GENG LENSA HIDUP

10 October 2014

7 PERKARA DIGEMARI MELAYU

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu

kali ni aku nak kongsikan berdasarkan pemerhatian aku mengenai melayu.... apa yang digemari orang melayu.... adalah...

1) Menonton Drama
menonton drama adaptasi novel. yang tak sudah-sudah berkisarkan perempuan malang berjaya kahwin dengan lelaki kaya atau kisah kahwin kontrak. benci gila-gila kemudian jatuh cinta.

2) Majlis Kahwin Besar-besaran
ini menjadi trend orang melayu. majlis bertunang besar-besaran. majlis kahwin nak buat besar-besaran. biar bergolok gadai. asal nampak gah. kalau nak bayar yuran sekolah anak kemain lagi liat. kalau nak bagi derma pun macam-macam excuse. itulah melayu.

3) Mentaliti Lapuk
anak-anak bercinta dengan si polan si polan bangga. sebab anak anda ramai yang suka. anak minta kahwin awal dikatanya gatal dan belum habis study lagi. dan dia belum merasa duit anak. hehe ini aku selalu jumpa.

4) Mudah Kena Tipu
suka nak jadi cepat kaya tanpa buat apa-apa boleh jadi kaya. dah banyak kali diingatkan. tapi masih ramai yang mudah tertipu dengan pelaburan duduk diam tanpa kerja apa-apa duit boleh berganda. belum lagi isu ditipu masa pilihanraya. haha.... mudah sangat percaya dengan janji manusia. janji Allah susah pulak nak percaya.

5) Kemaruk Teknologi
yelah aku faham korang baru kenal ape itu Facebook, ape itu twitter,apa itu whatsapp dan segala macam media sosial. tapi agak-agak la nak bersosial secara maya pun. jangan sampai orang cop kau tu jakun. sepanjang aku kenal internet sejak 1998. masa aku darjah 6. tak de pulak aku ni kemaruk sangat nak post atau publish sesuatu yang ala-ala dahagakan pujian atau dahagakan glamour hehe

6) Sukakan Hiburan
ni memang tak dapat disangkal lagi. kalau nak tengok orang melayu ramai. pergilah Jom Heboh. pergi lah siaran langsung raja lawak, maharaja lawak, siaran rakaman Hari Raya bersama Siti nurhaliza. dan kalau nak majlis ramai yang datang. panggil je artis.... nyanyi satu dua lagu.... confirm ramai datang. yang paling penting kalau dapat bergambar dengan artis suam-suam kuku pun dah suka hahaha. duduk dan ketawa terbahak-bahak. selain menyanyi bersama artis kegemaran.

7) Percaya Benda Karut
hahaha ni memang tak boleh blah... dalam pada maju denagn teknologi masih ada lagi yang percaya bila dengar bunyi gagak... tu tandanya ada orang nak meninggal.... kalau kawasan banyak gagak.... mesti hampir pupus orangnya ye.... sebab gagak kan suka sikit-sikit bunyi.... sikit-sikit bunyi.... suka percaya pada bomoh... percaya dengan istilah ketegur... dan lain-lain... pantang larang agama dah jatuh nombor dua. sebab lebih percaya pantang larang tradisi yang tiada bukti saintifik kebenarannya.. dan sangat suka hantu dan percaya pada hantu. termasuk filem-filem hantu. huhu

ni lah beberapa perkara yang digemari melayu.... biarpun bukan semua melayu suka.... tetapi inilah antaranya kebanyakkan melayu suka...

ok sekian =)






KELEBIHAN KAHWIN AWAL

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

isu kahwin awal... atau kahwin muda... sering menjadi bualan.... yup hakikatnya bayak kelebihan.... 

1) susah senang bersama
biasanya jika kahwin muda... dan sebaya.... ketika masih study atau baru mula membina kerjaya.... anda akan rasa.... susah senang bersama dan detik itu akan jadi manis bila anda dah mula meniti usia emas.... anda akan terkenang zaman mula-mula membina keluarga... sangat sweet =)

2) cepat dapat anak
jika Allah kurniakan anak awal... anda akan merasa anda masih muda untuk jadi nenek... hehe... anda masih muda anda dah ada anak bujang dan ada yang dah terima menantu... tak seronok ke?

3) kos belanja kahwin
jika kahwin awal kos belanja kahwin masih murah.... nak nak sebelum ada GST... haha so cepat-cepatlah kahwin...

4) menambahkan rezeki
janji Allah untuk yang berkahwin. rezeki akan bertambah. selagi kita ikut perintahNya dan tinggalkan laranganNya.... InSha Allah... jangan percaya cakap-cakap orang tunggu ada kereta... tunggu dah stabil tunggu itu tunggu ini.... sebab bukan orang tu yang kurniakan rezeki.... so jangan risau =)

5) pupuk rasa bertanggungjawab
semestinya suami akan bertanggungjawab pada keluarga.... cari nafkah dan berusaha untuk perbaiki kehidupan.... so... semua ni akan jadikan hidup seseorang tu bermatlamat dan sentiasa memberikan komitmen agar keluarga sejahtera.... seronok kan?

ok lah sebenarnay banyak lagi keistimewaan kahwin awal... aku kahwin tak de lah awal sangat tapi awal lah jugak.... masa umur 24tahun... aku dan suami sebaya.... =)

ok wassalam =)

ni barang masa aku bertunang simple je kan?
hmm

EH! KAU SALAH RESEPI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

sekarang sangat biasa orang-orang share resepi di Facebook... macam-macam resepi ada... kan? ayam masak merah, ikan siakap 3 rasa, puding roti dan lain-lain...

