GENG LENSA HIDUP

10 November 2014

10 VIRUS TERKEJAM DI DUNIA



Pembinasa! Bukanlah secara luaran namun ia merosakkan dalaman. Begitulah perihal virus dan kesan yang dibawakannya.

Cukup popular sebagai ancaman digital di seluruh dunia, ayuh kita imbas 10 serangan siber yang pernah direkodkan.

Morris



Seorang mahasiswa dari Cornell University bernama Robert T. Morris telah mencipta worm yang dipanggil Morris pada tahun 1988. Pada asalnya ia dicipta bagi tujuan mengukur saiz sebenar internet. Worm ini telah melumpuhkan 1/10 pengguna Internet walaupun pada ketika itu pengguna adalah seramai 60,000.

Nimda



Merupakan perkataan admin yang terbalik. Nimda memerlukan 22 minit untuk tersebar dengan menggunakan beberapa medium unik seperti mencipta e-mel sendiri, menarik pengguna atau memanfaatkan virus yang tersedia ada. Ia menyebabkan kerugian sebanyak U$635 juta pada tahun 2001.

Melissa



Mampu memaksa Microsoft, Intel Corp dan Alcatel Lucent untuk menutup gateway e-mel ekoran lalu lintas besar yang disebabkan pada tahun 1999. Melissa dicipta oleh David L. Smith sempena nama seorang penari Florida yang disukainya.

Loveletter



Telah menyebabkan kerugian sebanyak U$5.5 juta kerana sistem e-mel pelbagai syarikat dan negara perlu dimatikan untuk menghilangkan worm ini. Worm Loveletter bermula pada 4 Mei 2000 di Filipina, namun tersebar ke seluruh dunia melalui e-mel hanya dalam sehari.

Code Red



Popular sekitar 2001, Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web Server dengan mengeksploitasi buffer overflow. Meskipun hanya berleluasa selama sebulan tetapi worm Code Red telah menyebabkan kerugian sebanyak US2.6 juta dan gangguan menyeluruh kepada akses internet.

MS Blaster



Dikatakan berasal dari China, namun MS Blaster dicipta oleh Jeffrey Lee Parson yang berusia 18 tahun. Sekitar Ogos 2003, MS Blaster tersebar melalui Windows OS lalu memberi kesan kepada Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat.

Sasser



Pada 30 April 2004, Delta Air Lines Inc terpaksa membatalkan 40 penerbangan selain rangkaian kereta api di Australia tertunda akibat operator gagal berkomunikasi kesan daripada serangan Sasser. Hukuman 21 bulan telah dijatuhkan kepada penciptanya iaitu seorang remaja berbangsa Jerman yang bermasalah.

Witty



Worm spesifik pertama menyerang software network-protection. Selain itu, ia juga berupaya menyerang ribuan alamat IP serta menghapuskan sebahagian daripada cakera keras. Selepas tragedi 19 Mac 2004, pihak admin telah mengambil langkah untuk memperkuat pertahanan jaringan secara proaktif.

Storm Worm



Muncul sekitar tahun 2006, ancaman ini menyerang apabila pengguna membuka sebuah e-mel bertajuk ‘230 Dead As Storm Batters Europe’. Storm Worm sebenarnya ialah sebuah program Trojan Horse yang diguna oleh para penggodam untuk spam e-mel melalui Internet.

Leap-A / Oompa-A



Mac dengan sistem security through obscurity ternyata tidak terlepas daripada ancaman digital. Tahun 2006 dikejutkan dengan serangan Leap-A atau Oompa-A yang menjangkiti iChat lantas mengakibatkan ribuan fail rosak hasil penghantaran ke seluruh address book.

Kredit gambar: hswstatic, bordercomputers, trueit, mashable, windowsitpro, xinhuanet

TANDA BIRU PADA APLIKASI WHATSAPP

Jika anda biasa menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung pastinya anda perasan bahawa tanda semak yang berwarna kelabu mengalami perubahan warna.

Tanda semak yang digunapakai untuk memastikan mesej yang dihantar sudah diterima telah mengabdikan warna biru sementelah aplikasi tersebut dinaiktaraf baru-baru ini.

