GENG LENSA HIDUP

16 January 2010

MANA SATU MAU PILIH??

salam to my readers
mana satu mau pilih???
gambar yang aku suda edit nih????
aku mau masuk editing contest


picture yang diedit guna photoscape


picture yang diedit guna magic photo & photoscape


picture yang diedit guna adobe photoshop & photoscape


picture yang diedit guna adobe photoshop & photo scape


picture yang diedit guna picasa & photoscape

ma aku pilih gambar yang cemen mate....
aku pun rase okay jugak....
kompius sekejap...
antara model dalam gambar aku & aiman...
tq...

14 January 2010

YANG PERTAMA

SALAM...
sedang aku membelek-belek buku...
membuka folder lame...
membaca pamplet yang ade...
aku terjumpa info dan peringatan ni...
harap boleh dikongsi bersama...


Diriwayatkan:

Perkara pertama yang dijadikan oleh Allah ialah Qalam. Berkata Allah kepadanya:
“Tulislah segala kejadian hingga ke hari Qiamat.”

Dari Imam Ahmad dan Tarmizi


Perkara yang pertama ditulis oleh Qalam ialah:
“Aku ini yang tersangat menerima taubat. Aku mengampunkan atas sesiapa yang bertaubat.”

Said Ibnu Mansur


Diriwayatkan:
“Hari yang pertama dijadikan oleh Allah ialah hari Ahad.”

Ibnu Asakir


Diriwayatkan:
“Perkara yang pertama dijadikan oleh Allah daripada manusia ialah kemaluannya.”

Kemudian Allah berfirman:
“Inilah amanahKu kepadamu. Janganlah kamu meletakkannya melainkan pada haknya.”

Ibnu Abi Dunya


Diriwayatkan:
“Rumah yang pertama dibina di muka bumi ini ialah Kaabah.”

Ditanya orang kepada Rasulullah:
“Apakah tempat yang paling baik di muka bumi ini?”

Berkata Rasulullah:
“Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada Jibrail.”
Ketika Rasulullahbertanya kepada Jibril: “Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada Allah.” 


Kemudian berkata Jibril:
“Ya Rasulullah! Sesungguhnya sebaik-baik tempat di muka bumi ini ialah masjid, sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk dan paling akhir keluar.”

Bersabda Rasulullah yang bermaksud:
“Akan datang sau masa di mana manusia duduk berkelompok-kelompok di dalam masjid, dan tiadalah perbicaraan mereka itu melainkan terhadap hal-hal dunia. Ketahuilah tiadalah Allah berhajat kepada mereka, maka janganlah kamu duduk bersama mereka.”

“Pertama-tama yang dicabut daripada hamba ialah malu.”

Ibnu Majah


“Pertama-tama yang dicabut daripada umat ini ialah malu dan amanah.”

Abu Nuaim


“Pertama-tama yang hilang dari agama kamu ialah amanah.”
Abu Nuaim

“Pertama-tama yang diangkat dari umat ini ialah amanah dan khusyuk.”
Imam Ahmad

“Kebaikan pertama dari umat ini ialah zuhud dan yakin dan kejahatan pertama ialah bakhil dan angan-angan.”
Thabrani

“Pertama-tama yang mengkiaskan urusan agama dengan fikiran ialah Iblis.”

“Fitnah yang pertama yang melanda Bani Israel ialah pada wanita.”

Ketika Allah bertanya di alam ruh sewaktu berhimpun seluruh ruh-ruh manusia: “Bukankah Aku ini Tuhan kamu.”
Pertama-tama yang menyahut: “Bahkan Engkaulah Tuhan kami.” ialah Rasulullah S.A.W.

Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali Allah berselawat kepadanya dengan sepuluh selawat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku sepuluh selawat Allah berselawat kepadanya dengan seratus selawat. Barangsiapa yang kepadaku seratus selawat Allah berselawat kepadanya seribu selawat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku seribu selawat, Allah mengharamkan jasadnya dan kulitnya dari api neraka.”

