GENG LENSA HIDUP

14 January 2010

OBJEK YANG MENGHAMPIRI BUMI

salam...
berita terbaru...
ada suatu objek luar angkasa yang dikesan  sedang menghampiri bumi...
ini diketahui pada 13 januari 2010
objek yang dijangka asteroid ini akan mencapai titik terdekat di bumi
iaitu sepertiga jarak bumi-bulan
objek yang berukuran 18 meter ini sedang menjadi perhatian para astronomi dunia...
sebagaimana yang dilaporkan di dalam DISCOVERY CHANNEL 
klik --->>> DISCOVERY CHANNEL
biarpun dikatakan sedang menghampiri bumi...
objek tersebut tidak memberi ancaman kepada penduduk bumi...
InsyaALLAH

lihat juga ini --->> KLIK

BLOG BARU

come and see my new blog...
yang sangat baru...
setahun jagung pun tak sampai...
hanya gambar yang ade...
sedikit coretan...
lalala... 
selamat mencuci mata...

RICH YOUR KNOWLEDGE

salam to all my readers
huhuhu...
saje berbahase inggeris...
yup hari ni aku nak ajak korang blaja bahasa la plak....
of coz english k...
how to choosing the correct word for speaking and writing english everyday...
as we know..
 the Americans who speak English do not pronounce many words in the way the English people do.
let's say...

chance: chans(American)  chaans(English)
schedule: sked-yewl(American) shed-yewl(English)

most important thing...
 before you pronounce any words you should know the phonetic symbol  
how to pronounce the letter 'a', 'b', 'c' and so on.
where you can found that???
of coz at the beginning of your dictionary or at the last page of your dictionary

now i want to show you something...
many people pronounce the word
"sample" as "sam-pl" instead of "saam-pl" and
 the word "invitation" as "in-vy-tay-sh" instead of "in-ve-tay-sh"

enough.... : )

let's i show you how to use words correctly..
which is certain words are used differently to convey different facts and thoughts.
for examples

WALK
verb: we walk to school
noun: we had a walk
verb: she is walking
adjective: it is a walking stick

CALL
verb: please call him
noun: he came at my call


MINUTE
noun: (pronounced: minit) --->> i'll come in a minute
adjective: (pronounced: my-newt) ---->> an ant is a minute(very small) insect

i think it's enough for tonight...
anyway...
i want to thank to all my english teachers and lecturers
like...
puan hamidah
mrs. wong
encik mohamad bin jaafar
encik zainal ariffin bin abdul kadir (abg kepada host popular zainal alam bin abdul kadir)
miss lim you reen
miss kalimalar
miss shangeeta
cik syarifah syakirah binti dato' syed omar
encik imran
puan lily (dulu cik sekarang dah puan.. selalu bagi aku mkn putu mayam mase aku blaja english ngan dia, aku ni mkn je lebih.. blaja tak la sgt...)

papepun terima kasih bebanyak...
kalau kalian tak de...
tak la saya dapat result cun for english
semoga sentiasa diberkati....

tapi kalau nak expert bukan setakat blaja je...
mane cukup...
bace la..
novel inggeris...
english magazine...

kalau budak2 baru nak blaja elok lah belikan buku yang ditulis oleh
ADIBAH AMIN
seorang guru bahasa inggeris yang popular pada era 80'an
alah... yang ade belakon dalam cite adik manje
buku lain pon boleh... janji buku
untuk teenager... mr. midnight series
harry potter series
twilight
new moon...
for adult...
my sister keeper
classic horror story in singapore
any paperback series...
from that we can improve our vocab...

"make hay, while sunshine"

10 January 2010

KONGSI FAKTA

salam semua...
aku yakin semua tau negara mane digelar negara matahari terbit...
jawapannya JEPUN...
korang tau tak negara mane digelar negara matahari terbenam???
jarang dengar kan???
yup...
semestinya lah NORWAY...
fakta ni aku dapat dari ma aku...
ohoh...
kerana beliau sangat meminati geografi...
heheh...
aku nak kongsikan juga...
sedikit kisah mengenai seorang ahli biologi amerika...
yang agak popular...
namenye Douglas Joel Futuyma

ni la orangnye...
beliau lahir pada 24 april 1942 di bandar New York
memiliki kerakyatan USA
seorang ahli biologi
pernah memenangi anugerah Seawall Wright Award
nape aku pilih beliau???
yup aku nak bandingkan penemuan beliau
antara buku yang beliau tulis adalah
Introduction Creation Evolution Controversy
beliau adalah ahli biologi yang giat mencari titik permulaan bagi suatu kejadian
seperti bumi, manusia, kehidupan...
yang mencakupi ilmu termodinamik, kosmologi, ekologi dan lain-lain
teori yang beliau kemukakan menjadi perdebatan hangat
sebagaimana teori Darwin dahulu
apepun cuba korang bandingkan teori yang dikaji oleh pemikir islam bernama
Adnan Oktar atau nama penanya adalah Harun Yahya


ni la orangnye...
yang lahir di Ankara pada tahun 1956
penemuan beliau sentiasa bersandarkan pada hadis dan al-quran
yang sentiasa yakin islam adalah agama yang praktikal sepanjang masa
yakin  dengan kalam Allah iaitu al-quran
dan setiap penemuan dalam hasil tulisan beliau disertakan bingkisan ayat suci al-quran
karya beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa
antaranya...
inggeris, urdu, indonesia, itali, belanda, rusia dan banyak lagi...
lihat video berikut
dialog Douglas J. Futuyma di Rom
klik--->> Flees in Rome
untuk lagi menarik... sila layari web berikut
aku mula membaca hasil karya beliau ketika aku di tingkatan 5....
sangat menarik...
selamat membaca...