Lazimnya satu tanda semak menyatakan bahawa mesej telah dihantar. Dua tanda semak menunjukkan status pesanan tersebut yang diterima oleh peranti penerima.

Apakah yang dimaksudkan apabila tanda kelabu itu bertukar kepada warna biru? Warna baharu berkenaan melambangkan bahawa si penerima telah pun membaca mesej tersebut.


Sebenarnya, tanda semak berwarna biru itu bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diterapkan dalam penghantaran nota suara sebelum ini.

Versi terbaru WhatsApp telah menggabungkan ciri ini untuk kedua-dua nota suara dan mesej, walaupun ia mungkin tidak berfungsi pada semua model telefon pintar. Sekiranya anda masih tidak melihat tanda semak biru, jangan bimbang kerana versi baharu peranti anda pasti akan sedia tidak lama lagi.

4 BERADIK DIBUANG IBU BAPA



SARAWAK, (MLP) - Empat beradik berusia antara 2 hingga 7 tahun ditemui merayau tanpa arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.

Kesemua mereka dijumpai bersama wang tunai RM70 dan payung. Laporan polis menyatakan kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.

Empat kanak-kanak ini dikenali dengan nama Menai (7 tahun), Iyen (7 tahun), Echa (4 tahun), dan Olivia (2 tahun).

Polis dikatakan sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes tersebut kepada jabatan kebajikan untuk diselesaikan.

KESIAN ANAK-ANAK NI BAGAIMANA NASIB MEREKA NANTI...

08 November 2014

PEWARIS BRADER 'SINGLET HITAM'

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

jika anda lihat gambar ni apa yang anda akan kata

"wahhhhhhhhhhhh stylo betul budak ni!!!"
atau
"ini ke bakal pewaris kita?"

benarlah kesilapan mendidik ini biasanya bermula daripada rumah.... di rumah ada siapa biasanya ada mak dan ayah lah....

dekorasi anak-anak nampak ganas dan ala-ala terlebih hias... bawa anak pergi jom heboh...

kemudian stesen tv swasta snap picture dan share... dengan caption... 'stylo betul adik ni...'

mak bapak suka dan si anak pun senyum sebab rasa diri dah betul-betul stylo... pihak media juga cuba berkongsi satu contoh yang takda manfaat langsung pada agama, bangsa dan negara...

mak bapak usaha lah corak anak dengan corak yang betul...
media pula kongsilah sesuatu yang betul... supaya tak mempengaruhi generasi muda satu amalan budaya yang tak betul...

nanti bila muncul lagi kes buli, kes samseng, kes ganas... tah apa-apa kes lagi... pasti pihak media akan tanya apakah puncanya mereka jadi begini?

siap buat bual bicara bagai... tanya pakar sana sini... jemput doktor sana sini... salahkan cikgu... salahkan pengetua...

pada aku paling penting mak bapak dan kemudian pihak media... 

mak bapak terap nilai murni dari rumah dan media sebarkan nilai murni dan adab yang betul di sisi agama... InshaAllah... akan ada perubahan...

gambar: daripada page Hot FM

07 November 2014

SALAH FAHAM MENGENAI 'SELFIE'

Assalammualaikum...

wujudnya media sosial yang mencanak-canak... menjadikan semakin banyak istilah yang baru seperti selfie... 
tolong orang
ini adalah makna 'selfie' yang patut anda tahu...

  1. A selfie is a self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Facebook, Instagram, or Twitter. They are usually flattering and made to appear casual.
gambar anda sendiri yang diambil oleh anda sendiri...

jika anda ambik ambik gambar orang lain... atau ambik gambar anak dok berdiri sensorang... itu bukanlah selfie... ye...

