GENG LENSA HIDUP

01 November 2014

9 LOKASI 'BERHANTU' DI MALAYSIA

Bukit Tunku , KL
satu lokasi kediaman elit... tetapi ada kes kemalangan seorang penunggang motosikal... dan mungkin kerana terdapat banyak pokok-pokok besar.... dan agak menyeramkan

Highland Tower
siapa tak tau kisah ni bukan rakyat malaysia... macam-macam versi kisah seram ada...


bamglo Jalan Turi, Bangsar


Lebuhraya karak


Istana Kellie, Perak

Mimaland, Gombak
ni taman tema yang mula-mula dibuka di malaysia dan ada kes pengunjung mati...

Penjara Pudu, KL

Ria Apartment

Villa nabila, Johor

kebanyakan kes lokasi agak keras kerana ada kes bunuh diri, eksiden dan lain-lain... banyak lagi lokasi hotel yang berhantu terutama di Port dickson dan Genting Highland...

di PD... seperti Mayang Sari, antara lokasi berhantu popular hehe dan banyak lagi lah...
di genting... Amber Court, Ria Apartment dan First World Hotel... tu antara tempat agak keras...

apapun bergantung pada kebergantungan kita kepada Allah S.W.T... keran Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Melindungi


jangan takut dengan hantu naaaaaaaaaa =)

31 October 2014

ORANG PERAK DAN ORANG SARAWAK

Assalammualaikum...

okay kali ni aku nak kongsi cerita lawak... asyik-asyik yang serius je ye tak?

ni kisah orang Perak dan orang Sarawak... mereka berjumpa dan berbual...

Sarawak : Awak ni orang Perak kan?
Perak : ye, kenape?
Sarawak : Bahasa korang berbeza sikit kan?
Perak : Ada le sikit
Sarawak : Kalau terbakar, korang panggil apa?
Perak : Terbako, terbako
Sarawak : Hmm.. memang lain, kita orang panggil lain.
Perak : Korang panggil ape?
Sarawak : Kita orang panggil Bomba.
Perak : cis @#!!

Senyumlah sikit!!! =)



PERKHIDMATAN KATERING YANG ANDA BOLEH CUBA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

zaman sekarang boleh katakan semua majlis kahwin tuan rumah lebih suka memilih khidmat katering... so ni ada beberapa katering yang boleh korang cuba...



berasal daripada Batu Pahat... perkhidmatan nia ayah aku guna masa kenduri kahwin adik aku yang kedua... dan ambik pakej RM11.50 satu kepala untuk 1200 orang... memang lengkap... dan tak payah nak fikir apa sangat...

tuan rumah tinggal sediakan door gift dan kediaman untuk ahli keluarga... sebab masa tu ayah aku buat dekat dewan... so ayah aku sewakan hotel di masjid berdekatan... untuk ahli keluarga...

masa kenduri aku dulu maklum la anak sulung... belum ada pengalaman... cari katering orang kawasan Labis je... tapi tu tak lengkap sangat kena sewa kanopi lain... tempah kek lain... makan beradab lain... pakej aku tu sekadar menu tetamu dan pelayan sahaja...

dan jika nak memilih katering... pilihlah yang dah ada pakej lengkap... tuan rumah akan bertambah senang.... dah tak perlu pening kepala... nak cari sedara mara atau jiran tetangga nak tolong itu ini...

dan masa aku buat kat depan rumah je... sebab aku pun nikah kat rumah... so... senang lagi kat tempat yang sama...

mereka menyediakan katering untuk pelbagai majlis... seperti perkahwinan, aqiqah, majlis korporat dan lain-lain acara...

jadi sesiapa yang ada di kawasan Johor boleh lah cuba... pemilik akan datang sendiri jumpa tuan rumah untuk berbincang mengenai menu dan lain-lain hal... dan owner sangat friendly... haha.. mereka juga dah banyak buat event untuk orang-orang kenamaan... 

so don't worry... InshaAllah semuanya o....

jom cuba!!!



