GENG LENSA HIDUP

22 September 2016

MINYAK ZAITUN ATASI OSTEOPOROSIS



Ada masalah reput tulang (osteoporosis )atau nak mencegah masalah ini di masa hadapan?

Pemakanan sihat boleh membantu dengan pengambilan minyak zaitun Extra Virgin  (Pati Minyak Zaitun )

Kajian menunjukkan bahan anti oksidan iaitu Oleuropein di dalam minyak zaitun memberi khasiat menguatkan tulang kita..

Dalam satu kajian melibatkan 127 orang tua lelaki yang mengambil makanan Mediterranean yang di perkaya dengan minyak zaitun Extra Virgin selama 2 tahun di dapati meningkatkan bahan osteocalcin & 'procollagen 1 N terminal propeptide' dalam darah...
Kedua-duanya adalah protin yang penting untuk mencegah masalah osteoporosis atau reput tulang...

Bahan Fenolik (hydroksi Tirosol ) dalam minyak zaitun juga membantu meningkatkan aktiviti sel-sel osteoblast iaitu sel-sel yang membina tulang kita..

Secara umumnya pengambilan minyak zaitun setiap hari akan meningkatkan kekuatan tulang kita dan mencegah masalah osteoporosis untuk jangka masa panjang...

Amalkan pengambilan minyak zaitun setiap hari. .insyaallah 😃😄

#drnorman  #infosihat  #healthyeating  #oliveoils #osteoporosis #bonehealth

daripada Dr. Norman

RESEPI KEROPOK PERIA


peria = pahit

itulah dilema bila makan peria...
terutamanya peria katak...

adudu

meh aku nak kongsikan resepi keropok peria...

sedap dan disukai kanak-kanak... bila lagi nak suruh anak makan sayur kan???

bahan-bahan:
peria katak
tepung gandum
tepung beras 
tepung jagung
garam
serbuk kari
air

caranya:
1. peria dihiris nipis
2. bancuh tepung gandum ikut berapa banyak peria yang digunakan...
3. tambah satu sudu besar tepung beras dan satu sudu kecil tepung jagung...
4. sedikit serbuk kari dan garam...
5. bancuh hingga sebati... jangan terlalu pekat atau terlalu cair...
6. panaskan minyak. goreng tenggelam. angkat bila kekuningan... toskan.

siap sedap dimakan begitu sahaja...




18 September 2016

LOKASI SEMADI DATO' HARON DIN ADALAH BUKTI KEHEBATAN ALLAH

Tulisan yang baik.

LOKASI SEMADI DATOK HARUN DIN ADALAH BUKTI KEHEBATAN ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Siapa sangka? Lahir di Iraq tapi dikebumikan di Kg Sungai Pusu Gombak! Itu yang berlaku kepada Prof. Dr. Irfan dan Dr. Baha’uddin, 2 pensyarah UIAM yang berasal dari Iraq.  Siapa sangka lahir di Malaysia tetapi meninggal dunia di ruang udara Ukraine. Itu pula yang berlaku kepada mangsa nahas kapal terbang MH 17. Siapa pula tahu, al-Marhum Tuan Guru Datok Dr. Harun Din, lahirnya di Perlis tapi disemadikan di California, Amerika Syarikat. Jarak antara dua lokasi ini beribu batu jauhnya.

Apabila mengenang “lokasi semadi” Tuan Guru Datok Harun Din, iman kita kepada Allah sepatutnya mencanak naik. Hebat sekali Allah yang merencanakan segala sesuatu. Benar sekali firman Allah ini:

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Ertinya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); DAN TIADA SEORANGPUN YANG DAPAT MENGETAHUI DI BUMI NEGERI MANAKAH IA AKAN MATI. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya (Luqman[31:34]).

Siapa tahu? Ketika malaikat diarah meniup roh ke dalam janin Tuan Guru Datok Harun Din pada usianya 4 bulan, tarikh dan tempat matinya sudah ditetapkan Allah berlaku di bumi California Amerika Syarikat yang nun jauh di sana. Benar sekali sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ وَيُقَالُ لَهُ اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيهِ الرُّوحُ

Ertinya: Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian ia menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian ia menjadi seketul daging selama itu juga (40 hari), kemudian dihantar kepadanya malaikat lalu diarahkan agar menulis 4 perkara. Lalu dikatakan kepada malaikat itu: Tuliskan perihal amalannya, kadar rezekinya, ajalnya dan sama ada dia menjadi orang yang celaka (sebagai ahli neraka) atau bahagia (sebagai ahli syurga). Kemudian ditiup padanya ruh (Sahih al-Bukhari, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad).

Ketika mengulas ayat misteri tempat mati yang ditetapkan bagi manusia, Imam Ibn Kathir membawa sebuah hadith, sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِذَا أَرَادَ قَبْضَ رُوحِ عَبْدٍ بِأَرْضٍ جَعَلَ لَهُ فِيهَا أَوْ قَالَ بِهَا حَاجَةً

Ertinya: Sesungguhnya apabila Allah mahu mencabut roh hambanya di sebuah bumi, dijadikan bagi hambaNya itu sesuatu hajat (urusan) di bumi tersebut (Musnad Ahmad & Sahih Ibn Hibban)(Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani).