Diriwayatkan:
“Yang pertama sujud tatkala sujud kepada Nabi Adam ialah Israfil.”
Ibnu Abi Hatim.

Diriwayatkan:
“Yang pertama difardhukan ke atas umat Muhammad ialah sembahyang lima waktu dan yang pertama diangkat dari amalan ialah sembahyang lima waktu.”
Abu Ya’la.

Diriwayatkan:
“Adalah kesalahan yang pertama ialah hasad. Diarahkan supaya Iblis sujud kepada Nabi Adam tetapi disebabkan dia hasad (dengki) kepada Nabi Adam maka dia enggan.”
Ibnu Mundzar dan Ibnu Akasyar.

Diriwayatkan:
“Dosa pertama yang berlaku di langit ialah hasad.”

Dikatakan:
“Adalah permulaan dosa ialah takabbur, telah angkuhlah Iblis daripada sujud kepada Adam.”
Ibnu Abi Hatim.

Diriwayatkan:
“Yang pertama-tama yang memakai serban ialah Dzulkarnain al Iskandariah.”
Abu Syeikh Ibni Hayyan.

Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Berserbanlah kamu kerana sesungguhnya para malaikat itu berserban.”

Dikatakan:
“Yang pertama-tama menggunakan mahkota ialah Namrud.”
Imam Sayuti

Diriwayatkan:
“Yang pertama-tama dihisab ialah Jibrail a.s. kerana dia adalah kepercayaan Allah kepada Rasul-rasulNya.”
Ibnu Hatim.

Diriwayatkan:
“Perkara pertama yang diperiksa daripada lelaki ialah tentang sembahyangnya.”
Al Hakim

Diriwayatkan:
“Perkara yang pertama yang akan disoal kepada perempuan pada hari Kiamat ialah mengenai sembahyangnya dan kemudian mengenai suaminya.”
Abu Syeikh

Diriwayatkan:
“Perkara pertama disoal kepada hamba pada hari Qiamat ialah mengenai nikmat-nikmatnya.”
Tarmizi

Diriwayatkan:
“Yang pertama diletakkan di atas mizan untuk ditimbang ialah perangai yang baik atau akhlak yang mulia.”
At Thabrani

Diriwayatkan:
“Yang pertama diletakkan di atas timbangan hamba ialah tentang nafkahnya terhadap keluarganya.”
At Thabrani

Diriwayatkan:
“Yang pertama bercakap dengan anak Adam di hari pengadilan ialah peha dan tapak tangannya.”
Ahmad

Diriwayatkan:
“Yang pertama memberi syafaat ialah nabi-nabi, kemudian ulamak dan seterusnya para syuhadak.”
At Thabrani

“Pertama-tama yang akan masuk syurga dari umat itu ialah Abu Bakar.”
Abu Daud

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan masuk syurga dari kalangan orang kaya ialah Abdul Rahman bin Auf.”
Abu Nuaim

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan masuk syurga ialah peniaga yang benar.”
Abu Syaibah

Daripada Aisyah r.a., berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bala yang pertama yang berlaku ke atas umat ini sesudah peninggalan Nabi mereka ialah kenyang. Sesungguhnya sesuatu kaum itu apabila perut mereka kenyang, gemuklah badan mereka lalu lemahlah hati mereka dan liarlah syahwat mereka.”

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan melihat Allah pada hari kiamat ialah orang beriman yang buta matanya di dunia.”
Samrah Bin Jundub

Diriwayatkan:
Perkataan pertama yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. sewaktu sampai ke Madinah ialah : “Wahai manusia! Berilah makan, sebarkanlah salam, hubungkanlah silaturrahim, sembahyanglah diwaktu malam ketika orang sedang tidur, masuklah kamu ke dalam syurga dlam keadaan sejahtera.”
Tarmizi

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang menentukan jam sebanyak dua belas jam ialah Nabi Nuh a.s. tatkala di dalam bahtera bagi menentukan waktu sembahyang.”
Ibnu Asakir.


