GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kelip mata. Show all posts
Showing posts with label kelip mata. Show all posts

29 October 2010

JOM TENGOK RAJAH NI... HEBATNYA MATA CIPTAAN ALLAH S.W.T....

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

moga semuanya sihat walafiat... dan gembira di samping keluarga tercinta...

kali ni aku nak kongsikan suatu perkongsian yang menarik... mudah-mudahan akan menjadikan kita lebih Taat dan bersyukur dengan setiap kurniaanNya....

korang mesti rase garisan tu senget kan?
tapi hakikatnya garisan tu lurus je... 

hebatkah kita?

ape yang kita boleh cipta?

bulu mata?

anak mata?

tahi mata? (buat tahi mata dalam erti kata tido boleh laaaa)

ape bahan asas penciptaan mata manusia?

bahannya hanya air, lemak(lipid), gula(glukos), receptor(daripada protein) dan saraf(daripada serat)... semua benda alah ni boleh dapat kat dapur kita... tetapi Allah tu Maha Pencipta... maka Dia ciptakan mata...

biarpun kita dipinjamkan mata... tetapi kita masih belum mampu memberi gambaran yang tepat... mata tu adalah satu ciptaan yang hebat... biarpun begitu... kadang kala deria mata kita mudah tertipu dengan ilusi optik... macam rajah kat atas tu...

jadi kita sewajarnya memelihara mata... dan menundukan pandangan daripada melihat apa yang tak sepatutnya dilihat... agar di akhirat nanti mata kita layak untuk melihat Penciptanya...

wallahualam.... segala yang baik datang daripada Allah dan yang buruk tu daripada aku... =)

24 August 2010

CIRIT-BIRIT ITU PANTAS?



salam
semoga semua sihat walafiat... kali ni aku nak berkongsi cite best la pulak ye...
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat calon sahaja yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau yang tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga sekali lagi (beliau tidaklah sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata:
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini.”
Soalannya adalah: “Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata,
FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari.”
“Bagus, satu jawapan yang baik,” kata CEO tadi.
“Kamu pula?” tanyanya kepada calon kedua.
KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip,” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan Melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan,” kata CEO itu.
“Bagaimana kamu pula?”, tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ini. Bagaimana pula dengan kamu?”
CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
“Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT,” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa?? CIRIT-BIRIT?? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…”
Calon keempat terus diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan…
p/s: benda tu...  lalala...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...