Ketika mengulas ayat 34 surah Luqman di atas, para mufassir membawa sebuah riwayat Isra’iliyyat yang mengkisahkan satu peristiwa ajaib pada zaman nabi Sulayman AS.

“Pada suatu hari Malaikat Maut bertemu dengan nabi Sulayman AS. Malaikat Maut terpaku melihat seorang lelaki dalam majlis nabi Sulayman. Lelaki itu bertanya kepada baginda AS: “Siapakah dia ini?” Nabi Sulayman menjawab: “Dia adalah Malaikat Maut.” Lelaki itu berkata: “Seakan-akan dia mahu mencabut nyawaku, wahai tuanku suruhlah si angin agar ia membawaku jauh ke negeri Hind.” Nabi Sulayman pun melaksanakan permintaan lelaki tersebut. Sesudah itu Malaikat Maut berkata: “Sebenarnya aku melihatnya kehairanan kerana aku diarahkan Allah agar mencabut nyawanya di negeri Hind sedangkan (dalam beberapa ketika sebelum matinya) dia masih berada bersamamu.” (Tafsir al-Alusi, Tafsir al-Baydawi dan Tafsir al-Nasafi).

Mati adalah misteri Allah. Tiada siapa tahu tarikh mati dan di bumi mana dia akan mati atau dikebumikan. Apa yang pasti, ikatan sempadan negara hanya berlaku di alam zahir ini. Alam barzakh yang menjadi negeri persinggahan sementara sebelum sampai alam akhirat pastinya tiada sempadan ruang dan masa seperti alam dunia. Orang beriman seperti al-Marhum Tuan Guru Datok Harun Din mungkin sedang berbahagia di sana bersama orang beriman yang lain. Ya Allah! Jadikan kubur Tuan Guru kami ini sebagai sebuah taman antara taman syurgaMu. Insya Allah.


GAMBAR - KOLEKSI BARANGAN ROSMAH YANG BERNILAI RATUSAN RIBU RINGGIT





Gila mahal... hahaha berkat menabung sejak kecil...

Agaknya kalau aku praktik untuk anak- anak aku boleh dapat tak hasil macam tu kih3

Adios!

16 September 2016

TERKINI: TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Innalillahiwainnailaihirajiun...
Semoga tenang di sana

Satu persatu ulama telah pergi meninggalkan kita...

Yang nyata hari akhir semakin hampir...

Jaga solat, jaga diri dan keluarga masing2...

Semoga kita juga mati di dalam iman dan islam inshaAllah



MABOHAI RESORT - DESTINASI PERCUTIAN BAJET BUAT KELUARGA

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat sahaja...

Memandangkan cuti sekolah telah bermula dan semestinya anda perlu berjimat cermat dek kerana keadaan ekonomi yang agak merudum...

Tapi jangan lupa untung luangkan masa bersama keluarga...

Lokasi bajet ini terletak di Melaka...
Mabohai Resort, Klebang...

Bermula serendah RM68 untuk 1 bilik sehingga RM2++

Anda boleh pilih harga yang bersesuaian dengan bajet anda.. di Mabohai Resort juga ada disediakan kolam renang untuk anda beriadah bersama keluarga...

Sesuai untuk lokasi percutian bajet, juga boleh dijadikan lokasi hari keluarga, atau reunion....

Apa lagi? Jom bercuti!!!

3854C, Off, Jalan Klebang Besar, 
Batang Tiga, 76400 Tanjung Kling, 
Melaka, Malaysia

No telefon 
06-3155933

Email
mabohai.resort.klebang@gmail.com



Pintu masuk utama

Bilik family



Kolam renang




31 July 2016

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat...

Ahaiii sibuk betul sepanjang syawal ni... tak sempat langsung update blog...

Ni cite raya ketiga... kami celebrate birthday ahmad dan nu'man... tapi mestilah alisha pun nak kek jugak.... tak pasal-pasal kena beli 2 biji kek... hihi

Tak yang penting semua happy... deme siap mintak topi jugak... sakan nohhh...

Jom layan gambar kami =)






15 July 2016

FOOD2GO: REVOLUSI PENGHANTARAN MAKANAN DI KUANTAN!

Hai orang kuantan Mudahnya dengan Food2Go!

"Perut lapar nak lunch tempat favourite tapi takut tak sempat!"

"Baru nak duduk order, tapi tinggal lagi setengah jam je nak makan?"

"Nak blk ofis parking kereta pulak xde.kenalah parking jauh"

"Baru je sampai  office tak sempat nak keringkan peluh dah kena start kerja...berlambak2 pulak tue..sampai habis la jawapnya nk menghadap kena pulak dateline"

"Baru sampai rumah, anak-anak dah cakap lapar, penat kerja belum hilang nak masak pulak?! Ggrrrr...Nasib baik ada Food2go"

InshaAllah kami might be useful tau! So yang mana akak akak abam abam yg malas nk bersesak jem tu,kami boleh membantu.KAmi akan delivery ke rumah atau ofis anda!