Pertama yang azan di langit ialah Malaikat Jibrail.
Pertama yang azan dalam Islam ialah Bilal Rabbah.
Pertama yang Iqamat ialah Abdullah bin Zaid.
Abu Shaikh Ibn Hayyan
Pertama yang berpuasa: Adam a.s. sebanyak tiga hari dalam sebulan.
Ibn. Asakir

Pertama yang menghunuskan pedang untuk berperang pada jalan Allah ialah Zubair. Bersabda Rasulullah kepadanya ; “Allah sejahterakan engkau dan pedang engkau.”

Pertama yang syahid di dalam Islam ialah Al-Haris bin Abi Halah, ada yang mengatakan Sumaiyah ibnu Amar, syahid di tikam dengan tombak oleh Abu Jahal.
Ibn Saad.

Diriwayatkan:
“Pertama-tama orang yang akan sampai kepada telaga Kausar ialah orang yang berkasih sayang kerana Allah.”

Diriwayatkan:
Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu bertanya hakim tersebut:

“Kenapa kamu memukul kucing yang lemah ini?” Jawab lelaki tersebut: “Aku telah menjumpai kucing ini di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan tersangat lemah dan kesejukan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya makan serta minum. Aku pelihara ia hingga ia benar-benar sihat tetapi apabila ia telah sihat ia telah membuang najis di marata-rata tempat dirumahku.”

Kemudian berkata hakim tersebut: “Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita daripada kecil yang tersangat lemah dan dhaif lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah kita kecapi tetapi kita masih durhaka kepada Allah. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita durhaka Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya.”
Selepas itu, beredarlah hakim dan beristighfarlah lelaki tersebut di atas dosa-dosanya terhadap Tuhan.


SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT BAGI SETIAP DIRI ~

RUJUKAN: ABU AL-FAQAR (NASIHAT BUAT SETIAP DIRI)

OBJEK YANG MENGHAMPIRI BUMI

salam...
berita terbaru...
ada suatu objek luar angkasa yang dikesan  sedang menghampiri bumi...
ini diketahui pada 13 januari 2010
objek yang dijangka asteroid ini akan mencapai titik terdekat di bumi
iaitu sepertiga jarak bumi-bulan
objek yang berukuran 18 meter ini sedang menjadi perhatian para astronomi dunia...
sebagaimana yang dilaporkan di dalam DISCOVERY CHANNEL 
klik --->>> DISCOVERY CHANNEL
biarpun dikatakan sedang menghampiri bumi...
objek tersebut tidak memberi ancaman kepada penduduk bumi...
InsyaALLAH

lihat juga ini --->> KLIK

BLOG BARU

come and see my new blog...
yang sangat baru...
setahun jagung pun tak sampai...
hanya gambar yang ade...
sedikit coretan...
lalala... 
selamat mencuci mata...

RICH YOUR KNOWLEDGE

salam to all my readers
huhuhu...
saje berbahase inggeris...
yup hari ni aku nak ajak korang blaja bahasa la plak....
of coz english k...
how to choosing the correct word for speaking and writing english everyday...
as we know..
 the Americans who speak English do not pronounce many words in the way the English people do.
let's say...

chance: chans(American)  chaans(English)
schedule: sked-yewl(American) shed-yewl(English)

most important thing...
 before you pronounce any words you should know the phonetic symbol  
how to pronounce the letter 'a', 'b', 'c' and so on.
where you can found that???
of coz at the beginning of your dictionary or at the last page of your dictionary

now i want to show you something...
many people pronounce the word
"sample" as "sam-pl" instead of "saam-pl" and
 the word "invitation" as "in-vy-tay-sh" instead of "in-ve-tay-sh"

enough.... : )

let's i show you how to use words correctly..
which is certain words are used differently to convey different facts and thoughts.
for examples

WALK
verb: we walk to school
noun: we had a walk
verb: she is walking
adjective: it is a walking stick

