GENG LENSA HIDUP

20 October 2015

SENARAI KAWASAN INSPECTION DEMAM KEPIALU


Ini antara lokasi yang dalam perhatian
Hati-hati ye semua...

MAKAN CILI 2.5KG SEHARI

Beijing: Seorang lelaki di Zhengzhou mempunyai tabiat pelik apabila ketagih cili dengan makan hampir 2.5 kilogram sehari.
Li Yongzhi dikenali sebagai ‘Raja Cili’ turut menanam lapan spesies cili dari seluruh dunia di depan rumahnya.
Li memberitahu wartawan dia gemar makan cili sejak kecil yang diambil tiga kali sehari bersama makan pagi, tengah hari serta malam.
“Saya tidak kisah makan nasi jika tiada daging atau telur, tetapi tanpa cili hidup saya tidak lengkap.
“Rasa pedas menggembirakan saya. Kalau orang lain memulakan pagi dengan menggosok gigi, bagi saya yang perlu dilakukan adalah makan cili dan membilas mulut selepas itu.
sumber: Harian Metro Online

DANAU DAUN CHALET DENGAN PRIVATE POOL

Assalammualaikum...

menjelang musim cuti sekolah ini.. pasti anda semua sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga... jom kita terjah lokasi ni... Janda Baik... yang berhampiran Ibukota  Kuala Lumpur... memiliki 4 buah chalet... (Danau Daun I, Danau Daun II, Danau Daun III dan Danau Daun Cottage). Lokasi yang damai dan jauh dari kesibukan kota... juga dekat dengan kehijauan...

sudah pasti ia menenangkan... bermula dengan harga RM240++ anda dapat menikmati keindahan dan kedamaian bersama keluarga...

chalet Danau Daun ini dimiliki oleh Dato' seri Ar. Nik Mohamed Mahmood... beliau juga merupakan pemilik Kopi n Kraf...

selain Grand lexis di port Dickson... kini di Janda Baik pun dah ada chalets siap ada private pool sendiri okay... sangat sesuai untuk mereka yang nak mandi manda dengan keluarga disamping nak jaga aurat...

jom layan...









Lman web: www.danaudaunchalets.com
Lokasi: lot 5347, Kampung Sum-sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang
Email: danaudaunchalets2gmail.com
Coordinates: 3°20'50.7"N 101°50'59.2"E

MUSIBAH HIDUP SONGSANG

Kuala Lumpur: Hati siapa tidak sedih apabila mengetahui diri yang semakin meniti usia senja bukan saja menderita akibat virus berbahaya Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS), malah terpaksa meneruskan sisa kehidupan sebagai gelandangan sejak enam tahun lalu.
Menceritakan sisi gelap hidupnya, gelandangan yang hanya mahu dikenali sebagai Sudin, 60, berkata, dia berasal dari ibu negara, berpendidikan sehingga ke peringkat Malaysia Certificate Education (MCE) dan juga anak pertama daripada empat beradik.
Bekas mak nyah yang hidup bergelandangan di sekitar ibu kota ‘bersama’ penyakit AIDS dihidapinya itu mempunyai naluri songsang sejak berusia belasan tahun.
“Ketika remaja, naluri hati saya sememangnya ke arah songsang kerana lebih meminati lelaki. Ia turut diketahui keluarga saya yang berfikiran terbuka dengan anak-anak.
“Keluarga ketika itu menganggap saya sebagai lelaki lembut. Namun, peristiwa hitam bermula pada usia saya 16 tahun apabila terlanjur melakukan hubungan sejenis dengan jiran sendiri.
sumber: Harian Metro Online

semoga menjadi peringatan buat kita semua...

MAKANAN PENGHALANG LENDIR

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

kita semua tahu tubuh manusia yang Allah ciptakan ini sangta unik... di dalam tubuh manusia ada mengandungi kelenjar mukus (mucous gland). mucus atau nama lain lendir. ia terhasil kerana tindak balas sistem pertahanan tubuh badan. 

contoh mudah kahak dan hingus.... itu adalah salah satu contoh penghasilan lendir dalam tubuh. ia terhasil kerana melindungi badan daripada jangkitan bakteria dan virus.

selain untuk pertahan tubuh badan... ada juga makanan yang menggalak penghasilan lendir dan makanan menghalang penghasilan lendir...

semua makanan ni kita boleh elakkan dan ambil untuk mengatasi masalah lendir...


cara paling murah dan mudah adalah amalan makan bawang putih... bawang putih bakar ke, bawang putih goreng ke, bawang buat perencah ke....

sebab bawang putih kos nya lebih murah dan biasanya ada kat dapur rumah kan?

selain boleh buat garlic socks... garlic oil... antara khasiat bawang putih adalah bersifat antioksidan, sebagai immune booster, atasi masalah angin dalam badan, melawaskan pembuangan, boleh meningkatkan kadar metabolisme...

so ambil la bawang putih dalam setiap sajian harian anda... kalau anak-anak susah nak makan bawang putih... sapukan mereka garlic oil dan amalan garlic socks juga boleh anda cuba... mandi dengan hirisan lemon... semua amalan ini akan membantu mengurangkan masalah lendir... dan membantu tingkatkan sistem immune dalam badan...

selain tu... jika anda atau anak sedang mengalami masalah batuk atau selsema... kurangkan pengambilan gula dan jika boleh elak terus... kerana gula adalah pemangkin kepada pembiakan virus dan bakteria...

pilihlah makanan sihat untuk anda dan keluarga....

