malaysia untuk menjadi masjid kembar kepada Masjid Umar Abdul Aziz. 

Sejak dari 2011, qaryah yang dipilih iaitu Masjid Al-Falah Subang Jaya bersama Mapim telah melancarkan  kutipan dana berjumlah RM1.9 juta dan masjid itu siap dibina dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Gaza Ir Ismail Haniyeh bersama dengan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Masjid Al-Falah Subang Jaya, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd Tahir pada Mei 2013.

Masjid ini telah diumumkan sebagai yang tercantik di Gaza dan ia menjadi batu tanda kehadiran Malaysia di bumi Gaza. 

Rakyat Palestin Gaza telah memberi perhormatan yang sangat tinggi kepada Malaysia hasil dari kejayaan Mapim mengambil inisiatif mengerakkan pembinaan masjid sehingga ia menjadi tali persaudaraan yang akrab antara masyarakat Malaysia dan Gaza.

Pemusnahan total akibat serangan 3 roket yang dilancarkan ke atas masjid tersebut telah menyebabkan Masjid Umar Abdul Aziz itu sekali terpaksa dibina semula dengan sumbangan umat Islam.

Mapim mengumumkan bahawa kami tidak akan membiarkan Israel membunuh semangat umat Islam untuk terus mempertahan dan membangunkan semula rumah Allah yang suci ini. 

Kami berpendirian bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami dan seluruh umat Islam untuk melancarkan pembangunan dan jihad melindungi masjid sehingga kehormatan masjid sebagai premis ibadat dipertahankan.

Mapim mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertamadun rejim Israel ini yang tidak boleh dibiarkan oleh masyarakat antarabangsa. Rejim Israel adalah jelas sebuah negara penjenayah dan perbuatannya yang melakukan jenayah perang ini tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum.

Kami menggesa kerajaan Malaysia tidak mendiamkan diri terhadap satu lagi jenayah yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza sehingga sekarang  masuk hari ke-48. 

Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil daya usaha yang lebih tegas dengan menyuarakan kutukan dan desakannya supaya agensi dunia tidak berdiam diri. Mendiamkan diri akan mengakibatkan pemusnahan yang lebih besar akan dilancarkan oleh Israel untuk menghancurkan banyak lagi masjid di Gaza.

Memusnahkan masjid-masjid di Gaza kini adalah agenda jahat rejim zionis Israel untuk melenyapkan syiar Islam dan cuba menghapuskan institusi agama yang merupakan pusat pembangunan masyarakat Islam di wailayah tersebut.

OIC perlu bertindak kerana antara tujuan kewujudannya bermula 1969 adalah untuk menjaga kemuliaan dan kepentingan Islam dan umat Islam. Kewujudan OIC bertitik tolak dari peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa, sebab itu sebarang pengkhianatan terhadap masjid dimana sahaja hendakalah ditentang sekeras-kerasnya. 

Adalah menjadi sangat memalukan ketika mana ratusan masjid di Gaza dibedil dan dimusnahkan.

Mapim menggesa seluruh umat Islam bangkit menyelamatkan masjid-masjid khususnya Gaza. Jihad besar-besaran mesti digerakkan untuk melindungi masjid di Gaza. - HARAKAHDAILY 26/8/2014

TIPS: SAYA MENGANDUNG LAGI!!!

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... dan bahagia di samping keluarga tersayang.... 

saya mengandung lagi!!!

arghhh!!!

relax... bertenang... jika anda disahkan mengandung lagi... dan orang pertama yang mesti tahu adalah suami anda... =)

supaya dia boleh bantu anda uruskan anak-anak yang lain... dan bantu anda lakukan kerja rumah... dan bantu la apa-apa yang patut...

jangan stress... dan pastikan pemakanan anda dalam kuantiti yang sepatutnya.. lengkap dengan karbohidrat, protein, zink, zat besi, potassium, serat, vitamin A, B, C dan lain-lain nutrisi keperluan ibu mengandung...

selain itu...
anda juga dah boleh rancang kewangan anda untuk menyambut orang baru... bila ade duit tak perlulah runsing ape yang nak dibeli... hihihi 

amalkan gaya hidup aktif... untuk mudahkan kelahiran... juga amalkan makanan sunnah... dan perispan rohani... supaya kandungan anda sihat dan sejahtera... 

elakkan percaya perkara yang karut marut... ok... ni tak... bila dapat berita mengandung je... abis semua perkara karut marut masuk dalam kepala...

badi haiwan tu yang tak tahan... haiwan tak de badi ke ape... dalam islam cuma ajar tak boleh aniaya haiwan... tak kira la ko tu mengandung ke tak... ko tu lelaki ke perempuan... sebab haiwan tu makhluk Allah jugak ok???