MAAF

salam kepada readers blog aku...
ermmm...
aku ade tambah sikit link untuk u all bace berita dari luar negara...
sila lihat kolum sebelah kiri anda...
di bahagian atas....
selepas banner i'm malaysian blogger...
yup itu dia....
aku mohon maaf kerana menggunakan kependekkan bagi BBC...
BBC adalah (British Broadcasting Corporation)
aku minta maaf...
sebolehnya aku mahu letakkan name penuh bagi BBC...
of coz aku mahukan pembaca blog aku sentiasa berinformasi...
tapi blog aku nampak cam tak cantik plak....
hehehe...
so aku cancel hajat tersebut...
but untuk CNN aku bleh attach skali...
papepun teruskan membaca....
tq....

05 January 2010

SIAPA KITA???

salam semua...
entri siape kita kali ni...
aku mahu mengajak kamu semua mengetahui siapa kita...
secara ringkas dan padat...
lebih diperhalusi berbanding entri terdahulu...
di mana aku katekan manusia terdiri daripada 4 unsur..

1) air
2) api
3) tanah
4) angin

di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah ada menerangkan dengan jelas mengenai proses kejadian manusia.
manusia disebut dengan lafaz insan(mufrad) atau nas(jama'). selain tu manusia jugak ade disebut dengan istilah basyar, bani Adam atau zuriat Adam

secara terperincinya berikut adalah peringkat kejadian kita(bani Adam):
1) Peringkat Turab (Tanah Bumi)
2) Peringkat Tin (Tanah Liat)
3) Peringkat Hama' Masnun (Tanah Yang Berbau)
4) Peringkat Salsal (Tanah Liat Kering)
5) Peringkat Nafkh Al Ruh (Peniupan Roh)

berikut pula adalah peringkat di dalam rahim seorang ibu:

1) Nutfah
(peringkat permulaan selepas persenyawaan)
2) 'Alaqah
(pada hujung minggu pertama iaitu pada hari ke 7, telur akan melekat pada dinding rahim)
3) Mudhghah
(pada minggu ke 4)
4) Izam dan Lahm
(minggu ke 5,6 & 7. peringkat pembentukan tulang & otot)
5) Nasy'ah khalqan akhar
(akhir minggu ke 8 peringkat embrio untuk berubah menjadi fetus iaitu janin kemudian hanya saiz fetus akan berubah dari semasa ke semasa)
6) Nafhur-ruh
(roh ditiupkan ke dalam jasad. roh ditiupkan selepas 40 hari)

menurut al-Quran manusia dijadikan daripada tanah...
betul tak??
yup..
apabila ahli sains melakukan kajian tubuh manusia didapati memiliki unsur-unsur yang sama dengan unsur-unsur bumi...
antaranya...
karbon, oksigen, hidrogen, fosforus, sulfur, azote, kalsium, kalium, sodium, magnesium, ferum,kuprum, iodin, klorin, zink, silikon dan sebagainya...

tetapi unsur-unsur di atas tidak sama timbangannya...
kandungan bahan kimia dalam tubuh manusia adalah seperti berikut:
oksigen 45000gram
hidrogen 8000gram
kalsium 1000gram
dan lain-lain unsur adalah berbeza jumlahnya di dalam tubuh manusia....
*penat nak taip*

dan untuk memastikan semua unsur yang ade dalam tubuh manusi sentiasa mencukupi...
manusia perlu makan..
sebab tu la mak, ibu,ayah, atok, nenek kita pesan....
makan nasi...minum susu.... makan sayur...
tu sume ade mengandungi...
ferum, kalsium, fosfat, kalium, iodin dan sebagainya...
tak kira jenis tumbuhan atau binatang...
pendek kate..
panjang pun kate...
semua unsur-unsur dalam bumi ade 92 unsur...
of coz manusia pun dijadikan daripada 92 unsur tersebut...
yelah macam kalsium...
ape dia fungsinye???
untuk pertumbuhan tulang dan gigi..
serta mencegah darah supaya tidak mudah mengalir keluar dari tubuh...
oh... yang lain sila la carik sendiri peranannya okay!!
oleh itu...
ibu-ibu...
bapak-bapak...
siapa yang punya anak...
tengah pregnant, sudah bersalin, bapak kepada anak...
 sila la bagi makanan yang bagus dan baik kepada anak kamu....
tak perlu mahal-mahal...
tak mampu beli brokoli...
pucuk ubi pun cukup...
ingat sayur hijau mengandungi unsur ferum...
(bukan bayam/spanich je dalam citer popaye tu)
sikit atau banyak aku tak tau...
of coz la berbeza amount nye...
yelah omputih tak kaji lagi pucuk ubi...
depa kaji brokoli je...
yang lain-lain lu pikir la sendiri...
aku suda penat menaip...
one more thing...
manusia ni pon ade
ditambah dengan akal...
otak pun juga ade...
tapi korang tau tak akal kat mane???
kat otak ke???
ilmu yang kita belajar simpan kat mane???
orang cakap penuhkan ilmu di dada...
betul ke???
tapi...
kalau potong kepala boleh jawab soklan matematik lagi tak???
yelah kan simpan ilmu kat dada...
renung-renungkan....
kadang-kadang...
 kata-kata atau pepatah lame kurang relevan...

oh uniknya kita....
bukan uniknya SINGAPURA okay...
oh kompleksnye kejadian kita...
hehehe...
syukran jazilan....

fakta berikut ada yang aku dapat daripada membaca artikel
Prof. Dr. Ali Mutawi, Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar
dan bace buku biology for advance yang aku pinjam dari mr. azizul
dan pengalaman belajar biologi mase form 4, form 5 & form 6
i luv biology ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...