CALL
verb: please call him
noun: he came at my call


MINUTE
noun: (pronounced: minit) --->> i'll come in a minute
adjective: (pronounced: my-newt) ---->> an ant is a minute(very small) insect

i think it's enough for tonight...
anyway...
i want to thank to all my english teachers and lecturers
like...
puan hamidah
mrs. wong
encik mohamad bin jaafar
encik zainal ariffin bin abdul kadir (abg kepada host popular zainal alam bin abdul kadir)
miss lim you reen
miss kalimalar
miss shangeeta
cik syarifah syakirah binti dato' syed omar
encik imran
puan lily (dulu cik sekarang dah puan.. selalu bagi aku mkn putu mayam mase aku blaja english ngan dia, aku ni mkn je lebih.. blaja tak la sgt...)

papepun terima kasih bebanyak...
kalau kalian tak de...
tak la saya dapat result cun for english
semoga sentiasa diberkati....

tapi kalau nak expert bukan setakat blaja je...
mane cukup...
bace la..
novel inggeris...
english magazine...

kalau budak2 baru nak blaja elok lah belikan buku yang ditulis oleh
ADIBAH AMIN
seorang guru bahasa inggeris yang popular pada era 80'an
alah... yang ade belakon dalam cite adik manje
buku lain pon boleh... janji buku
untuk teenager... mr. midnight series
harry potter series
twilight
new moon...
for adult...
my sister keeper
classic horror story in singapore
any paperback series...
from that we can improve our vocab...

"make hay, while sunshine"

10 January 2010

KONGSI FAKTA

salam semua...
aku yakin semua tau negara mane digelar negara matahari terbit...
jawapannya JEPUN...
korang tau tak negara mane digelar negara matahari terbenam???
jarang dengar kan???
yup...
semestinya lah NORWAY...
fakta ni aku dapat dari ma aku...
ohoh...
kerana beliau sangat meminati geografi...
heheh...
aku nak kongsikan juga...
sedikit kisah mengenai seorang ahli biologi amerika...
yang agak popular...
namenye Douglas Joel Futuyma

ni la orangnye...
beliau lahir pada 24 april 1942 di bandar New York
memiliki kerakyatan USA
seorang ahli biologi
pernah memenangi anugerah Seawall Wright Award
nape aku pilih beliau???
yup aku nak bandingkan penemuan beliau
antara buku yang beliau tulis adalah
Introduction Creation Evolution Controversy
beliau adalah ahli biologi yang giat mencari titik permulaan bagi suatu kejadian
seperti bumi, manusia, kehidupan...
yang mencakupi ilmu termodinamik, kosmologi, ekologi dan lain-lain
teori yang beliau kemukakan menjadi perdebatan hangat
sebagaimana teori Darwin dahulu
apepun cuba korang bandingkan teori yang dikaji oleh pemikir islam bernama
Adnan Oktar atau nama penanya adalah Harun Yahya


ni la orangnye...
yang lahir di Ankara pada tahun 1956
penemuan beliau sentiasa bersandarkan pada hadis dan al-quran
yang sentiasa yakin islam adalah agama yang praktikal sepanjang masa
yakin  dengan kalam Allah iaitu al-quran
dan setiap penemuan dalam hasil tulisan beliau disertakan bingkisan ayat suci al-quran
karya beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa
antaranya...
inggeris, urdu, indonesia, itali, belanda, rusia dan banyak lagi...
lihat video berikut
dialog Douglas J. Futuyma di Rom
klik--->> Flees in Rome
untuk lagi menarik... sila layari web berikut
aku mula membaca hasil karya beliau ketika aku di tingkatan 5....
sangat menarik...
selamat membaca...

MAAF

salam kepada readers blog aku...
ermmm...
aku ade tambah sikit link untuk u all bace berita dari luar negara...
sila lihat kolum sebelah kiri anda...
di bahagian atas....
selepas banner i'm malaysian blogger...
yup itu dia....
aku mohon maaf kerana menggunakan kependekkan bagi BBC...
BBC adalah (British Broadcasting Corporation)
aku minta maaf...
sebolehnya aku mahu letakkan name penuh bagi BBC...
of coz aku mahukan pembaca blog aku sentiasa berinformasi...
tapi blog aku nampak cam tak cantik plak....
hehehe...
so aku cancel hajat tersebut...
but untuk CNN aku bleh attach skali...
papepun teruskan membaca....
tq....