19 October 2015

JENIS-JENIS KAYU MANIS


pilih kayu manis jenis ceylon... terutamanya jika ingin digunakan untuk perubatan...

coumarin? apae tu? sejenis aroma... yang terdapat pada kayu manis. macam vanila... ia juga punya aroma yang tersendiri... hmmm...

untuk lebih detail boleh tanya pada yang lebih pakar... 

update terkini...




17 October 2015

YEAY!!! NU'MAN DAH MENIARAP

Ni masa ngah gigih

Yessa... dah berjaya...



Yeay!!! Alhamdulillah... nu'man dah meniarap... ni untuk 2nd time... 1st time dia meniarap dan telentang sebelum dia cukup 4 bulan...

Haha...
Mama plak yang eksited... baby yang baru2 niarap ni biasa lom lagi rajin sangat nak niarap... nanti dah biasa baru lebih mahir...

Mama harap ketiga-tiga anak mama membesar dengan sihat dan cerdas...

Tadaaa...

KISAH ERMA FATIMA DAN BADE WAJAR DIJADIKAN TAULADAN

Assalammualaikum...

Kisah erma fatima memfailkan penceraian di mahkamah. Ramai yang rasakan sayang pada perkahwinan yang terbina sejak berpuluh tahun dulu... ya memang betul sayang...

Dan aku nampak kisah ini sangat unik dan jarang terjadi...

Bagaimana kenyataan balas Bade bila isterinya failkan penceraian...

"Saya berkahwin bukan untuk bercerai..."

Satu statement yang memang win... dan berakal... dan jelas kata-katanya berpandukan akal bukan emosi...

Di pihak erma fatima juga... telah berikan alasan bukan kerana suaminya dia failkan penceraian... mungkin ada rasa tak selesa daripada sudut lain... tapi kematangan erma dalam menguruskan perasaan dia pada aku agak bagus...

Dan dalam untuk apa-apa kes pun kebijaksanaan suami sangat penting dalam melayari kehidupan berumah tangga...

Lelaki yang menyayangi seorang perempuan dia tak akan tinggalkan perempuan tersebut dalam apa keadaan sekalipun...

Dan perempuan yang sayang seorang lelaki... biarpun selalu marah dengan sikap lelaki tersebut... tapi dia masih mampu bertahan...

Inilah yang dinamakan cinta, sayang dan kasih terhadap pasangan...

Semoga akan menjadi ikhtibar kepada semua...

P/s: sekejap je dah 5 tahun kawen. Baru je lepas anniversary 29 zulkaedah 1436H bersamaan dengan besday husband jugak he3...



15 October 2015

PULAU LANKAYAN SABAH MASIH RAMAI YANG BELUM TEROKAI





ini adalah Pulau Lankayan yang terletak di Sabah
pulau kecil yang terletak di Barat Laut Pulau Borneo...

masih cantik dan belum tercemar seperti Pulau Sapi...

apa lagi jom bercuti!!!

JPAM BAKAL DITUKAR MENJADI APAM

Assalammualaikum...

Tajuk pun dah nampak kelakar kan? Tu lah petikan akhbar... dimana JPAM akan melalui proses rebranding.... dan ditukar menjadi APAM...

Betul kan? Aku tak tipu... ha3

Jadi menteri sekadar tunjuk buat kerja... so rebranding je... perkhidmatan... hmmm

Rebranding ni nanti haruslah menghabiskan duit...

Letterhead kena tukar baru
Billboard setiap cawangan tukar baru
Cetakan pada pakaian, kenderaan dan lain-lain kena tukar baru...

Ehhh pendek kata banyak yang kena tukar baru... disebabkan ada rebranding...

Bila ada aktiviti tukar menukar... akan ade yang ambik tender... bila dah ambik tender... mesti ada yang kelepet... tu normal dalam jabatan kerajaan... biarpun salah disisi agama.... lepas tu yang menanggung rakyat... rakyat kena tanggung melalui pelbagai kenaikan... 

So renung-renungkan... tak de apa yang nak digemberikan dengan nama ni...

08 October 2015

KENAPA KITA DILARANG MENEBANG POKOK?

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat sejahtera. Kali ni aku nak kongsi mengenai kenapa kita ditegah menebang pokok-pokok.

Gambar di bawah ada jawapannya...


Kualiti air yang terhasil adalah berbeza. Jika adanya pokok atau tumbuhan yang menutupi bumi... dan jika bumi gondol...

So jangab suka-suka tebang pokok...
Dan rajinlah tanam pokok haha

Keburukan jika bumi digondol:
1. Mudah berlaku gelongsoran tanah kerana tiada sebarang cengkaman pada tanah
2. Kualiti air semakin merosot.
3. Mudah berlaku banjir lumpur.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...