GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label calon-calon. Show all posts
Showing posts with label calon-calon. Show all posts

05 April 2013

MEMILIH INSAN YANG WAJAR DIPILIH...

salam dan selamat sejahtera...

gua sokong BN
gua sokong PAS
gua sokong DAP
gua sokong PKR

ape pon yang u olls sokong...
adekah insan yang anda UNDI tu jalankan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat???

jika tidak....

bererti anda memangkah orang yang salah... tak kira daripada PARTI mana sekalipun... wakil rakyat yang anda pangkah tak jalankan amanah dengan baik... anda tetap share dosa dan pahala... sebab anda yang memilih beliau...

semoga semuanya mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T.... 

lihat dan perhatikan apa yang dihadapan anda... untuk dijadikan wakil... berhenti daripada mengumpat mengeji... mereka yang jauh daripada pandangan anda... dan anda tak pernah lihat pun bagaimana kehidupan beliau...

sekian


22 October 2010

DR. ZULKEFLI CALON BAGI N45 DUN GALAS


GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.
Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.
Biodata Zulkefli:
Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.
Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.
Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.
Dr Zulkefli  dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.
Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.
Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.
Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.
Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.
Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.
Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.
PAS FOR ALL

24 August 2010

CIRIT-BIRIT ITU PANTAS?



salam
semoga semua sihat walafiat... kali ni aku nak berkongsi cite best la pulak ye...
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat calon sahaja yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau yang tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga sekali lagi (beliau tidaklah sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata:
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini.”
Soalannya adalah: “Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata,
FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari.”
“Bagus, satu jawapan yang baik,” kata CEO tadi.
“Kamu pula?” tanyanya kepada calon kedua.
KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip,” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan Melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan,” kata CEO itu.
“Bagaimana kamu pula?”, tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ini. Bagaimana pula dengan kamu?”
CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
“Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT,” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa?? CIRIT-BIRIT?? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…”
Calon keempat terus diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan…
p/s: benda tu...  lalala...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...