05 January 2010

SIAPA KITA???

salam semua...
entri siape kita kali ni...
aku mahu mengajak kamu semua mengetahui siapa kita...
secara ringkas dan padat...
lebih diperhalusi berbanding entri terdahulu...
di mana aku katekan manusia terdiri daripada 4 unsur..

1) air
2) api
3) tanah
4) angin

di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah ada menerangkan dengan jelas mengenai proses kejadian manusia.
manusia disebut dengan lafaz insan(mufrad) atau nas(jama'). selain tu manusia jugak ade disebut dengan istilah basyar, bani Adam atau zuriat Adam

secara terperincinya berikut adalah peringkat kejadian kita(bani Adam):
1) Peringkat Turab (Tanah Bumi)
2) Peringkat Tin (Tanah Liat)
3) Peringkat Hama' Masnun (Tanah Yang Berbau)
4) Peringkat Salsal (Tanah Liat Kering)
5) Peringkat Nafkh Al Ruh (Peniupan Roh)

berikut pula adalah peringkat di dalam rahim seorang ibu:

1) Nutfah
(peringkat permulaan selepas persenyawaan)
2) 'Alaqah
(pada hujung minggu pertama iaitu pada hari ke 7, telur akan melekat pada dinding rahim)
3) Mudhghah
(pada minggu ke 4)
4) Izam dan Lahm
(minggu ke 5,6 & 7. peringkat pembentukan tulang & otot)
5) Nasy'ah khalqan akhar
(akhir minggu ke 8 peringkat embrio untuk berubah menjadi fetus iaitu janin kemudian hanya saiz fetus akan berubah dari semasa ke semasa)
6) Nafhur-ruh
(roh ditiupkan ke dalam jasad. roh ditiupkan selepas 40 hari)

menurut al-Quran manusia dijadikan daripada tanah...
betul tak??
yup..
apabila ahli sains melakukan kajian tubuh manusia didapati memiliki unsur-unsur yang sama dengan unsur-unsur bumi...
antaranya...
karbon, oksigen, hidrogen, fosforus, sulfur, azote, kalsium, kalium, sodium, magnesium, ferum,kuprum, iodin, klorin, zink, silikon dan sebagainya...

tetapi unsur-unsur di atas tidak sama timbangannya...
kandungan bahan kimia dalam tubuh manusia adalah seperti berikut:
oksigen 45000gram
hidrogen 8000gram
kalsium 1000gram
dan lain-lain unsur adalah berbeza jumlahnya di dalam tubuh manusia....
*penat nak taip*

dan untuk memastikan semua unsur yang ade dalam tubuh manusi sentiasa mencukupi...
manusia perlu makan..
sebab tu la mak, ibu,ayah, atok, nenek kita pesan....
makan nasi...minum susu.... makan sayur...
tu sume ade mengandungi...
ferum, kalsium, fosfat, kalium, iodin dan sebagainya...
tak kira jenis tumbuhan atau binatang...
pendek kate..
panjang pun kate...
semua unsur-unsur dalam bumi ade 92 unsur...
of coz manusia pun dijadikan daripada 92 unsur tersebut...
yelah macam kalsium...
ape dia fungsinye???
untuk pertumbuhan tulang dan gigi..
serta mencegah darah supaya tidak mudah mengalir keluar dari tubuh...
oh... yang lain sila la carik sendiri peranannya okay!!
oleh itu...
ibu-ibu...
bapak-bapak...
siapa yang punya anak...
tengah pregnant, sudah bersalin, bapak kepada anak...
 sila la bagi makanan yang bagus dan baik kepada anak kamu....
tak perlu mahal-mahal...
tak mampu beli brokoli...
pucuk ubi pun cukup...
ingat sayur hijau mengandungi unsur ferum...
(bukan bayam/spanich je dalam citer popaye tu)
sikit atau banyak aku tak tau...
of coz la berbeza amount nye...
yelah omputih tak kaji lagi pucuk ubi...
depa kaji brokoli je...
yang lain-lain lu pikir la sendiri...
aku suda penat menaip...
one more thing...
manusia ni pon ade
ditambah dengan akal...
otak pun juga ade...
tapi korang tau tak akal kat mane???
kat otak ke???
ilmu yang kita belajar simpan kat mane???
orang cakap penuhkan ilmu di dada...
betul ke???
tapi...
kalau potong kepala boleh jawab soklan matematik lagi tak???
yelah kan simpan ilmu kat dada...
renung-renungkan....
kadang-kadang...
 kata-kata atau pepatah lame kurang relevan...