"Picture of yourself, usually taken by yourself"

selfie boleh jadi seorang atau beramai-ramai... tapi bukan anda mintak orang lain tolong ambikkan...

ini selfie berkumpulan

ini selfie sendiri =P

06 November 2014

PELANGGAN TAK DIKENALI



Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat...

akibat terlalu suka kepada komputer dan internet... aku pun mulakan dengan berblog untuk jana pendapatan sampingan... aku bermula pada tahun 2009

ketika itu ramai baru mula mencipta blog... dan pada tahun lepas aku mula berniaga online.. menjual pelbagai jenis handbag... dan lain-lain barangan... tapi kepakaran kami lebih kepada handbag...

di dunia maya ni kita tak kenal pun siapa pelanggan kita... yang kita ada... hanyalah bekalan sebuah keperayaan.... jika kita percaya dan yakin baru beli... jika ragu-ragu tak payah beli...

alhamdulillah berkat dengan kepercayaan daripada pelanggan... kami sudah mampu menerima pelanggan dengan pengiklanan yang minimum... berbanding masa mula-mula nak mempromosikan produk... dan nak sebarkan yang kami ini berniaga handbag....

memang... kena promo promo dan promo...

sekarang semakin sibuk dengan whatsapp... melayan pertanyaan daripada return customer... daripada bakal customer... buka inbox Fb pun sibuk melayan pertanyaan mereka...

my hubby suka tanya... "kedai tak tutup ke?"

haha... aku suka jawab "masih baru lagi... kena kerja keras... nanti dah betul-betul popular kita buka 8 a.m sampai 5 p.m dah ok... "

haha gelak sakan =)

itulah asam garam berniaga online dan mereka yang suka komputer dan internet... jangan mengadap kosong... saje suka-suka update status... kat Fb... hadap biarlah berhasil...

nanti ujung-ujung senyum sendiri =)

percayalah

wassalam...

p/s: aku jumpa husband aku masa mula-mula pun dekat lowyat plaza... haha aku siap cakap... kat hubby... mustahil la sayang tak suka komputer dan internet... haha... kalau jumpa aku kat masjid al-azim ke... boleh la aku join malaysian islamic festival huuuuuuu

HANDBAG ELEGANT HANYA RM60!!!

RM60 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM5

WHATSAPP 0129552047

MATERIAL : QUALITY PATENT LEATHER
(CROCODILE DESIGN)

LENGHT : 37CM
WIDTH : 10CM
BOTTOM WIDTH : 11CM
HEIGHT : 26CM

HANDLE HEIGHT : 15CM
LONG STRAP LENGHT : 110CM
OPENING CLOSER : ZIP
CONTENT A4 : YES (2 COMPARTMENT)

GRED : AA FASHION BAG


BERGAYA

BERANI

FEMININ

SIMPLE

CUN SANGAT!!!



GERENTI PUAS HATI DAN BERBALOI-BALOI!!!

JOM LIKE PAGE KAMI


LEBIH BANYAK HANDBAG MENARIK ADA DI SINI =)

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

 assalammualaikum
tahun ni 061114 ulang tahun kami yang ke 4...
tahun masihi nya ...

kami nikah pada birthday hubby aku...
29 zulkaedah ni tarikh tahun hijrah...

semoga kami bahagia sampai jannah...

sebelum kawin my hubby selalu cakap aku ni macam budak2...
dah lepas kawin pun gitu jugak kuang2...

pengorbanan abang yang tak terhingga untuk sayang... nak buat senarai berjela2 pulak...
sanggup jaga sayang dengan sepenuh hati abang...

paling best jarang sangat abang hampakan permintaan sayang...

hu3... i luv u.... infinity =)

nando's SACC Mall


tak sabar nak tunggu berbuka


outdoor photo shoot lepas nikah


malu2 kucen


haha...


hadiah daripada blogger Apa Kata Hati - Zafira Nabilah


jalan2 sebulan lepas nikah


1st time raya dengan baby baru


sambut besday ahmad


majlis bertandang...

permata hati mama dan ayah


raya 2013... sesi photo shoot kat maokil... kawan hubby aku... zaidi yang amik gambar


video akad nikah kami =)

entri ni autopublish
tepat pukul 10pagi bersamaan dengan detik 6 nov 2010 dulu pada pukul 10pagi juga kami nikah
=)


p/s: tahun ni dapat hadiah anniversary termahal dan terhebat... jangan jeles... =P

05 November 2014

NGERI: NAK CANTIK SANGAT!!!