SENARAI SEMAK MAJLIS KAHWIN

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

ni dah nak musim cuti sekolah... pasti ramai yang mula merancang untuk mendirikan rumahtangga... dan pasti ada yang risau... majlis tak berjalan lancar...

pertama sekali
tentukan bajet anda... berapa... (elok bersederhana)

pakaian pengantin - jahit sendiri atau sewa dengan mak andam
makanan - katering atau rewang
hantaran - nak bagi apa
door gift - jika perlu. jika kurang bajet tak bagi pun tak pe.
bilik pengantin - hias sendiri atau mak andam buatkan
make up - sendiri atau mak andam
jurugambar - pilih mengikut bajet
makan beradab - disedia sendiri atau tempah
kad jemputan - tempahan kad atau DIY

ini antara perkara penting yang mesti ada dan patut ada di sebuah majlis kahwin... dan itu pun bergantung pada bajet...

masa aku nikah dulu 6 NOV 2010 aku memang tak de bersanding pun... dan itulah aku cakap kat hubby masa mula-mula kenal dia... kalau aku nikah aku tak nak bersanding...

dan aku tak nak pakai baju mak andam dan solek tebal-tebal ala-ala opera cina... i'm do it...

kami hanya buat majlis nikah dan jamuan makan modal tak de la banyak sangat...

set kain untuk baju nikah (lelaki & perempuan) - RM350
selendang - RM120
tudung - RM80
kasut high heels - RM80
brooch tudung dan kepala 1 set - RM55
make maybeline - lipstik, eyeshadow, blusher, foundation, compact powder (tak sampai seratus tak silap aku)
tempah baju nikah perempuan - RM250
tempah baju nikah lelaki - RM180
katil baru - RM1100
cadar - RM200
langsir bilik - RM50
kad jemputan - RM0.70 x 800 = RM560
door gift
- special 100 unit (air kotak, set pen dan keychain, london swiss roll, kerepek) (RM4 each) = RM 400 - biasa 800 unit ( air kotak, london swiss roll dan kerepek) (RM2 each) = RM1600
kanopi biasa dan arabian siap kipas - RM1100
makan beradab - RM500 (tempah kat restoran area rumah)
katering - RM8 x 1000 orang = RM8000
kek secret recipe - RM150 sebiji
jurugambar - RM750 (nikah dan outdoor)
hantaran aku tak ingat sangat - tapi 5 berbalas 7

alasan aku tak nak bersanding sebab aku tu bukanlah budaya Islam, dan kenapa aku tak nak solek beria sebab aku memang tak suka bersolek... dan kenapa aku nak tempah baju nikah sendiri... sebab aku nak simpan baju tu dan nak baju yang betul-betul ikut selera aku dan material kain yang aku suka...

dan kami buat katering sebab malas nak susahkan ahli keluarga yang lain dan jiran tetangga... dan ruangan yang terhad... dan cara yang sama juga keluarga aku praktis untuk adik-adik aku... memang kami akan tempah baju sendiri... cuma masa my brother dia tempah baju aroung 3 pasang jugak... 

kita orang 2 pasang je... kang bajet lari pulak

aku kena beli aksesori dan make up sendiri sebab aku make DIY by kawan-kawan dan diri sendiri... tak da upah mak andam ke ape...

tapi aku puas hati =)

dan alhamdulillah hingga ke hari ini hampir 4 tahun kami bernikah =)

untuk anda yang masih merancang... buat apa yang perlu... (pada pendapat aku... ikutlah apa yang agama ajar) semoga sentiasa diberkati...

jangan pakai ketat-ketat
jangan tanggal tudung semata-mata nak bersanding

just my 10 cent opinion... jangan marah haaaa =)

rumah perempuan

rumah lelaki

p/s: hubby aku senyap-senyap je dia tempah baju nikah siap ade sulam bagai haha... special day lah katekan....

30 October 2014

GAMBAR: KUALA LUMPUR ERA 50-an

perubahan yang ketara di malaysia terutamanya Kuala Lumpur
dulu dan sekarang

ini antara lokasi popular di Kuala lumpur masa kini... rasanya semua orang Malaysia tahu lokasi ni...

JALAN BUKIT BINTANG


BUKIT AMAN

DATARAN MERDEKA

HOSPITAL KUALA LUMPUR

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

JALAN PETALING

29 October 2014

7 LOKASI PERCUTIAN UNIK MALAYSIA

Assalammualaikum

memandangkan kita dah hampir dengan cuti sekolah... pasti anda tercari-cari lokasi sesuai untuk bawa keluarga bercuti... kan?

so aku nak share beberapa tempat lagi... tambahan daripada yang sebelum ni...

sebenarnya di Malaysia juga terdapat banyak sangat lokasi percutian unik dan persis di luar negara...
mengapa kita perlu pergi jauh?
kerana semuanya ada di Malaysia...