hentikan amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam... seperti lenggang perut, dan tah la... aku rasa macam banyak je... tapi sepanjang aku mengandung... aku tak pernah buat pun...

dan jangan takut untuk berurut... kalau ikut orang tua-tua dulu kalau urut tak boleh kat pinggang dan belakang bahagian pinggang... takut muka anak kemek katenye lah...

tapi pada aku tu semua tak betul... sebab kandungan kita Allah dah lindungi dengan bendalir amnion... (air ketuban) dan Plasenta(uri) untuk melindungi daripada sebarang hentakan... atau tekanan... setakat mengurut tu tak de masalah...

kecuali eksiden atau hentakan yang terlampau kuat... tapi apapun sebagai ibu kita perlu yakin yang Allah akan sentiasa lindungi anak dalam kandungan kita... disamping kita jaga apa yang patut...

nota: sepanjang aku mengandung... aku masih mengurut... aku pernah jugak minum air selusuh... seteguk la gitu... tu pun sebab hubby dah buatkan... tapi actually aku tak percaya tu semua... 

p/s: my hubby actually nak tambah baby baru... tapi hari buat UPT masih negatif... huhihi... my hubby dah senyum-senyum tunggu result hu3 sebab kat member2 dia... dia dah cite dia on the way untuk 3rd baby... =)

masa pregnant anak kedua

anak kedua nur iman alisha

anak pertama ahmad al mahdi ( tengah makan cupcake oren mama buat)

24 August 2014

LEBIH 300 JENIS HANDBAG DENGAN HARGA MURAH!!!

KAMI MENJUAL PELBAGAI JENAMA DESIGNER INSPIRED HANDBAG
ANTARANYA ADALAH FURLA, COACH, GUCCI, CHANEL, PRADA, CHISPAULO, OPPO, GUESS, MICHAEL KORS, CELINE BOSTON, DOLCE & GABBANA, DAN LAIN-LAIN

DARIPADA GRADE AA HINGGA 1:1 GRADE (LOOK LIKE ORIGINAL)


FURLA HANDBAG
RM160 FREE POS SEMENANJUNG

PRADA HANDBAG
RM65 FREE POS SEMENANJUNG


COACH HANDBAG
RM150 FREE POS SEMENANJUNG

3 IN 1 BAG
RM60 FREE POS SEMENANJUNG

MICHAEL KORS 3 IN 1
RM85 FREE POS SEMENANJUNG


RM55 FREE POS SEMENANJUNG

RM35 FREE POS SEMENANJUNG


GUCCI HANDBAG
RM120 FREE POS SEMENANJUNG



MICHAEL KORS HANDBAG
RM60 FREE POS SEMENANJUNG

MICHAEL KORS HANDBAG
RM70 FREE POS SEMENANJUNG

LV HANDBAG
RM70 FREE POS SEMENANJUNG


FURLA HANDBAG
RM70 FREE POS SEMENANJUNG


COACH HANDBAG
RM70 FREE POS SEMENANJUNG

BURBERRY HANDBAG
RM75 FREE POS SEMENANJUNG


COACH HANDBAG
RM70 FREE POS SEMENANJUNG

LV HANDBAG(BEG SAHAJA)
RM100 FREE POS SEMENANJUNG

CHANEL LE BOY
RM65 FREE POS SEMENANJUNG


CHISPAULO HANDBAG
RM85 FREE POS SEMENANJUNG

CHISPAULO HANDBAG
RM95 FREE POS SEMENANJUNG


CHANEL HANDBAG
RM45 FREE POS SEMENANJUNG

RM45 FREE POS SEMENANJUNG

DOLCE & GABBANA
RM50 FREE POS SEMENANJUNG

CHRISTIAN DIOR
RM65 FREE POS SEMENANJUNG

INI HANYALAH SEBAHAGIAN KOLEKSI KAMI
JOM LIKE & SHARE FB PAGE KAMI

WHATSAPP 0129552047

23 August 2014

TUDUNG DAN SHAWL MURAH!!!

Alisha Wide Shawl
RM12 
POS RM6 SEM/ RM9 SS

Bawal Bunga
RM12 
POS RM6 SEM/ RM9 SS


Bawal Bunga
RM12 
POS RM6 SEM/ RM9 SS



Bawal Bunga
RM12 
POS RM6 SEM/ RM9 SS



Bawal Bunga
RM12 
POS RM6 SEM/ RM9 SS


Bawal Bunga
RM12 
POS RM6 SEM/ RM9 SS

Bawal Bunga
RM12 
POS RM6 SEM/ RM9 SS



Bawal Aidijuma Bintang
RM15
Pos RM6 SEM/ RM9 SEMENANJUNG GAZA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...