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...
lame jugak tak update entri baru...

hehe =)

di Malaysia aktiviti pembedahan plastik, pembedahan sedut lemak dan lain-lain masih agak kurang dijalankan... tapi jika di negara lain seperti Thailand, Korea, United State dan banyak lagi... pada mereka itu perkara biasa...

kali ni aku nak kongsikan betapa sanggupnya mereka demi nak jadi cantik...

kalau aku tak mungkin lah.

ngeri siot!!!



kesan selepas pembedahan







an bukan semua pembedahan menjadi... jika nasib tak baik ada yang bawa maut...
ada yang semakin hodoh...

OMG

harap-harap orang Islam takde yang obses cam ni...
hidup ni sementara je... =)

wassalam

03 November 2014

ANAK MENJADI TUAN

Nukilan seorang guru pencen...

Saya berbual dihalaman rumah seseorang penduduk kg ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin anak saya.Tiba-tiba anak lelakinya yg datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kpd emaknya dan berkata,"Mak,ni duit upah mengasuh bulan ni."Dia berlalu sambil senyum pada saya.Ibunya berkata pada saya,"Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja.Sayalah kena mengasuh."
Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga,tetapi rasa tak sesuai.Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg teruk,tetapi banyak orang yg tidak terasa.Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak,ibu melahirkan tuannya.Teringat saya satu hadis yg panjang tapi saya petik sebahagian Daripada Umar bin al-Khattab r.a.,Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim)
Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dg berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat pengasuh yg dipercayai,ada yg kata emak bapa pandai mengasuh,emak bapa tak kerja apa.Hakikatnya kerana isteri nak kerja,nak tambah pendapatan.Sedangkan tanggungjawab mengasuh,mendidik dan membesarkan anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kpd anak.Bila ditinggal anak kpd ibubapa,berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya.Jika ibu kita boleh memelihara kita dg tidak membuat kerja lain,menjadi surirumah sepenuh masa,dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya,kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja.
Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan utk meninggalkan anak di rumah pengasuh,jangan ada yg berpatah balik menjadikan ibubapa sbg pengasuh,tetapi pertimbangkanlah utk mengorbankan jawatan demi anak.Rezeki ditangan tuhan,jika niat kita baik demi anak yg diamanahkan,tetaplah kita perolehi apa yg ditentukan tuhan.Ingatlah,tuhan memberi kpd kita anak sebagai amanah,dan bukan amanah itu diberi kpd ibubapa kita atau orang lain.Kita yg akan ditanya dihadapan tuhan,bukan ibubapa atau pengasuh anak kita.Bagaimana akhlak anak kita nanti,kita yg akan menanggungnya.
Rehatkanlah ibubapa kita.Berilah ruang utk mereka mempersiap diri dipenghujung usia,meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kpd ibu,lapangkan hidupnya, ringankan bebannya,
_______________________________________________________________________

ini pendapat saya...

saya setuju 100% jangan bebankan ibu bapa lagi atas apa alasan sekalipun.... nenek rindu cucu... nenek nak jaga cucu...

pertama
berilah ibu bapa anda ruang dan masa berehat... daripada menguruskan anak kecil... kerana mereka sudah puas menguruskan anda dan adik beradik anda.... di usia emas masa mereka untuk honeymoon kembali dan meningkatkan amal ibadat

kedua
anak-anak yang sedang membesar banyak kerenahnya dan agak lasak... carilah pengasuh di kalangan saudara mara atau siapa pun yang boleh dipercayai.... yang masih memiliki kudrat yang kuat... biar mereka gunakan duit upah mengasuh untuk kelangsungan kehidupan keluarga mereka pula...

ketiga
banyak juga yang beri alasan buat apa belajar pandai-pandai jika tak kerja... orang yang pandailah even duduk rumah masih boleh menghasilkan duit... selain menghasilakn duit... masih boleh ajar anak-anak... masak untuk anak-anak... jangan tak tahu ada individu bergelar doktor pakar... sanggup melepaskan jawatan itu hanya kerana ingin beri tumpuan kepada keluarga...