oh uniknya kita....
bukan uniknya SINGAPURA okay...
oh kompleksnye kejadian kita...
hehehe...
syukran jazilan....

fakta berikut ada yang aku dapat daripada membaca artikel
Prof. Dr. Ali Mutawi, Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar
dan bace buku biology for advance yang aku pinjam dari mr. azizul
dan pengalaman belajar biologi mase form 4, form 5 & form 6
i luv biology ~

30 December 2009

TERIMA KASIH YANG AMAT BANYAK

salam
terima kasih aku ucapkan pada semua yang aku kenal
termasuk mereka yang sudi jadi follower dan singgah kat blog ni
cikgu-cikgu sekolah aku & lecturer aku

klik imej untuk lebih besar

lagi terima kasih buat rakan blogger
 yang sudi letakkan link blog aku kat blog korang
antara blog yang letak link aku
jom layan


BLOG KAMU


bagi yang aku tak senaraikan
maaf mungkin aku terlepas pandang - andai sudi silalah beritahu
tidak kurang juga yang mengkritik, segalanya aku hargai
tanpa visitor siapalah aku =)

jika ingin bertukar link anda boleh tinggalkan URL pada ruangan komen
di ENTRI ni
TERIMA KASIH

26 December 2009

TERUK JUGA

salam kepada semua....
lame dah aku tak komen pasal isu politik...
yeah... hari nih aku nak membebel jap...
oh...
sudah lupakah kamu semua pada isu kehilangan enjin pesawat???
mene boleh lupa kan??
ermmm...
kejadian tu berlaku semasa PM kita kini menjadi MENTERI PERTAHANAN...
yup...
pada 2007...
ye aku masih muda mase tu...(sila jangan ade perasaan perasan)
teruk sangat ke pertahanan negara mase tuh???
enjin pesawat pun boleh diseludup keluar????
tak kantoi pun...
atau pun ade unsur2 rasuah???
sape nak jawab nih???
silalah jawab ye encik2 menteri yang terlibat....
bila aku kenang kembali...
oh... 
di mana yang dikatekan malaysia selamat???
sempadan malaysia dijaga dengan baik???
tinggi ke kadar korupsi di malaysia???
enjin pesawat yang dalam kawasan kawalan rapi....
pun boleh dicuri dan diseludup???
oh malaysia ku....
dikatekan pulak bukan dilakukan oleh pegawai atasan???
wah hebat sungguh mereka yang mencuri dan seludup tu...
lebih hebat dari pegawai atasan....
cayalah....
ni sebenarnye ape????
tanda2 ape???
tanda2 kepimpinan malaysia teruk...
so tak la pelik...
berbondong2 pendatang tanpa izin suka datang dan berhijrah ke malaysia
tak macam negara lain...
kawalan sempadan betul2 dijaga dengan ketat...
ye tak???
tak teruk ke????
jawapannya...
TERUK JUGA....

inginkan lebih maklumat???
sila lihat ini
ehsan dari HarakahDaily.Net

TAHNIAH

first of all... congrate to my sis adibah...
teruskan usaha untuk dapat straight A's for SPM nanti...
gud luck untuk exam bahasa jepun tahun depan...
bukan lame pun lagi...
tahniah jugak untuk semua student yang baru dapat result PMR...
cayalah...
papepun
TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH
untuk adik pulak... sila rajin2 study... jangan main FB je kejenye...
LUV U ALL...
juga kepada en. mentol....
LUV U TOO....