dan sangat selalu juga orang-orang singgah komen... eh.... tak de itu tak de ini... eh ni bahan-bahannya tak cukup.... eh tertinggal halia... macam-macam komen ada.... yang paling aku menyampah ada yang komen eh... awak salah resepi.... eh awak tertinggal itu.... ini...

pada aku nak memasak ni jangan skema sangat.... jangan terlalu ikut resepi... terutamanya dalam memasak lauk-pauk... masak je la guna apa yang ada... tak perlulah tiru bulat-bulat resepi... dan pada aku jika tak letak satu dua bahan tu semua tak jadi masalah dan tak jadi isu besar pun dalam memasak...

yang jadi masalah dan akan rasa memasak tu susah... jika ko rasa seolah-olah wajib untuk lengkapkan setiap bahan-bahan dalam resepi... sebab itu akan jadi masalah besar hahaha

mana tau bahan tu tak de ke... tempat kau susah nak jumpa ke... kan payah.... so memasak ni tak de istilah salah resepi kalau tak masuk sau dua jenis bahan... mungkin masa tu kat rumah dia tak bahan tersebut sebab tu dia tak letak...

dan pada aku... orang yang ada ilmu memasak ni dia kan gunakan apa yang ada di dapur dan diolah menjadi satu menu yang enak.... haaaaa itu baru betul tahu memasak...

kan?

so stop complain.... eh! resepi kau ni salah...

ok see you next bebeh...

wassalam...


09 October 2014

GUA BENCI BARISAN NASIONAL!!!

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat...

benci sahaja tak cukup.... jika tanpa usaha melahirkan rasa cinta... kerana akhirnya akan binasa... hehe


kata-kata buat renungan =)

chill

baiki diri dan peribadi... in sha Allah semua ok =)



05 October 2014

KORBAN AIDIL ADHA

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat...

aku sekeluarga nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha... buat semua umat Islam...

semoga kita selalu redha dengan setiap pengorbanan =)

peace yo!!!


04 October 2014

WANGIAN RASULULLAH S.A.W

Assalammualaikum
semoga ada manfaat...
Rasulullah SAW adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas RA menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah SAW” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (HR Abu Daud – Sanad Hasan).
ADALAH MAKRUH MENOLAK PEMBERIAN WANGIAN!
Jika seseorang diberi wangian seperti minyak wangi, bedak dan sebagainya yang wangi, maka disunat menerimanya. Rasulullah SAW diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (HR Muslim)
Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.
Mari kita sama-sama amalkan sunnah

contoh minyak attar

03 October 2014

SHOPPING KAIN DI JAKEL

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

aku ni memang jenis jarang shopping kain ela... dulu-dulu pun masa belum kawin macam tu jugak... biasanya aku akan pilih sepasang je kain ela untuk buat baju... even sepasang tapi aku tak berapa suka kain yang murah. aku lebih minat kain yang agak mahal... tebal... berat dipakai... lembut dan halus... kadang-kadang Jakel ada keluarkan fabrik yang ada perfume sekali... haaaaaaaa yang macam tu pun aku suka... hehe...

last month aku balik Segamat... tetiba mood nak shopping kain datang... haha... mujur my hubby layankan... last-last aku pun pegi la Jakel Segamat... wohoooo... memang macam-macam ado... target aku nak beli 2 pasang je... aku pun grab lah kain ala-ala batik lukis... corak harimau... abstrak dan unga kecil-kecil...

actually aku memang peminat corak abstrak la... sebab unik dan rare...

sepasang RM80... not bad harganya dan yang paling best kualiti memang terbaik... kain tebal tapi lembut... berat... licin... gebu...

dan aku pun balik kampung tempah la jubah, dan kurung moden 3 pasang... total kos kain dan tempah RM400 sebab tempah sepasang RM20.... pada aku memang berbaloi dan syok... sebab aku memang jarang buat baju...

Jakel antara lokasi untuk shopping kain yang banyak pilihan dan berbaloi... selain tu Kamdar pun ok gak...

masa aku nikah dulu beli kain nak buat baju nikah pun cantik-cantik... korang bayangkan la... murah je kain aku beli untuk nikah... satu set lelaki perempuan.... RM350... dah siap ade beading...selendang RM120... tudung RM80... berbaloi kan... tu belum tempah la...

untuk tempah baju nikah aku RM250 sepasang.. dan hubby au RM180 sepasang... tapi pakaian nikah kitaorang boleh simpan dan pakai bila-bila nak... kalau sewa... tak berapa best la kan... bekas orang pakai... dan tak boleh jadi koleksi... he3

apapun terpulang pada masing-masing nak shopping kain kat mana... ataupun nak beli ready made... kalau nak beli ready made pada aku pilihlah material yang best... dan harga agak mahal sikit... sebab kalau yang murah ni kadang-kadng mudah pecah kainnya dan panas...



KENAPA CHEF HIDU MAKANAN?


pernah lihat chef atau tukang masak lepas memasak biasanya mereka akan ambik bau makanan tu dulu.... dan itu adalah trade mark yang popular... bagi kebanyakkan iklan atau apa-apa 
menu masakan untuk menarik minat penonton atau pembeli...

masakan nampak ala-ala sedap je bila tengok chef buat aksi macam tu..

rupanya ada kebaikan yang tersembunyi...

semoga ada manfaat =)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...