GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

12 October 2014

4 TIPS KUASAI BAHASA INGGERIS UNTUK SI PEMALAS

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

penting ke tak Bahasa Inggeris ni? penting... sebab banyak buku rujukan berbahasa Inggeris terutama di IPT... nak mengadap exam MUET lagi...

hmmm.... jangan pening-pening...

antara tipsnya adalah...

1. Pelajari Phonetic Symbols
dengan memiliki ilmu ini anda lebi mudah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris... biar pun itulah pertama kali anda jumpa sesuatu perkataan. dan ia akan meningkatkan lagi keyakinan kerana anda berupaya untuk sebut apa sahaja perkataan yang diberi... untuk A bunyinya bagaimana? untuk B bagaimana pula... dan seterusnya...

2. Banyakkan Membaca
banyakkan membaca artikel, buku, novel, atau apa sahaja yang berbahasa Inggeris. ini akan meningkatkan pengetahuan anda dalam mengetahui lebih banyak perkataan yang baru dan memperbaiki susun ataur tatabahasa Inggeris anda. dan pastikan kamus juga ada di sisi. biasakan membuat rujukan menggunakan kamus Inggeris - Inggeris... jangan bimbang... lama-lama anda akan faham...

3. Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
biasakan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan atau ibu bapa... pastikan sebutan anda betul.... jika kurang pasti anda boleh rajin-rajin menonton Youtube... drama inggeris, mendengar lagu-lagu inggeris... dan cuba untuk menyanyi bersama =)

4. Menulis Artikel Bahasa Inggeris
biasakan menulis dalam bahasa Inggeris. tidak kira di Blog, mesej, dan lain-lain cara... ini akan meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris

contoh mudah untuk praktis bahasa Inggeris... my younger sister's blog 


she's already 15 years old... =)

p/s: jangan syok sendiri sudah lah.... tips ini mudah dan tak perlu modal yang banyak =) tak perlu beli linguaphone... buku bercakap... atau pun pensel bercakap






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...