jika ada atok dan nenek merungut nak bermain dengan cucu anda lah yang sepatutnya kerap pulang menjenguk mereka bersama cucu-cucu mereka... agar terubat kerinduan... tetapi bukan dengan membiarkan mereka bersusah payah menjaga cucu...

kerana pada pemerhatian saya... ramai anak-anak yang biarkan mak menjaga cucu ini sering berlebih kurang daripada soal upah.... dan kadang-kadang dengan selamber je biarkan anak tu berlama-lama di rumah nenek... jika dengan pengasuh mesti segan kan? dan pasti ada masa tertentu kena ambil anak....

pilihan di tangan anda... sejauh mana pengorbanan anda sebagai seorang ibu... dan kesanggupan anda untuk melayan kerenah anak-anak anda sendiri... adakah setara kesanggupan itu dengan ibu anda...

renung-reungkan... 

01 November 2014

7 PERMAINAN BUDAK SEKOLAH MASA CIKGU TIADA

Assalammualaikum

ahha semoga semuanya sihat selalu...

korang akan study atau bermain jika cikgu M.C atau ada meeting atau cik masuk lambat... aku yakin majori pelajar... mereka akan bermain di dalam kelas... paling tidak pun bergosip-gosip...

antara permainan yang popular adalah...

1. main tutup botol
mesti lah ada stand by tutup botol dalam beg... ade 5 biji... bila cikgu tak de baru keluarkan... syok oooo

2. main nama, negeri, buah dan ape tah aku lupa...
kena buat beberapa kolum... biasanya guna buku garis satu hehe sape pernah main mesti tau... boleh jadi gaduh tau =)

3. main batu seremban
mirip main tutup botol...  ni orang perempuan lebih suka main la....

4. main titik titik (the dots game)
buku matematik yang kat belakang akan digunakan... haha terkantoi dengan cikgu... habis lah =)

5. lawan pemadam
siapa terror banyak giler dapat kumpul pemadam... biasanya kena guna pemadam leper baru senang menang... pemadam yang gambar bendera atau ada huruf-huruf tu...

6. bola sepak kertas
ni memang best terbawa-bawa sampai ke rumah... pintu goal, orang dan bola... semua daripada kertas... memang ohsem.... siap cantum meja tau masa main...

7. main pistol pen
peluru guna kulit buah duku... sakit jugak kalau kena... tapi syok... nanti ketua kelas atau penolong... akan marah-marah sebab buat sepah... dan orang yang bertugas bersihkan kelas pun akan marah... cikgu pulak lagilah marah!!!

siapa yang kurang main dan banyak study mesti dia tak rasa detik-detik manis... jadi budak sekolah... sebab budak-budak tau nye main je... haha =P

9 LOKASI 'BERHANTU' DI MALAYSIA

Bukit Tunku , KL
satu lokasi kediaman elit... tetapi ada kes kemalangan seorang penunggang motosikal... dan mungkin kerana terdapat banyak pokok-pokok besar.... dan agak menyeramkan

Highland Tower
siapa tak tau kisah ni bukan rakyat malaysia... macam-macam versi kisah seram ada...


bamglo Jalan Turi, Bangsar


Lebuhraya karak


Istana Kellie, Perak

Mimaland, Gombak
ni taman tema yang mula-mula dibuka di malaysia dan ada kes pengunjung mati...

Penjara Pudu, KL

Ria Apartment

Villa nabila, Johor

kebanyakan kes lokasi agak keras kerana ada kes bunuh diri, eksiden dan lain-lain... banyak lagi lokasi hotel yang berhantu terutama di Port dickson dan Genting Highland...

di PD... seperti Mayang Sari, antara lokasi berhantu popular hehe dan banyak lagi lah...
di genting... Amber Court, Ria Apartment dan First World Hotel... tu antara tempat agak keras...

apapun bergantung pada kebergantungan kita kepada Allah S.W.T... keran Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Melindungi


jangan takut dengan hantu naaaaaaaaaa =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...