GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

23 March 2010

BLACK MAGIC OH SIHIR

salam
lagi entri auto publish
aku nak sembang pasal black magic ataupun sihir

mesti korang dah terbayang yang naik penyapu pas tu leh terbang kan? kan?






ish... tu omputih punya imaginasi
yang pastinya sihir ada kaitan dengan syaitan
meminta bantuan daripada mereka 
memuja mereka
lantas pengamalnya masuk dalam kategori syirik
betul ke tak ni?

dengan izin ALLAH semua yang dipuja menjadi
daripada itulah datangnya sihir

-----------------------------------------------------------------------------
erm...
tanda-tanda orang yang kena sihir?
apekah?
berdasarkan pengalaman aku dan penceritaan atuk-atuk aku dan orang tua
ditambah dengan membaca buku siri rawatan penyakit
hasil tulisan saudara AMRAN KASIMIN dan DATO' DR. HARON DIN

*jadi malas untuk beribadah*
*pernah mimpi makhluk pelik, lembaga hitam atau papelah yang agak aneh*
*agak bingung dan pasif untuk lakukan aktiviti harian - blurrr*
*akan rasa lebih teruk pada waktu maghrib dan tengah malam*
*menghidu bau pelik*
dan selebihnya cari sendiri

----------------------------------------------------------------------------

selain sihir ada juga saka
yang boleh diwarisi

seeloknya mereka yang berhadapan dengan masalah ini
hendaklah segera berubat
bimbang akan menjejaskan kesihatan
mungkin akan gila, mati dan sebagainya
tetapi perlu ingat semua yang terjadi ini dengan izin ALLAH

---------------------------------------------------------------------------------

beberapa pendinding yang mudah untuk diamalkan
INSYAALLAH
dengan izinNYA
anda akan terlindung daripada perbuatan sihir

1) amalan zikrullah
2) dua ayat terakhir surah al-baqarah (amana rasul)
3) 3 Qul
4) ayat seribu dinar
5) ayat kursi
6) sentiasa mohon perlindungan daripada ALLAH dari perbuatan sihir

p/s: ayat seribu dinar mudah untuk diamalkan dan sekiranya dibacakan pada mereka yang terkena gangguan. pesakit akan jadi lemah dan kurang melawan. selain azan pada pesakit

----------------------------------------------------------------------------------

pesanan

jangan terlalu mudah mengatakan "eh, dia tu kena buatan orang la..."

kenapa aku cakap begitu?

selalu sangat situasi macam ni jadi dalam masyarakat kita
betul tak?

walhal penyakit itu kadang kala kanser atau penyakit kronik lain

-----------------------------------------------------------------------
contohnya:

melihat perut seseorang buncit dan beliau merasa kesakitan.
pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut
jangan terus menuduh beliau terkena busung
dan membawa pergi berjumpa tok dukun atau mana-mana pengamal ilmu tradisional
kadangkala pesakit tersebut mungkin mengalami kanser hati.
yup!
mereka yang terkena kanser hati. perut akan membesar
kerana toksin dalam tubuh tidak dapat dihapuskan
ingat hati fungsinya adalah untuk menyah toksin =)

----------------------------------------------------------------------

contoh lain:

batuk berdarah
awas jangan terus menyangka anda terkena santau
sila rujuk kepada doktor dan pakar dahulu
kemungkinan anda terkena bakteria TIBI (Tubercle Bacili)
yup!
simptomnya adalah batuk berdarah
batuk yang berpanjangan
dan lain-lain
penyakit ini boleh membawa maut
pemeriksaan segera boleh menyelamatkan nyawa =)

-------------------------------------------------------------------------

sedikt ingatan
mereka yang merawat pesakit dengan menggunakan api atau ade bakar-bakar kemenyan
pengamal perubatan itu ada bersekongkol dengan jin dan syaitan
ini diberitahu oleh arwah atuk aku kerana syaitan dijadikan daripada api

p/s: atuk-atuk aku rajin ajar aku macam-macam hal agama, tapi aku ni tetap gegar kepala jugak!!!
cis!! takguna punya cucu =)

semoga bermanfaat
wallahualam =)

22 March 2010

NASIHAT BUAT SETIAP DIRI

salam...
berkongsi sedikit bahan ilmiah..
semoga kita mendapat rahmatNYA =)

Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Allah telah mewahyukan kepada Musa bin Amran di dalam kitab Taurat”:-
Sesungguhnya ibu segala kejahatan itu ada tiga:-
1.      Angkuh
2.      Hasad
3.      Bakhil

Kemudian pecahan daripadanya ada enam:-
1.      Kenyang
2.      Tidur
3.      Rehat
4.      Cinta kepada harta
5.      Suka pujian dan sanjungan
6.      Suka kemashyuran

Berkata pula Abu Bakar As-Siddiq r.a.:
“Ahli Ibadah itu ada tiga golongan, bagi setiap golongan itu ada tiga tanda untuk mengenalnya:-
1.      Satu golongan yang menyembah ALLAH kerana takut.
2.      Satu golongan yang menyembah ALLAH kerana harap (rahmat).
3.      Satu golongan yang Menyembah ALLAH kerana kasih.

Bagi golongan yang pertama itu ada tiga tanda:-
1.      Sentiasa mencela dirinya.
2.      Merasakan amalnya sedikit.
3.      Merasakan bahawa kejahatannya banyak.

Bagi golongan kedua ada tiga tanda:-
1.      Menjadi ikutan manusia dari segala segi.
2.      Terlalu murah hati di kalangan manusia dan zuhud terhadap dunia.
3.      Terlalu baik sangka dengan ALLAH dan kepada semua makhluk.

Bagi golongan ketiga ada tiga tanda:-
1.      Memberi apa yang dikasihinya dan tidak menghirau selainnya melainkan setelah diredhai ALLAH.
2.      Melakukan perkara yang tidak disukai oleh nafsu dan tidak menghiraukan yang demikian itu melainkan setelah mendapat keredhaan ALLAH.
3.      Dalam semua keaadaan bersama dengan pemimpinnya (ALLAH) iaitu pada suruhan dan juga pada apa yang dilarang (tegahan). 

KENTUT DI KHALAYAK?

salam
lagi entri auto publish
menyampah sudah dengan perkataan tu =)

yakin untuk kentut di khalayak?
bukan lah... tu bukan yakin.... itu kurang sopan =)
aku nak cite cara bina keyakinan diri....

anda yakin?
untuk berdepan dengan orang yang anda sayang?
berdepan dengan kawan-kawan?
berdepan dengan orang awam?
berdepan dengan pensyarah?
berdepan dengan sesiapa?
mahupun mereka yang bertanya arah....

sedar tak keyakinan boleh dipupuk?
boleh dibentuk?

sedikit pengalaman untuk dikongsi....

----------------------------------------------------------------------------
situasi 1#

berdepan dengan rakan sekelas untuk presentation

masa kat skolah dulu aku selalu kena present...
terutama bagi subjek biologi...
persediaannya...

1. paling penting baca topik yang nak kita sampaikan
2. cari lebih info untuk elak rasa gelabah bila ada soal balas
3. pastikan alatan untuk presentation seperti OHP(overhead projector) berfungsi dengan baik, LCD dan laptop, juga alatan lain seperti marker pen dan sebagainya
4. pakaian yang sederhana dan kemas
5. senyum
6. ucapkan salam dan selamat sejahtera
7. perkenalkan tajuk anda
8. kalau mahu suatu yang berbeza ajukan soalan kepada umum
9. teruskan penerangan dengan wajah yang selalu senyum..
10. pastikan suara anda jelas
11. buka peluang untuk soal balas
12. tunjukkan anda menguasai topik tersebut
13. lukis gambar rajah jika perlu

semoga bermanfaat...

--------------------------------------------------------------------------
situasi 2#

masa kat UiTM dulu aku pernah berdepan dengan pensyarah yang sangat garang =)
sampaikan ade kawan-kawan aku cakap kalaulah tak de hari selasa... kan bagus... begitu sekali mereka tak suka. aku? suka je... 

sampailah satu hari...
kami semua kena pegi oral test dengan lecturer tu...
semua jadi sangat gelabah...
huhu...
aku dengan malas pun pergi...

cara mengurangkan rasa gelabah bila berdepan dengan lecturer garang
aku sampai depan pintu bilik lecturer tu...
ketuk pintu dengan kadar yang sederhana kuat...

lecturer: come in
aku: assalammualaikum miss shakiey (sambil senyum)
lecturer: waalaikumsalam
aku: erm... nice smell (sambil puji bau bilik lecturer tu) can i seat?
lecturer: thank you... of course..

lecturer yang agak garang tu mula mengukir senyum...

lecturer: nor fadhillah?
aku: yes i am
lecturer: are you ready for this test?
aku: erm... a bit... (masih senyum)
lecturer: can you tell me the benefict from playing football
aku: jawab la.... macam-macam... mase tu rase risau dengan lecturer yang garang dah hilang. rase seronok yang datang

akhirnya aku dapat 9/10 the second highest in my class for oral test... the highest one of course reindy dengan markah nine and half over ten...

