GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label mari belajar. Show all posts
Showing posts with label mari belajar. Show all posts

22 April 2010

SEMBANG-SEMBANG PERIHAL CERMIN MATA

bagi pemula yang pertama kali mahu menggunakan cermin mata.
anda sekurang-kurangnya perlu mengetahui asas bagi sesebuah cermin mata
seperti istilah 

Multi Coated lens
Thin & lighter lens
half frame/full frame/no frame
Photochromic lens

MC atau multi coated
adalah istilah yang biasa jurujual akan terangkan saat anda mahu membeli cermin mata
"cermin mata ni kita bagi sekali multi coated dan harganya bla bla bla..."
lebih kurang macam tulah kan... bagi mereka yang menghadapi masalah silau multi coated lens mesti ada saat mereka menempah cermin mata - kanta mahal sedikit dari tanpa multi coated.


Thin & Lighter - menipiskan kanta (ada dalam subjek fizik)
kebiasaannya jurujual akan bertanya nak buat hi index atau tak terutama bagi yang nilai power agak tinggi
istilah yang akan anda dengar adalah low index, mid- index dan hi index lens. mereka akan cakap lagi nipis lagi mahal... yup memang pun macam tu.. 1.20, 1.64, 1.70 dan banyak lagi angka yang semakin meningkat menunjukkan kanta kamu semakin nipis.


half frame/ full frame/no frame
secara rawak harga cermin mata half frame lebih mahal berbanding no frame dan full frame. kerana half frame lebih kukuh dan agak lebih bergaya. tetapi itu semua bergantung pada jenama.


Photochromic lens
kanta fotokromik. akan kelihatan biasa jika tidak terdedah pada sinaran ultraungu. jika terdedah pada sinaran ultraungu pula kan menjadi gelap... ala-ala sunglass... tapi bukan yang macam pakcik-pakcik tua pakai tau.. yang letak ade magnet tu... atau yang ade sunglass bleh angkat-angkat... tu old fashion lah... orang tua-tua suka pakai. pesen macam tu aku dah lame jumpa zaman sekolah lagi dah ade. tapi yang fotokromik ni memang mahal yang mampu je boleh beli.

contohnya: cermin mata yang aku guna sekarang ni jenama david beckham frame from japan, multi coated, mid-index. aku beli dengan harga RM290. tu tak wat hi index lagi dan fotokromik. kalau aku wat aku kena cas dekat RM7++ tu tokey kedai aku kenal. encik azmi. kalau tak dekat nak seribu kalau ko pegi kat MENARA OPTOMETRIS. untuk info menara memang mahal sikit harga dari england optical dan focus point. aku kalau beli contact lens aku biase beli dekat england optical. 6 bulan pakai siap solution dan eye drop berharga RM145.


13 April 2010

FAHAM KE APA ITU KETUANAN RAKYAT?

salam
ketuanan rakyat
ape tu?
pernah dengar tak?

menurut kamus dewan

ketuanan
(hak menguasai dan memerintah sesebuah (negeri, daerah dan lain-lain), kedaulatan)
rakyat 
(seluruh penduduk sesebuah negara)

mahu ketuanan rakyat dikembalikan

mengapa perlu ketuanan rakyat?

sebagai rakyat mereka memiliki hak untuk bersuara, membantah, menilai dan memilih
hak untuk membantah sekiranya mereka telah ditindas
hak untuk menilai sesiapa yang mahu dipilih untuk menjadi pemimpin
hak untuk memilih siapa yang akan mengurus tadbir negara yang mereka duduki

kini semua itu tiada lagi
tiada lagi definasi demokrasi
yang ada hanyalah fantasi dan kepuraan demokrasi

mereka yang telah dipilih perlulah menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi
bukan mengikut nafsu nafsi

agar tiada lagi wang negara dibaziri
agar tiada lagi media dimanipulasi
agar tiada lagi nasib rakyat ditangisi
agar tiada lagi pemimpin yang hanya memenuhi periuk nasi

p/s: faham ke tak?