19 December 2009

OH BULAN



salam...
to all my blog readers....
entri aku agak poyo kali nih
xde pape kaitan pun ngan post aku kali ni
maaf aku da agak lame tak jenguk blog ni...
keadaan tak berapa mengizinkan...
kepada yng ade hantar emel kat aku...
mlm ni baru aku nak reply...
really sorry...
terutamanya...
 kepada mereka yang hantar emel pada 14 disember...
 dan sebelum tu.....
agak lame korang tunggu tok aku reply...
pertanyaan korang aku akan cuba jawab sebaik mungkin
berdasarkan pengalaman yang penah aku lalui....
walaupun kekadang agak merapik & merepek
ape pun TQ hantar pertanyaan korang...
aku sentiasa sokong sume bloggers yang ade kat malaysia...
kepada en. mentol...untuk beliau saje okay!!!
LOVE is hard to describe in words... 
but HEART can feels that LOVE is there...
papehal leh emel kat:


dan boleh add aku kat YM:
caramel_xyz

SALAM MAAL HIJRAH



sekadar hiasan cuma...
en. hero mencari pn. heroin yang hilang...
i'm ur hero bebeh... where r u?????
i'm looking for u...
daaaaaaaaaaaa

17 December 2009

HOBI PELIK

antara hobi yang agak pelik sering dilakukan oleh cik bedah
(nama pinjaman untuk entri ni)

 1. flying without wing (bunyi memang mat saleh) 
senang citer laaaa.... berangan....
terbang tanpa sayap.... wuhuuuuu

2. menaiki kereta bersama en. kesayangan
 (tak pelik pun.... tapi aktiviti dalam kereta agak pelik)
menyanyi-nyanyi di dalam kereta...
sambil mengurat awek-awek & jejaka yang ade di jalanan
sampai di traffic light...
sergah pulak orang yang naik kereta kat sebelah tu....

3. menyanyi dalam karaoke box
semestinya bersama en. kesayangan...
menyanyi dan menari...
lagu duet pilihan...
lagu mawi dan m.nasir
tiru betul2 gaye m.nasir dan mawi....
pastikan bawa buah potong dan air untuk hilangkan dahaga

p/s: kisah ni & cite ni hanya untuk hiburan semata-mata...
pelik jugak la... tapi x la pelik sangat....

JAWATAN KOSONG


klik pautan di atas bagi mereka yang sedang mencari kerja....
harap link tersebut dapat membantu anda....
cubalah harap2 anda semua berjaya...

14 December 2009

HITS HARI INI



klik tajuk di atas untuk baca berta seterusnya...
sumber diperolehi daripada HarakahDaily.Net

MESTI CUBA


salam semua...
entri kali ni hanyalah entri promosi sahaja...
nak cuba silakan...
sila kilik ---->>> MESTI
untuk mengetahui teknik bekerja dari rumah...
dengan modal serendah RM10 hingga RM5000
anda boleh mencuba...
tiada perniagaan tanpa modal...
jika bimbang gagal anda boleh mulakan dengan permulaan yang rendah...
klik pautan di atas untuk lihat...
mereka boleh anda juga boleh....


05 December 2009

BIRO TATA NEGARA (BTN)