-----------------------------------------------------------------------------
situasi 3#

berdepan dengan orang asing yang dari tah mane-mane negara

mase tu aku naik kereta api dari arau untuk ke sungai petani...
aku dengan beg kura-kura naik ke gerabak... dengan tiket free seat...

aku boleh duduk kat mane-mane okay!!!

aku dengan poyo pegi gerabak yang ade katil...
banyak kosong seyh...

tengah nak duduk tetiba ade makhluk tegur aku...

makhluk: hi!!
aku: hi... (sambil senyum)
makhluk: are you malaysian?
aku: yes of course. why you asking?
makhluk: can we talk?
aku: yup. where you are from?
makhluk: japan
aku: how long you stay here?
makhluk: 1 week
aku: you look a bit clumsy when using english...
makhluk: yup.. we always using japanese at our country
aku: yup i know that... so... at my country you should use bahasa melayu is it? (sambil senyum)
makhluk: why?
aku: if our come to your country we must use your mother's tongue is it?
makhluk: yup...
aku: i prefer to use my mother's tongue...
makhluk: okay... can you teach me?
aku: yes of course (sambil senyum)
aku: apa khabar.... it is mean how are you...
makhluk: apa khabar (dengan slang tersendiri)
aku: you are smart learner (ayat bodek; sambil senyum)
makhluk: other pharase....
aku: you should learn our mother's tongue before come to our country hehe...
makhluk: ohh... i think i should go back and come for the next time...
aku: yup...

pastu train pun sampai dah... so... aku pun blah...
yang penting yakin diri
aku pedulik ape hang pa sape...
aku nak sembang aku sembang je..
walaupun kekadang sompek sket grammar aku =)
sekadar berkongsi

p/s: aku bukan becok okay!!! =)

moral: yakin diri penting untuk menhadapi kehidupan seharian tak kira dalam apa jua situasi

LETUP DAN MELETUP

salam
entri auto publish lagi?
hahaha...
berkongsi kisah letup dan letupan

mahu?
kamu tak mahu? tapi aku tetap mahu tulis jugak!!!

jenis letusan gunung berapi biasanya berkait rapat dengan sifat magma. letusan yang mudah meletup berlaku pada gunung berapi yang memiliki lava bersifat likat (lava felsik dan lava andesit)

manakala letusan gunung berapi yang lebih tenang pula berlaku pada gunung berapi yang memiliki lava mafik atau basalt yang kurang likat.

faham??

jom kita kenali jenis letupan gunung berapi...

letusan hawaiian
letusan tenang di mana lava mengalir secara perlahan. lava mafik akan bergerak jauh dan merebak seperti banjir. oleh itu, ia juga dikenali sebagai letusan banjir lava mafik. contohnya pada Gunung Berapi Kilavea dan Mauna Loa di Hawaii.

letusan strombolian
meletus pada sekala kecil dan mengeluarkan lava mafik atau basalt. berasal daripada nama Gunung Berapi Stromboli yang terletak di Laut Mediterranean. selain itu, Gunung Aso di jepun juga tergolong dalam jenis ini.

letusan vulcanain
berlaku apabila pancutan lava dan letusan berlaku secara berselang-seli. iannya dikatakan lebih meyerupai letusan strombolian. apabila selang masa antara letusan terlalu lama, lava akan membeku dan menutup kawah. tekanan gas dari gunung berapi akan memecahkan lapisan lava lalu mengakibatkan aliran piroklastik. tambahan pula, debu gunung berapi akan diletuskan bersama jumlah udara yang besar lalu membentuk awan hitam berbentuk kubis bunga (wah makanan)

letusan plinian
jenis letusan yang paling kuat. awan panas yang terhasil lebih tebal daripada letupan vulcanain. sifatnya memancut aliran piroklastik yang sangat likat. apabila ia jatuh dengan kelajuan tinggi dari langit, semua makhluk hidup yang berada di bawah akan mati.

tiba-tiba menjadi serius dan berkongsi fakta serius =)

20 March 2010

SEJARAH BISMILLAH

Sejarah Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم (Bismillahir Rahmaanir Rahiim)


Pada suatu hari, Ratu Balqis bin Syarahil masuk ke bilik tidurnya.Beliau mahu beristirehat. Lalu, beliau pun menutup pintu dan berbaringdi atas katil mewahnya. Tiba-tiba, seekor burung Belatuk terbangmelayang ke arahnya. Burung itu melepaskan sepucuk surat dan jatuh diatas ribanya. 

