GENG LENSA HIDUP

22 November 2010

UPACARA TIKAM-TIKAM KEK

upacara tikam-tikam kek

bersama ma dan ayah

dengan iza dan mas

merayap kat railway station

bersama juru mekap a.k.a my friends

ermmm

garang ke?

andak, mak lang dan rombongan 

ibu a.k.a puan sabariah (tudung ijau tu ye)

fokus kat sape tak tau laaaaaaaa

geng geng aku yang memang sporting habissss... siap nangis sama-sama jemmmmmmmm

cukup la kot gambar-gambar ni... nanti bila spesel daripada photographer da siap aku upload lagi ye... terima kasih buat semua yang sudi datang... dan bersusah payah datang hehehe...

21 November 2010

TIPS JIMAT PETROL BERSAMA MARIAH CAREY

salam dan selamat sejahtera...

memandangkan sifat kita semua sebagai manusia suka jimat ye tak? huhuhu...

jom le kita cuba tips ni yang bukan dibawakan oleh mariah carey...

tajuk mesti la nak bagi gempak je.... =)

jemput baca tips ni yeeeeeeeeeeee

1. pandu kenderaan dengan halaju yang konsisten... terutamanya mase memandu dalam perjalanan yang jauh dan tak de mngalami kesesakan lalu lintas... (dibuatnye jalan jem cam ne laaaa halaju nak konsisten ye tak?)

2. bila korang balik daripada kampung atau gi bershopping atau ade bawa pape barang yang banyak kat dalam bonet kereta... sebelum korang gi kerja esoknye... harap korang kuarkan la semua barang-barang tu... supaya kereta korang tak berat bawa beban... (leh la jimat sikit petrol tu)

3. jika korang da tau destinasi korang nak pegi tu... contohnye setakat hujung minggu pusing-pusing gi pasar atau beli barang dapur... korang tak yah la isi minyak kereta penuh-penuh... supaya kereta korang tu tak kena tanggung beban tangki penuh... (tangki penuh dengan tangki tak penuh mesti la lain bebannye kan?)

4. isi minyak kereta kalau dapat utamakan la waktu pagi atau malam.... (mase tu petrol kurang meruap)

5. korang tak yah gi memane pon (kompem petrol korang jimat dan tak luak hehehe)

6. rajin-rajin la amik gambar dengan kereta... bukan jalan-jalan naik kereta (kompem jugak petrol korang jimat)

nota: aku ulang lagi tips ni bukan dibawakan oleh mariah carey... tips kat atas tu ade gak yang berguna... tak kurang jugak ade yang hampeh... =P

haaaaaaaaa amik gambar dengan kereta je... kan boleh jimat petrol... jangan le jenjalan naik kereta =P

20 November 2010

INTAN NURUL FATEHA... TERIMA KASIH SUDI DATANG MAJLIS AKU...




salam dan selamat sejahtera wehuuuu...

terima kasih cik intan sebab sudi mai mase 6 nov 2010 huhu =)

pastu siap buat entri kat blog hang plak...

ape pon kenangan kita mase masih bujang memang best =P



ape pon majulah sukan untuk negara =)

jom singgah bace entri cik intan kat SINI

p/s: nanti-nanti aku post lagi entri  =)

06 November 2010

ANTARA SEBAB KENAPA ANDA GAGAL KETIKA TEMUDUGA

A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga 

SITUASI 1 
A : Ada boyfriend?
B : Ada . 

A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara. 

A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut) 

A : Emm… kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu . 

SITUASI 2 
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada. 

A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya. 

A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita. 
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi. 

A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik? 

A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu saja. 

SITUASI 3 
A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya. 

A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar. 

A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya. 

A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha. 

A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik. 

A : Haa…lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat dengan kamu
B : Gulp… 

SITUASI 4 
A : Ada girlfriend?
B : Ada.

A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.

A : Hmm…maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?

A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa…(melopong)

05 November 2010

TIKUS DALAM MAKANAN

sape yang sanggup makan nasi berlaukkan tikus?

adoiyaiiiii =P

BANJIR SEMAKIN BURUK DI UTARA


ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Angka tersebut lebih sekali ganda daripada angka pemindahan yang dicatatkan dalam banjir besar yang melanda pada tahun 2005 apabila 21,000 penduduk dipindahkan.
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,569 orang berbanding kira-kira 25,000 kelmarin ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang manakala keadaan banjir di Padang Terap semakin baik.
Di Kubang Pasu, seramai 15,672 penduduk daripada 4,347 keluarga dipindahkan manakala di Padang Terap, 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan.
Banjir di Kota Setar melibatkan 8,184 penduduk, Pokok Sena seramai 1,281 orang dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk yang dipindahkan.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 103 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.
sumber: KOSMO

03 November 2010

TEH PANAS... TEH SEJUK...

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang... Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab.. 

"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20" 

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya.... 

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja... 

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata "Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wang yang aku ada cume 70sen je!!

02 November 2010

KALAU ADA OTAK... SILALAH BACA...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang ipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi
bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

nota: aku terjumpa artikel ni dalam koleksi nota-nota dalam DVD aku =)


MOTORSIKAL TERBARU DI PASARAN

assalammualaikum dan salam sejahtera...

suka tengok gambar?

jom layan.....

ganaz seyh... kalau dibawak merempit... mesti kalah honda c70... lalala

nota: tengah menyiapakan entri yang banyak... dan agak kurang sempat online... dengan keadaan yang kurang sihat...

01 November 2010

ANALOGI SIFAT SYIRIK PADA ALLAH S.W.T



assalammualaikum dan salam sejahtera...

moga sihat sentiasa dan beroleh rahmatNya =)

kita selalu rasa dan fikirkan marah kita je kan? jom kali ni ape kata kita muhasabah diri dengan kisah-kisah yang mudah untuk difahami... 

situasi A
korang balik dari ofis... tengok-tengok tembok umah korang rosak.. (sikit la... tak banyak pon...) bini korang cakap di terlanggar mase nak masuk parking huhu...

korang marah... tapi tak la sampai jatuh talak...

situasi B
korang izinkan bini korang pegi bershopping dengan anak-anak... tetiba isteri balik umah... bagi tau anak korang hilang mase dalam jagaan bini korang...

korang sangat marah... tapi tak la sampai jatuh talak...

situasi C
korang penat-penat balik kerja... tengok kat umah lauk dah terhidang... anak-anak tengah buat kerja sekolah... then... korang masuk bilik... tengok bini korang berasmaradana dengan lelaki lain...

ape perasaan korang? marah? (tak guna punya bini... menduakan aku!!! aku ceraikan ko!!!)


macam tu gak dengan syirik terhadap Allah S.W.T...
macam yang kita tau... syirik antara dosa yang takkan diampunkan oleh Allah S.W.T... so jangan sesekali cuba menduakan Allah... =)

wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...