salam..
sekarang kecoh betul isu BTN atau dikenali dengan Biro Tata Negara...
nama macam hebat je kan??
aku dah pernah lalui dan rasai menjadi peserta BTN...
masa tu aku masih menuntut di UiTM PERLIS...
pada semester 1...
aku dan geng-geng aku diarahkan untuk menyertai BTN...
pada awal cuti semester...
pelbagai lokasi ada disediakan...
antaranya...
di kem BTN Langkawi, kem BTN daerah Kulim, kem BTN Kaki Bukit...
kami freshies sangat teruja untuk join...
aku dan kawan satu bilik memilih untuk pergi ke kem BTN daerah Kulim...
maka berbondong-bondonglah kami pergi ke sana...
tak silap aku...
ada 2 bas yang bersusah payah mengangkut kami ke sana...
selama 4 hari kami perlu berada di sana...
hanya di kem Kulim sahaja tidak bercampur lelaki dan perempuan...
bila kami di sana barulah kami sedar dan tau...
tujuan BTN diadakan..
adalah untuk memupuk rasa cnta dan kasih...
kepada kerajaan yang sedia ada...
iaitu BARISAN NASIONA(BN)...
dan memupuk rasa benci kepada barisan pembangkang...
wah!!!!
sekonyong-konyongya mereka mau mencemarkan kepala otak kami ini...
oh!!!
aku tidaklah terpengaruh..
kerana aku sudah lama berada di barisan PEMBANGKANG
sejak saudara DSAI ditangkap lagi...
sekitar tahun 1998...
masa aku di darjah 6...
dengan encik-encik yang berceramah di sana menunjukkan gambar-gambar saudara DSAI...
memang kami di sana sangat menyampah dan bosan...
aku yang duduk di barisan hadapan bersama rakan-rakan mula menguap beberapa kali...
sebagai isyarat bosan...
bila ditunjukkan gambar yang cuba mengubah arah sokongan kami...
sekali sekala mereka yang berceramah di "boooo"...
bila pulang ke hostel...
kami pakat-pakat pada ceramah akan datang untuk buat-buat tido je...
keesokan harinya...
ya kami buat begitu...
kalau beginilah BTN dalam hati kecilku berkata...
eloklah dimansuhkan je...
orang nogori 9 cakap mengabihkan boreh ajo...
pesan sana sini mahasiswa dan mahasiswi tak dibenarkan berpolitik lah ape lah...
tapi kalau berpolitik memihak kepada kerajaan boleh pulak ye???
kami yang celik nih...
dah muak dengan strategi cam tu..
maka di sini aku dengan sepenuh hati dan jantung menyokong...
untuk memansuhkan saja kem BTN atau Biro Tata Negara
AKU SOKONG!!!!!
mana2 negeri yang di bawah naungan PR(Pakatan Rakyat)
eloklah mereka tidak membenarkan...
rakyat negeri tersebut untuk menghadiri BTN
tak de pekdah pon...

p/s: bek hangpa pi carik keje masa cuti sem... dapat gak duit poket lalala

GILA GAMES


salam semua...
kepada follower baru aku cikgu zuki...
TQ very much...
i will following ur blog...
beberapa hari juga aku tak update bloh nih...
hari ni aku nak share blog game yang best...
ape istimewanya blog nih???
mesti korang tertanya-tanya kan??
nak download games kat sini agak mudah...
dan boleh dibawa ke mana-mana....
tak perlu installation...
so komputer korang tak lah berat...
cuma perlu ruang untuk game tersebut saja...
sekarang tal perlu installation lagi...
kat blog nih juga ada beberapa perisian komputer yang tak perlu installation...
just click...
then korang dah leh guna...
nak cuba???
harap laman tersebut berguna kepada penggemar games...
jumpa lagi nanti... daaaa

01 December 2009

DAH BUSUK JANGAN MEMBUSUKAN

macam-macam kisah sejak mutakhir ni...
berantakan saje bunyinya...
"like butterfly in a stomach"
seperti mereka yang sakit perot...
lihat berita ini... luahan hati daripada bekas PM...
ya kamu sekalian jangan kaget dgn statement tersebut...
kerana ia benar...
sila lihat juga di sini utuk berita terus daripada
iaitu TUN MAHATHIR MOHAMAD...


SELAMAT SELAMAT

SALAM
KEPADA MY PARENTS..
HAPPY ANNIVERSARY....
YANG KE 24 PADA HARI NI...
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...
NANTIKAN ENTRI YANG BEST SEMPENA ULANGTAHUN MEREKA...
BAI BAI BAI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...