Ratu Balqis mencapai surat itu lalu membacanya dengan penuh minat.Beliau bergegas keluar dari bilik dan memanggil menteri-menterinya. 

Apabila kesemua menteri-menterinya hadir bersidang, Ratu Balqis punberkata, “Wahai menteri-menteri sekalian! Sesungguhnya telahdisampaikan kepadaku sepucuk surat yang teramat mulia.”

Dengan wajah yang berseri-seri, Ratu Balqis berkata lagi, “Sesungguhnyasurat itu datangnya daripada Nabi Sulaiman, dan kandungan surat itutertulis, “Bismillahirrahmaanirrahiim.  Janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah menyerah diri kepadaku dengan beriman kepada Allah swt.”     

Di sinilah asal lafaz ‘Bismillahirrahmaanirrahim'


----------------------

Lafaz Bismillah adalah sebahagian ayat-ayat Quran. Bismillah adalahayat pertama surah al Fatihah dan permulaan keseluruhan surah Qurankecuali surah at Taubah. 

Maksud Bismillah ialah ‘Aku memulakan sesuatu Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih’.

Lafaz Bismillah ini mengandungi dua nama sifat Allah swt iaitu:

1) Ar Rahman: Ar Rahman bermaksud Allah Yang Maha Pemurah. Sifat Allahswt yang Maha Pemurah itu meliputi keseluruhan makhluk termasuk merekayang tidak beriman.
2) Ar Rahim: Ar Rahim bermaksud Allah Yang Maha Pengasih atau MahaPenyayang. Sifat Allah swt yang Maha Pengasih itu khusus ke atas kitayang beriman sahaja. 

Bilangan lafaz dan pecahan lafaz ar Rahman di dalam Quran ialahsebanyak 560 kali. Manakala lafaz dan pecahan lafaz ar Rahim di dalamQuran juga sebanyak 560 kali. 

Berdasarkan keterangan al Imam Sya’bi (28H -104 H), sejarah Bismillah adalah seperti berikut:

1)        Peringkat Pertama:

Nabi Muhammad saw membaca Bismillah dengan sebutan: Bismikallahumma (باسمك اللهم.

2)        Peringkat Kedua: 

Dengan turunnya surah HUD, bil.41, “وقال اركبوا فيها بسم الله مجريها”(Wa qaalar kubuu fiihaa bismillahi majreeha), Nabi Muhammad saw membacaBismillah dengan sebutan: Bismillah (بسم الله

3)        Peringkat Ketiga:

Dengan turunnya surah al Israk, bil.110, “قل ادعوا الله أو ادعواالرحمن” (Qulid u’ullaha awid u’urrahmaan), Nabi Muhammad saw membacaBismillahirahmaan (بسم الله الرحمن.


4)        Peringkat Keempat:

Dengan turunnya surah an Naml, bil.30, “إنه من سليمن وإنه بسم اللهالرحمن الرحيم” (Innahuu min sulaimaana wa innahuubismillahirrahmaanirrahiim), barulah Nabi Muhammad saw mula membaca Bismillahirrahmaanirrahiim
(بسم الله الرحمن الرحيم). 

Surah Hud, al Israk dan an Naml diturunkan di Makkah. Surah an Naml(Semut) yang menghimpunkan bacaan Bismillahirrahmaanirrahiim.Ayat 30, surah an Naml itu berada pada juzuk ke 19. Bilangan juzuk itubertepatan dengan jumlah huruf Bismillahirrahmaanirrahiim
 iaitu 19 huruf.     