09 April 2010

MEMBANGUNKAN EKONOMI MUSLIM

salam
lagi entri auto publish

menyokong perniagaan orang Muslim adalah baik
mengapa?
sedar atau tidak ini adalah suatu aktiviti yang menggalakkan ekonomi Islam .selain itu mampu meningkatkan kadar kutipan zakat. semestinya zakat pula akan diagihkan kepada asnaf yang 8 itu:

1. fakir
2. miskin
3. amil
4. muallaf
5. riqab
6. gharim
7. fisabilillah
8. ibnu sabil

dengan menyokong dan menggalakan ekonomi Muslim maka diharap akan lebih banyak zakat dapat dikeluarkan. juga operasi pengagihan dapat dilakukan dengan betul. mudah-mudahan ekonomi Muslim akan jadi bertambah baik.

langkahnya adalah dengan membeli produk keluaran bumiputera Muslim, menjadi pengeluar barangan asas di kalangan bumiputera Muslim dan sebagainya.

mudah-mudahan akan wujud satu komuniti yang mampu mengeluarkan zakat dalam jumlah yang besar dan akan membantu dalam membangunkan ekonomi ummah =)

p/s: what you give, you get back =)

01 April 2010

ENJIN CAMPRO

Sekarang ni proton makin mengorak langkah ke hadapan dengan memuatkan hampir beberapa model terkini mereka dengan deruan dan kuasa dari enjin Campro. Tidak dinafikan enjin Campro menjalani pelbagai tahap penambah-baikan dan makin diterima di kalangan pengguna.
Jom kita lihat beberapa fakta enjin campro proton (yang saya dapati dari forum-forum terdekat).

Enjin Campro

Enjin Campro ialah enjin kereta pertama yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia, Proton dengan kerjasama Lotus[1]. Nama Campro ialah kependekan bagi Cam Profile (Profil Sesondol). Enjin ini digunakan dalam model-model kereta Proton bermula dengan Proton Gen-2 diikuti model-model lain termasuk Proton Satria Neo, Proton Waja dan Proton Persona. Enjin ini dibina sebagai membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa dan mematuhi piawaian emisi yang ketat.

Enjin DOHC Asas

Enjin Campro DOHC asas dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.

S4PH
Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
Lubang x lejang: 76 x 88 mm
Sesaran enjin: 1598 cc

S4PE
Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
Sesaran enjin: 1332 cc

Enjin Campro CPS dan VIM

Sebagai tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga Masukan Boleh Laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknologi VTEC oleh Honda dan VVT-i oleh Toyota, tetapi bezanya ialah CPS menukar profil sesondol dengan menggunakan tapet tindakan terus dengan pin pengunci manakala VTEC dan VVT-i pula menggunakan lengan jumpelang dengan pin pengunci[1]. Mekanisme CPS bertindak pada 3,800 rpm, tetapi pada Proton Satria Neo CPS pula penukaran berlaku pada 4,400 rpm.

Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 125 kuasa kuda (127 PS; 93 kW) pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm.[3] Proses pembangunan enjin ini sering mendapat kritikan di kalangan peminat automotif kerana sering tertangguh walaupun jadual asal bagi penggunaan teknologi sedemikian sepatutnya mula digunakan pada tahun 2005. Enjin Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun 2008.

Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-

Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.

Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.

Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.
Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.

Enjin Campro IAFM

Secara ringkasnya, enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), mula dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-

IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.

IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.

Enjin Campro IAFM mula digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani sepenuhnya.

Sementara itu, versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.

Enjin Campro Hibrid

Proton dan Lotus telah mengumumkan model prototaip kereta Proton Gen-2 yang menggunakan enjin Campro hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan digandingkan dengan motor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi model kereta hibrid.

Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:-

Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N-m @ 4,000 rpm
Kuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kw) @ 5,500 rpm
Kilasan maksimum (gabungan): 233 N-m @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m berterusan)

Enjin Campro turbo

Pada 13 Disember 2008, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin telah membuat pendedahan bahawa Proton sedang membangunkan versi turbo bagi enjin Campro 1.6 L yang bakal diperkenalkan sekitar tahun 2010-2011. Enjin ini dibangunkan sebagai tindak balas kepada trend pasaran baru di mana enjin bersesaran kecil digunakan tetapi dipasang sistem pernafasan paksaan bagi menghasilkan keluaran kuasa yang setara dengan enjin yang lebih besar, satu konsep yang serupa dengan teknologi pengecas berkembar TSI pada kereta Volkswagen Golf Mk5. Tiada butiran sama ada enjin tersebut bakal dilengkapi dengan sistem pemasaan injap boleh laras CPS atau tidak, tetapi keluaran kuasa dianggarkan sekitar 150 bhp serta kilasan 240 N-m.

Perancangan masa hadapan

Buat masa sekarang, Proton sedang merancang untuk membangunkan enjin bersesaran lebih tinggi (1.8L dan 2.0L) sebagai pelengkap kepada enjin Campro 1.3L dan 1.6L sedia ada serta sedang berbincang dengan beberapa pihak luar bagi membantu pembangunan enjin. Di samping itu, Proton turut merancang untuk menghasilkan versi diesel bagi enjin Campro.

23 March 2010

BLACK MAGIC OH SIHIR

salam
lagi entri auto publish
aku nak sembang pasal black magic ataupun sihir

mesti korang dah terbayang yang naik penyapu pas tu leh terbang kan? kan?






ish... tu omputih punya imaginasi
yang pastinya sihir ada kaitan dengan syaitan
meminta bantuan daripada mereka 
memuja mereka
lantas pengamalnya masuk dalam kategori syirik
betul ke tak ni?

dengan izin ALLAH semua yang dipuja menjadi
daripada itulah datangnya sihir

-----------------------------------------------------------------------------
erm...
tanda-tanda orang yang kena sihir?
apekah?
berdasarkan pengalaman aku dan penceritaan atuk-atuk aku dan orang tua
ditambah dengan membaca buku siri rawatan penyakit
hasil tulisan saudara AMRAN KASIMIN dan DATO' DR. HARON DIN

*jadi malas untuk beribadah*
*pernah mimpi makhluk pelik, lembaga hitam atau papelah yang agak aneh*
*agak bingung dan pasif untuk lakukan aktiviti harian - blurrr*
*akan rasa lebih teruk pada waktu maghrib dan tengah malam*
*menghidu bau pelik*
dan selebihnya cari sendiri

----------------------------------------------------------------------------

selain sihir ada juga saka
yang boleh diwarisi

seeloknya mereka yang berhadapan dengan masalah ini
hendaklah segera berubat
bimbang akan menjejaskan kesihatan
mungkin akan gila, mati dan sebagainya
tetapi perlu ingat semua yang terjadi ini dengan izin ALLAH

---------------------------------------------------------------------------------

beberapa pendinding yang mudah untuk diamalkan
INSYAALLAH
dengan izinNYA
anda akan terlindung daripada perbuatan sihir

1) amalan zikrullah
2) dua ayat terakhir surah al-baqarah (amana rasul)
3) 3 Qul
4) ayat seribu dinar
5) ayat kursi
6) sentiasa mohon perlindungan daripada ALLAH dari perbuatan sihir

p/s: ayat seribu dinar mudah untuk diamalkan dan sekiranya dibacakan pada mereka yang terkena gangguan. pesakit akan jadi lemah dan kurang melawan. selain azan pada pesakit

----------------------------------------------------------------------------------

pesanan

jangan terlalu mudah mengatakan "eh, dia tu kena buatan orang la..."

kenapa aku cakap begitu?

selalu sangat situasi macam ni jadi dalam masyarakat kita
betul tak?