pokok pangkalnya
money money money

mana yang nak jadikan lokasi untuk honeymoon
dah boleh lah mula mengumpul duit... =)

di Malaysia sejak dua menjak ni lokasi percutian berbentuk 'private estate' semakin mendapat tempat dan boleh katakan memang cantik-cantik belaka... =)


Malihom - Pulau Pinang


 45 Lekiu - Melaka

Awanmulan - Jelebu Negeri Sembilan


Casabrina - Raub Pahang


Cove55 - Santubong Sarawak

Le' Manah Retreat - Janda Baik Pahang

Aman Rimba - Janda Baik Pahang

sarawak dan sabah juga memiliki pelbagai lokasi menarik...
cuma kos tiket penerbangan tu yang kena ada lebih sikit...

tapi tak mengapa selalu alert dengan promosi yang ada...
semua bisa diatur!!!

HOT ENTRI!!!


28 October 2014

AZIZ M.OSMAN CETUS KONTROVERSI

HAHA BIJAK SANGAT LAH SOALAN DIA NI....

selama ni kau buat babak adegan intim ke... pegang-pegang ke... kau pun ada saham tau kena tanggung...

LPF jika betul-betul jaga agama akan potong dua-dua babak... ho3 sebab jelas haram...
kan???

ini bukan soalan yang bijak keluar daripada mulut seorang pengarah... walhal anda tahu di mana haram sentuh bukan mahram walaupun dalam lakonan... dan sejauh mana haram sentuh anjing dengan sengaja...

boleh jadi artis jemputan untuk lawak ker der 4...
anda ada bakat melawak selain mengarah filem hu3

nanti akan ada yang cakap salah si anu tu... salah jabatan tu... nak suruh orang lain jadi baik... kau kena jadi baik dulu... jika semua orang latih diri untuk ikut perintah agama... maka semua orang akan ikut apa agama suruh...

even agak immpossible di akhir-akhir zaman ini....

tamat

p/s: jadilah cerdik sikit. jangan tahu buat filem je... 

27 October 2014

MASALAH ADALAH PELUANG

Assalammualaikum

tajuk macam pelik je... orang-orang kreatif dan positif akan berfikiran seperti itu... masalah adalah peluang...

ya peluang untuk jana pendapatan...
ya peluang untuk jana pahala...
ya macam-macam lagi peluang...

yang terlebih kreatif cari peluang untuk menipu...

ok... ketepikan isu peluang untuk menipu... dan kita huraikan 'peluang'  untuk jana pendapatan dan pahala secara lebih detail...

jika ramai yang bermasalah untuk keluar pejabat semasa tengah hari dek kesibukan tugasan... maka masalah itu boleh dijadikan 'peluang' untuk si penjual makanan membuat projek penghantaran makanan ke pejabat-pejabat... dengan menu yang hebat-hebat... 'masakan ala kampung' atau 'menu makanan barat'... ini yang dikatakan masalah adalah peluang.

selain itu. banyak masalah telekung di surau-surau kotor... maka lahirlah 'Telekung Project' di mana projek ni berpeluang untuk anda menjana pahala...

jika anda bermasalah dengan kenaikan harga barang dan anda sekeluarga perlu berjimat untuk elak kos perbelanjaa makan di luar yang tinggi... ini peluang untuk anda belajar memasak. belajar masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak bawa bekal ke tempat kerja dan sekolah mereka...

di samping isu kenaikan harga bahan bakar... anda rasa terbeban dengan isu tersebut... apa kata... anda yang sering menghantar anak menaiki kenderaan ambil peluang untuk mengambil upah menghantar anak-anak lain ke rumah mereka (pastikan anda bertauliah) atau mungkin boleh berjalan kaki mengambil anak pulang dari sekolah... mana tahu boleh menurunkan berat anda ke... hehe...

masalah orang zaman sekarang suka yang segera-segera je... jadi muncul lah campuran tepung kek segera.... hanya tambah air atau susu sahaja... ya... masalah boleh dijadikan peluang... banyak lagi contoh yang anda semua boleh fikirkan...

juga disebabkan masalah orang 'Melayu' yang ada tabiat suka duduk saja boleh jana duit atau malas berkerja tapi mahu duit berganda... kerana itu jugalah punca... mengapa 'skim cepat kaya' boleh hidup... masalah orang malas ini dijadikan peluang oleh orang yang licik untuk menipu anda... (jangan buat... ini peluang untuk jana dosa)

ok lah rasanya cukup untuk terangkan bagaimana kita memandang masalah... dan bagaimana kita boleh menghasilkan peluang daripada masalah tersebut...

'be positive and more creative'



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...