18 March 2010

7 MITOS 7 PENIPUAN

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini  memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.
DARI JELEBU
Hishamuddin Rais

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah  mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka   memberikan tanamanmereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang  melahirkan perbezaan  hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu  wujud  dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu  tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka  kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita  dari hantu  ialah bomoh dan dukun.  Akhirnya kita tunduk pada  kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi didalam gua ini ada hantu  - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik  kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak  direka.   Mitos seperti  angkasawan Neil Armstrong  turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan  dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan  mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan  dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika  sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori.  Satu ketika dahulu  Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini  memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September.

BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura  dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.
MITOS KE DUA :

Merdeka  dimulakan oleh United Malays National Organisation.

BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah.

BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita.

BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya lihat Jalur Gemilang tidak ada motif  Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.
MITOS KE ENAM  :

Wujud perpaduan Melayu.

BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak
mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.  Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.
MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik.

BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini  bertujun untuk menunjukkan  hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOGI  PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini.  Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokumen dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini.  Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani  bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. 

12 March 2010

AFGAN (TERJEMAHAN ARTIKEL)

Terjemahan artikel "The Invisible Afghanistan"

Oleh Sayyid Rahmatullah Hashemi

[ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US awal tahun2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angles, pada March 10, 2001]

Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6]

" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan.

Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". 

Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri.

Pencerobohan Soviet

Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebih-kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami mati kerana bahana periuk api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia.
Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.

Selepas Russia Dikalahkan

Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen. Hanya 7 kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan
yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak.
Mereka tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri di Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertemporan sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara lain.

Munculnya Taliban

Melihat huruhara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar-pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghansiatan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata - bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok' dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka. Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramai orang-orang komander tersebut turut digantung. Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak bandit. Gerakan pelajar ini - Taliban - kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).

Kejayaan Taliban

Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:

1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.

2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov , dan juga senjata canggih seperti stinger missiles, dan ada yang memilikki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menawarkan US$3 billion untuk membeli
balik senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.

3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil alih.

4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami menghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan.
Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengistiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.

5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hak asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu
membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi.

Hak-hak Kaum Wanita

Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban)
menghapuskan amalan yang sangat keji ini.

Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka. Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memilih bakal suami masing-masing. Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua
puak yang bertempur ingin berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.

Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diizin bekerja. Kami akui sebelum 1996, iaitu sebelum kami menalukki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya duduk rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka dudok rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu dudok rumah kerana pada masa itu keadaan huruhara tanpa kuatkuasa undang-undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah.

Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milik persendirian, kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami
tidak dibenarkan berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka bekerja di Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya.

Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang `co-education' (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan. 

Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber pembiyaan. Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sukatan pelajaran - kurrikulum yang mendidik taat setia kepada  keluarga di raja, sukatan pelajaran ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingung. Kami sudah pun dapat menyatukan semua kurrikulum yang
bercanggah-canggah itu. 

Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah-sekolah perempuan. Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini.

Osama bin Laden

Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud.

Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters) atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar
Amerika menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel mereka sebagai pengganas dan diburu.

Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat). 
Sebenarnya tidak ada beza antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan. Kedua-duanya tidak diistiharkan terlebih dahulu, dan kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang
sangat kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh.

Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerang Afghanistan dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat.

Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut. Saya dipanggil hadiri mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States telah menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh seorang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan tersebut.

Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden

Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan US di Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45 hari dan tidak sesiapa pun memberi kami sebarang bukti.

United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh seorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika sesaorang itu dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke mahkamah.

Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak.

Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telah turut ditolak oleh US. 

Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini? Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami!

Sekatan Ekonomi

Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kami telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periuk api yang sengaja ditanam oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan.
Beratus kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat tentang patung-patung yang dimusnahkan.

Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati

Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO dan sebuah NGO dari Scandinavia yang datang dengan projek untuk memulihkan muka-muka patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Afghanistan yang
kebuluran akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab,"Tidak boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."

Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak-anak kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut.

Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu dibawah sekatan ekonomi, dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah datang untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?


Kofi Annan

Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kofi Annan hanya mahu membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.

Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubat akibat sekatan ekonomi
mereka. Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patung tersebut.

Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan keatas negara kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pegangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala-galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengan sekatan ekonomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah segala-galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebih
elok mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."

[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6
bulan sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]

Terjemahan: Tarabulsi

16 Rejab 1422
4 Oktober 2001

*selusuri naluri mereka yang bergelar AFGAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...