walhal penyakit itu kadang kala kanser atau penyakit kronik lain

-----------------------------------------------------------------------
contohnya:

melihat perut seseorang buncit dan beliau merasa kesakitan.
pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut
jangan terus menuduh beliau terkena busung
dan membawa pergi berjumpa tok dukun atau mana-mana pengamal ilmu tradisional
kadangkala pesakit tersebut mungkin mengalami kanser hati.
yup!
mereka yang terkena kanser hati. perut akan membesar
kerana toksin dalam tubuh tidak dapat dihapuskan
ingat hati fungsinya adalah untuk menyah toksin =)

----------------------------------------------------------------------

contoh lain:

batuk berdarah
awas jangan terus menyangka anda terkena santau
sila rujuk kepada doktor dan pakar dahulu
kemungkinan anda terkena bakteria TIBI (Tubercle Bacili)
yup!
simptomnya adalah batuk berdarah
batuk yang berpanjangan
dan lain-lain
penyakit ini boleh membawa maut
pemeriksaan segera boleh menyelamatkan nyawa =)

-------------------------------------------------------------------------

sedikt ingatan
mereka yang merawat pesakit dengan menggunakan api atau ade bakar-bakar kemenyan
pengamal perubatan itu ada bersekongkol dengan jin dan syaitan
ini diberitahu oleh arwah atuk aku kerana syaitan dijadikan daripada api

p/s: atuk-atuk aku rajin ajar aku macam-macam hal agama, tapi aku ni tetap gegar kepala jugak!!!
cis!! takguna punya cucu =)

semoga bermanfaat
wallahualam =)

HAH KENA TAMPAR PUN KO!!!

salam
sedikit ikhtibar untuk renungan =)

"Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.Satu hari beliau bertemu seorang imam tua ditempatnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, Insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 
1.Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan ujud Tuhan kepada saya?
2.Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu...,atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat wujudNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI" 

22 March 2010

NASIHAT BUAT SETIAP DIRI

salam...
berkongsi sedikit bahan ilmiah..
semoga kita mendapat rahmatNYA =)

Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Allah telah mewahyukan kepada Musa bin Amran di dalam kitab Taurat”:-
Sesungguhnya ibu segala kejahatan itu ada tiga:-
1.      Angkuh
2.      Hasad
3.      Bakhil

Kemudian pecahan daripadanya ada enam:-
1.      Kenyang
2.      Tidur
3.      Rehat
4.      Cinta kepada harta
5.      Suka pujian dan sanjungan
6.      Suka kemashyuran

Berkata pula Abu Bakar As-Siddiq r.a.:
“Ahli Ibadah itu ada tiga golongan, bagi setiap golongan itu ada tiga tanda untuk mengenalnya:-
1.      Satu golongan yang menyembah ALLAH kerana takut.
2.      Satu golongan yang menyembah ALLAH kerana harap (rahmat).
3.      Satu golongan yang Menyembah ALLAH kerana kasih.

Bagi golongan yang pertama itu ada tiga tanda:-
1.      Sentiasa mencela dirinya.
2.      Merasakan amalnya sedikit.
3.      Merasakan bahawa kejahatannya banyak.

Bagi golongan kedua ada tiga tanda:-
1.      Menjadi ikutan manusia dari segala segi.
2.      Terlalu murah hati di kalangan manusia dan zuhud terhadap dunia.
3.      Terlalu baik sangka dengan ALLAH dan kepada semua makhluk.

Bagi golongan ketiga ada tiga tanda:-
1.      Memberi apa yang dikasihinya dan tidak menghirau selainnya melainkan setelah diredhai ALLAH.
2.      Melakukan perkara yang tidak disukai oleh nafsu dan tidak menghiraukan yang demikian itu melainkan setelah mendapat keredhaan ALLAH.
3.      Dalam semua keaadaan bersama dengan pemimpinnya (ALLAH) iaitu pada suruhan dan juga pada apa yang dilarang (tegahan). 

11 March 2010

INFO TAYAR KERETA

salam 
entri yang auto publish selama sekitar 3 minggu...

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keupayaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit. 

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg) 

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j 
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...