Delivery operation hour dari pukul 11 pagi - 10 malam

Restaurants Delivery partners kami adalah seperti berikut :

1.Burgerak
2.Jamantory
3.Nasi kukus mymama
4.Wadi Al -Ain Nasi Arab
5.Lilawadi
6.Kulacakes
7.Azam Roasters
8.Bombay Hamid Bros
9.Projekt Makan Steak&Lobster Cafe
10.Mourich Cafe
11.Aida Nasi Ayam
12. 90 Degrees Cafe
13. Myny Cafe
14. Iseefood kuantan

And More to come!

'We offer home delivery services for the restaurants you always wished delivered

Nak melting jom follow :-
FB: Food2gomy
Instagram : food2gomy

For ordering wsp laju2 cust service kami :

0179033799
0179033799
0179033799

[Orang kuantan Tolong viralkan! manalah tahu rakan2 family memerlukan servis kami]


P/s: rugi la kalau tak cuba beb!

18 June 2016

KUIH RAYA IN THE HOUSE

Assalammualaikum....

Semoga semuanya sihat selalu...
Tahun lepas aku tak buat pun kuih raya... tahun ni belum seminggu puasa aku buat kuih....

Ni saje test guna marjerin... samperit dahlia dengan coklat chips...

Hari yang sama buat hari tu jugak habis....

Premium samperit... no deco2... simple but nice... less than 24 hours licin... kena makan ngan anak2...

Pertama kali buat tart gulung...
Nak tau teknik tengok je dekat youtube... setttle... segala tips buat kuih ada...

Aku beli jem ready made je... tak kuasa nak parut nanas... kasar tangan nanti ha3

Jem nanasnya sedap tak liat dan just nice je manisnya... next entri aku cite pasal jem ok...

Sebelum di bakar...

Yang kuning tu aku campur kuning telur dan pewarna kuning... baru berseri sikit...

Selepas di bakar

Ahmad peminat tart...

With in 24hours dah tinggal separuh balang...

Tart yang dapat dihasilkan daripada 250g butter lebih kurang 1 balang sedang dan 1 balang kecil... jumlah aku tak kira...

Nampaknya mama kena wat kuih raya bila dah nak raya la... kalo tak nanti kena makan je...

Ok see u next entri {^_^}

16 June 2016

REKOD MENU DI BULAN RAMADHAN

Assalammulaikum

Semoga semuanya sihat selalu...
Salam ramdhan buat semua...

Haha semalam terkantoi i wat rekod menu utk bulan puasa ni...

Hubby "fuyooo mama awak siap rekod menu bulan puasa ni..."

Haha gua coverline... sambil gelak-gelak... "haruslah sebab nak make sure menu semua tak berulang..."

Actually memang itu pun tujuan aku rekod menu tu semua....

Pizza sardin ni aku wat masa balik kampung awal puasa hari tu...

Ini hari berikutnya double cheese pizza
Parmesan + mozarella.. yang atas tu onion ring adik aku soh ajar dia wat onion ring...

Ni menu ramadhan ke 5...
Ramadhan ke 5 baru kami berbuka kat umah sendiri......

So aku decide nak masak sate, ketupat, kuah kacang dan mi goreng, teh 'o'... gambar mi tak de sebab dalam kuali...

Ni menu ramadhan keenam...
Nasi putih, sup ayam, buah, burger malaysia(faveret my hubby), air bali selasih...

 Ramadan ketujuh tak sempat ambik gambar sebab agak rushing... petang tu keaa masak dan kuar beli barang dapur jugak...

Tapi menunya nasi putih, sambal tumis, ayam goreng berempah, ulam timun, kuih keria gula melaka, air sirap bandung, buah...

Ramadhan kelapan... 
Air tamar koko, nasi putih, sambal telur, kacang buncis tumis dengan lobak merah,  kuih buah melaka, buah....

Ni menu ramadhan kesembilan...
Kuey teow goreng, popia pedas, agar-agar koko...

Simple sebab hubby pi berbuka kat surau... so tak buat air manis...

Ni menu ramadhan kesepuluh...
Air sirap selasih, karipap sardin, nasi ayam hainan...

Ni antara menu sahur kami nasi goreng lada hitam...

Jarang snap gambar masa sahur sebab ngantuk dan selalu rushing... almaklum asyik lewat bangun hahaha...



Ni gambar geng tak puasa makan...
So sepanjang bulan puasa ni memang sibuk...

Masak sahur, masak tengahari untuk anak, masak untuk berbuka... selit-selit nak mengaji, buat kuih raya... haha... memang tak sepat nak pi merayap...

Okay sekian next time sambung lagi...

P/s:  tahun lom gi bazar ramadhan lagi....

12 June 2016

PERTANDINGAN NASYID SEKOLAH AHMAD

Assalammualaikum

Lama dah tak post entri... busy betul rasanya hahaha....

Sebelum puasa hari tu Ahmad ade join pertandingan nasyid mewakili tadika chemomoi....

Jom layan gambar2 dia orang...







Ahmad dengan cikgu ita

Alhamdulillah dapat tempat pertama... lepas ni pegi peringkat parlimen Bentong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...